web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


RUU Anti Lompat Parti: N.Sembilan Adakan Sidang Khas DUN Pada Oktober

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Aug 2022 5:36PM

Aminuddin Harun - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SEREMBAN - Kerajaan Negeri Sembilan dijadual mengadakan sidang khas Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi membentangkan pelaksanaan Rang Undang-Undang (RUU) Anti Lompat Parti pada Oktober ini.

Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun berkata selain itu, sidang berkenaan juga akan membentangkan satu lagi pindaan RUU yang akan dimaklumkan kemudian.

“Ketika ini kita tengah muktamadkan RUU itu, kalau sempat kita akan maklumkan, insya-Allah pada Oktober ini, tarikh akan dimaklumkan nanti, ada dua (perkara dibincangkan), kalau bolehlah, kalau tak boleh kita buat satu (bentang RUU),” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco di sini hari ini.

Beliau sebelum ini dilaporkan berkata kesemua Ahli Dewan Undangan Negeri telah bersetuju mengenai pelaksanaan RUU itu dengan segera setelah ia diwartakan.

Dalam pada itu, Aminuddin berkata kerajaan negeri melalui Yayasan Negeri Sembilan bersetuju menaikkan jumlah biasiswa daripada RM100 kepada RM150 sebulan selama setahun kepada 900 mahasiswa yang menerima bantuan di bawah yayasan itu dengan nilai keseluruhan RM2.5 juta.

Beliau berkata kerajaan negeri turut menzahirkan takziah atas pemergian Pengasas DAP Dr Chen Man Hin hari ini dan menyifatkan ia kehilangan besar buat parti berkenaan selain berharap perjuangan demokrasi mendiang sebelum ini dapat diteruskan.

Dalam perkembangan lain, Aminuddin berkata pihaknya menyambut baik keputusan PKR yang mahu menampilkan Timbalan Presiden dan Naib-Naib Presiden parti bagi mengetuai pasukan negeri berdepan Pilihan Raya Umum Ke-15.

“Ini merupakan pertama kali dibuat PKR, ia menunjukkan selepas pemilihan, parti dalam keadaan baik dan bukan hanya untuk berpolitik tetapi bawa harapan untuk rakyat, tak nampak ada perebutan dan kita diterima semua lapisan,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

2

Kolum 2 hari yang lalu

Kerangka Perlembagaan Keadilan: Menyeimbangkan Adat Perpatih Dan Undang-Undang Statutori Di Negeri Sembilan

3

Rencana 3 hari yang lalu

Tuanku Muhriz: Raja Adil Berhati Mulia, Bukan Gah Depan Kamera

4

Semasa 4 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Berangkat Tunai Solat Jumaat Di Masjid Kariah Gunung Pasir, Seri Menanti

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Politik 5 jam yang lalu

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Warga SPRM Wajib Isytihar Harta Dalam Tempoh Sebulan - KP SPRM

Politik 3 jam yang lalu

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Semasa 1 hari yang lalu

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

oleh Sophia Ahmad