web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Dewan Negara Luluskan RUU Larangan Tukar Parti

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Aug 2022 7:32PM

Wan Junaidi Tuanku Jaafar - Gambar Jabatan Penerangan Malaysia

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Dewan Negara hari ini meluluskan Rang Undang-Undang Perlembagaan (Pindaan) (No. 3) 2022 Pindaan Dalam Jawatankuasa yang memperuntukkan larangan Ahli Dewan Rakyat bertukar parti dengan sokongan 100 peratus.

RUU tersebut mendapat sokongan majoriti daripada 52 ahli Dewan Negara yang hadir manakala tujuh lagi tidak hadir.

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, kejayaan penggubalan RUU berkenaan sehingga diluluskan di Dewan Negara merupakan suatu langkah ke arah kestabilan politik negara.

Menurutnya, bacaan kedua RUU itu dibacakan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di Dewan Negara, hari ini.

“Sesi perbahasan RUU ini menyaksikan penglibatan 32 Ahli Dewan Negara dan antara persoalan yang dibahaskan adalah mengenai hukuman, penalti dan denda kepada Ahli Dewan Rakyat yang bertukar parti, pemakaian peruntukan larangan bertukar parti kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan Ahli Dewan Negara.

“Turut dibahaskan adalah mengenai tafsiran bertukar parti yang melibatkan parti gabungan dan pemecatan Ahli Dewan Rakyat, pemakaian Aturan 137 Kaedah-Kaedah Mahkamah Persekutuan 1995, perbandingan peruntukan bertukar parti di negara-negara lain dan pemansuhan Perkara 48(6) Perlembagaan Persekutuan,” katanya hari ini.

Wan Junaidi berkata, beliau telah membuat penggulungan perbahasan dan bacaan ketiga RUU Perlembagaan (Pindaan) (No. 3) 2022 Pindaan Dalam Jawatankuasa hari ini selepas undian di Dewan Negara selesai.

“RUU ini dijangka diwartakan selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong,” katanya.

Beliau pada masa sama turut merakamkan penghargaan kepada semua Ahli Dewan Negara yang memberikan sokongan kepada RUU tersebut. 

“Pada masa yang sama, penghargaan juga diberikan kepada semua yang terlibat dalam penggubalan RUU ini, khususnya Jawatankuasa Pilihan Khas, Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang Jabatan Perdana Menteri, Jabatan Peguam Negara; Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Parlimen Malaysia.

“Tidak terkecuali pemimpin-pemimpin parti politik yang telah memberikan kerjasama dalam menjayakannya,” katanya. - Getaran, 9 Ogos 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 3 minggu yang lalu

Sertai Parti Baharu: Rafizi, Nik Nazmi Berdepan Tindakan Akta Lompat Parti, Bon RM10 Juta

2

Semasa 7 bulan yang lalu

Hukuman Rotan: PM Sokong Laksana, Tapi Perlu Kawalan Ketat

3

Semasa 9 bulan yang lalu

Kerajaan Sedia Pinda RUU Pembaharuan Semula Bandar - PM

4

Semasa 10 bulan yang lalu

Sokongan Malaysia Terhadap Perjuangan Palestin Berprinsip - Mohamad Hasan

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Semasa 23 jam yang lalu

Warga SPRM Wajib Isytihar Harta Dalam Tempoh Sebulan - KP SPRM

Luar Negara 3 jam yang lalu

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka  Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Tersalah Tekan Pedal Minyak, Wanita 61 Tahun Pandu Posche Rempuh Lobi Hotel

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 1 hari yang lalu

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

oleh Wartawan Getaran