web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


‘Allah Suruh Kita Berusaha Ke Arah Kebaikan’ - Tengku Zulpuri

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Aug 2022 8:39PM

Muhammad Sanusi Md Nor (kiri) dan Tengku Zulpuri Shah Raja Puji - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Raub, Tengku Zulpuri Shah Raja Puji membalas kenyataan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berhubung isu penanaman pokok di kawasan yang rosak di Gunung Inas, Baling baru-baru ini.

Tengku Zulpuri berkata, sememangnya umat Islam dididik berhubung ‘Percaya Kepada Qada dan Qadar’ yang terkandung dalam Rukun Iman.

Menurutnya, walaupun umat Islam percaya dengan ketentuan dan berserah kepada Allah bagi sesuatu perkara, mereka diminta berusaha ke arah kebaikan.

Beliau turut memetik ayat 11 Surah al-Ra’d yang bermaksud ‘Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa dimiliki mereka sendiri’.

“Kalau semua berserah tanpa usaha, apa agaknya akan terjadi kepada masyarakat berbilang kaum di Malaysia?” soalnya menerusi kenyataan hari ini.

Muhammad Sanusi sebelum ini dipetik sebagai berkata, pokok di Gunung Inas boleh tumbuh sendiri tanpa mana-mana pihak menanamnya.

“Insya-Allah pokok hutan itu akan tumbuh sendiri. Semua hutan di Kedah ini tidak ada siapa bawa benih pi (pergi) tanam, semua Allah tumbuhkan, jadi nak pulih macam mana hutan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan media mengenai kerosakan di Gunung Inas akibat banjir puing pada 4 Julai lalu, selain cadangan pelbagai pihak untuk kerajaan memulihkan gunung itu dengan menanam pokok.

Menurut Muhammad Sanusi, kerajaan negeri tidak berhasrat menanam pokok di kawasan yang rosak di gunung tersebut dan kawasan ditebang untuk pembalakan sebelum ini akan kembali menjadi hutan selepas 30 tahun.

“Pasal kalau kita baik pulih macam mana pun ia (kawasan rosak) sudah jadi laluan air, pada masa akan datang pun ia tetap akan jadi laluan air.

“Kalau tempat laluan air memang macam itu lah (rosak). Di hutan lain pun, bukan di Gunung Inas saja, banyak lagi di Pahang, Terengganu dan negeri lain tapi surat khabar (media) tumpu Gunung Inas, mungkin kerana (Gunung Inas) popular,” katanya. - Getaran, 14 Ogos 2022

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 3 jam yang lalu

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka  Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

oleh Wartawan Getaran

Semasa 23 jam yang lalu

Warga SPRM Wajib Isytihar Harta Dalam Tempoh Sebulan - KP SPRM

Semasa 20 jam yang lalu

Lakukan Serangan Seksual Terhadap 6 Pelajar, Guru Muzik Mengaku Tak Bersalah

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 1 hari yang lalu

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

oleh Wartawan Getaran