web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


GTA Kemuka Permohonan Pendaftaran ROS Minggu Depan - Dr Mahathir

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Aug 2022 5:11PM

Dr Mahathir Mohamad - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Gerakan Tanah Air (GTA) akan mengemukakan permohonan pendaftaran gerakan itu kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) pada minggu depan, kata Pengerusi Penaja GTA, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Dr Mahathir yang juga Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) berkata GTA ketika ini membincangkan mengenai pemilihan logo untuk proses pendaftaran tersebut.

"Kalau (RoS) tidak diluluskan permohonan, GTA ada plan B. Kita akan guna satu logo, satu bendera sahaja...dan kita akan perkenal bendera dan simbol kita,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Presiden GTA di sini hari ini.

Pada 4 Ogos lepas, Dr Mahathir mengumumkan penubuhan GTA yang disertai empat parti iaitu Pejuang, Berjasa, Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) dan Parti Perikatan India Muslim Nasional (Iman) serta terbuka kepada badan bukan kerajaan (NGO), orang perseorangan, ahli akademik serta profesional dalam kalangan kaum Melayu.

Dr Mahathir berharap proses pendaftaran akan berjalan lancar agar GTA dapat meletakkan calon di 120 kawasan Parlimen di Semenanjung Malaysia khususnya yang mempunyai majoriti kaum Melayu pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan datang.

“Kita yakin bahawa perjuangan GTA adalah untuk kaum Melayu dan agama Islam. Inilah perjuangan kita,” katanya.

Dr Mahathir berkata penubuhan GTA bukan bertujuan memecahbelahkan perpaduan kaum Melayu sebaliknya memperkasa dan mengembalikan kekuatan kaum Melayu terutama dalam bidang ekonomi. - Bernama

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Semasa 21 jam yang lalu

Lakukan Serangan Seksual Terhadap 6 Pelajar, Guru Muzik Mengaku Tak Bersalah

oleh Sophia Ahmad

Politik 5 jam yang lalu

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 4 jam yang lalu

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka  Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

oleh Wartawan Getaran