web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


GTA Boleh Cabar BN, PN, Berisiko Sebabkan Perpecahan Undi Orang Melayu

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Aug 2022 8:00PM

Gabungan politik Melayu baharu, Gerakan Tanah Air (GTA) pimpinan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad (tengah). - Gambar ihsan Facebook Buletin Pejuang Wilayah Persekutuan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kemunculan gabungan politik Melayu baharu, Gerakan Tanah Air (GTA) pimpinan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), dianggap boleh menjejaskan undi Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) walaupun ia diramal tidak akan memberi kesan besar.

Penganalisis politik, Profesor Madya Dr Awang Azman Awang Pawi berkata, penampilan sulung gabungan terbabit pada PRU-15 boleh menyebabkan perpecahan undi orang Melayu dan memberi kelebihan kepada Pakatan Harapan (PH) yang didakwa mendapat sokongan kukuh (solid) undi bukan Melayu.

“Saya kira undi Melayu masih berkisar kepada BN, PAS, Parti Amanah Negara (AMANAH) dan sedikit kepada PKR. Jadi saya lebih melihat ini akan menyebabkan perpecahan undi Melayu. Apabila perpecahan ini berlaku, maka ia akan memberi kelebihan kepada PH.

“Manakala, yang terjejas adalah apabila berlaku pertembungan GTA ini dengan BN dan PN. Apabila tiga gabungan tersebut sudah bertembung maknanya, undi Melayu akan berpecah. Untuk mereka (GTA) mendapatkan undi Melayu, kesannya sangat minimum dan kurang memberi impak, cuma ia menjejaskan undi BN dan PN,” katanya ketika dihubungi.

Semalam, Dr Mahathir mengumumkan penubuhan GTA dengan dianggotai Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG), Parti Putra Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA), Parti Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (BERJASA) dan Parti Perikatan India Muslim Nasional (IMAN) yang berhasrat untuk bertanding di 120 daripada 222 kerusi parlimen pada PRU15.

Mahathir yang juga pengerusi GTA berkata, gerakan itu akan bertanding di kerusi majoriti Melayu, khususnya kawasan tradisi UMNO.

Awang Azman berpendapat, apabila Dr Mahathir mencuba untuk meraih kekuatan politik dengan mendapatkan sokongan parti Melayu lain, seperti PUTRA, BERJASA dan IMAN, termasuk dalam kalangan ahli akademik serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO), kekuatan berkenaan tidak mencapai tahap tinggi.

“Setakat ini sentimen itu tidak mendapat apa-apa kesan sebab pada pengundi, pertarungan adalah di antara PH, BN dan PN. Dan secara lebih fokus lagi, pertembungan sebenar adalah antara BN dan PH,” katanya.

Manakala bagi penganalisis politik, James Chin, beliau tidak melihat GTA sebagai sebuah gerakan politik yang besar pada PRU-15.

Beliau berpandangan, GTA secara asasnya adalah sebuah kumpulan nasionalis Melayu yang tidak dapat menarik sokongan baharu memandangkan UMNO dan PAS sudah pun membawa idea perjuangan hampir sama.

“Jadi ia tidak akan menarik sokongan baharu. Mereka yang menyokong GTA adalah penyokong Mahathir atau pun kumpulan kecil nasionalis Melayu yang tidak bersama UMNO atau PAS,” katanya.

Tambahnya, Dr Mahathir meskipun masih nama besar dalam masyarakat Melayu, terutama generasi lebih tua, namun sokongan terhadap beliau berkurangan ketika ini. - Getaran, 5 Ogos 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 2 bulan yang lalu

Selepas KJ, Hishammuddin Juga Mahu Kembali Bersama UMNO - Asyraf Wajdi

2

Politik 5 bulan yang lalu

‘Nantikan Keputusan Mahkamah Projek Terowong Dasar Laut’, Mat Hasan Sindir DAP 

3

Politik 1 tahun yang lalu

PRK Nenggiri: BN Menang Majoriti Besar, Rampas Semula Kerusi DUN Nenggiri

4

Politik 1 tahun yang lalu

UMNO Muktamad Calon PRK Nenggiri Minggu Depan – Ahmad Zahid

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 1 hari yang lalu

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Padah Pasport Diconteng Anak, Wanita Terpaksa Tunda Penerbangan 

oleh Sophia Ahmad

Politik 2 jam yang lalu

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Semasa 1 hari yang lalu

Tersalah Tekan Pedal Minyak, Wanita 61 Tahun Pandu Posche Rempuh Lobi Hotel

oleh Sophia Ahmad