web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


600 Ahli Keluar Parti Hanya Mahu ‘Bungkuskan’ WARISAN Di Semenanjung

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Aug 2022 7:16PM

Terdahulu, kira-kira 600 ahli WARISAN daripada lapan Bahagian di Perak mengisytiharkan keluar parti itu hari ini, selepas mendakwa hilang kepercayaan terhadap pucuk pimpinan - Gambar Hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Tiada sebarang watikah pelantikan atau janji diberi kepada mana-mana individu atau kumpulan sebagai pimpinan negeri, mahupun penyelaras bagi Parti Warisan (WARISAN) di Perak, termasuk membabitkan Bahagian di negeri berkenaan. 

Perkara itu ditegaskan Ketua Penerangan Negeri WARISAN Perak, Mohd Sani Abbas susulan kenyataan kumpulan mengelarkan diri sebagai penyelaras Bahagian parti tersebut di negeri berkenaan, Jumaat lalu. 

Menurut beliau, pelantikan rasmi jawatan tertinggi parti itu di negeri berkenaan hanya diumumkan baru-baru ini, iaitu pada 24 Julai 2022 melalui Mesyuarat WARISAN Negeri Perak yang pertama kali diadakan.

“Kumpulan itu hanyalah terdiri daripada beberapa ahli biasa yang sebelum ini aktif menawarkan diri membantu WARISAN untuk mengembangkan sayap di Perak. 

“Bagaimanapun, mereka tidak terpilih untuk memegang jawatan di peringkat negeri mahupun Bahagian,” katanya menerusi kenyataan, hari ini. 

Terdahulu, kira-kira 600 ahli WARISAN daripada lapan Bahagian di Perak mengisytiharkan keluar parti itu hari ini, selepas mendakwa hilang kepercayaan terhadap pucuk pimpinan.

Kesemua mereka terdiri daripada ahli WARISAN Bahagian Parit Buntar, Bagan Serai, Larut, Kuala Kangsar, Sungai Siput, Beruas, Batu Gajah dan Teluk Intan.

Tindakan tersebut diambil selepas mendapati parti berkenaan bukan sahaja tiada hala tuju jelas, malah tidak mendapat sambutan daripada orang Melayu.

Malah, kumpulan itu berkata, tindakan Presiden WARISAN, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal melantik ‘orang luar’ sebagai Pengerusi parti itu di Perak membangkitkan rasa tidak puas hati dalam kalangan ahli.

Sementara itu, Mohd Sani berkata, cubaan segelintir ahli cuba mencemarkan imej WARISAN, tidak sama sekali menjejaskan persiapan parti terbabit untuk menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

“Ini ditambah dengan keputusan WARISAN Pusat yang hanya akan bertanding di beberapa Bahagian di Perak.

“Di mana perkara tersebut tidak selari dengan pendirian mereka,” katanya. - Getaran, 7 Ogos 2022

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Semasa 20 jam yang lalu

Lakukan Serangan Seksual Terhadap 6 Pelajar, Guru Muzik Mengaku Tak Bersalah

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 1 hari yang lalu

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

oleh Wartawan Getaran

Semasa 23 jam yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Padah Pasport Diconteng Anak, Wanita Terpaksa Tunda Penerbangan 

oleh Sophia Ahmad