web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Nazri Minta Ismail Sabri Jangan Tunduk Ugutan PN

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Aug 2022 1:32PM

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob digesa terus berpegang teguh kepada tugasnya dan tidak tunduk kepada Perikatan Nasional (PN) - Gambar Fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob digesa terus berpegang teguh kepada tugasnya dan tidak tunduk kepada Perikatan Nasional (PN) dengan memenuhi tuntutan pihak terbabit untuk jawatan Timbalan Perdana Menteri.

Nasihat itu disuarakan Veteran UMNO, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz kepada rakan parti itu ketika tekanan dan ugutan dibuat PN untuk menarik balik sokongan kepada Perdana Menteri.

Bercakap kepada The Vibes, Nazri berkata, Ismail Sabri sepatutnya tidak mengendahkan taktik ‘menakut-nakutkan’ yang dimainkan parti seteru Barisan Nasional (BN), iaitu tindakan disifatkannya sebagai sangat tidak bertanggungjawab.

Beliau mengulas laporan mendakwa PN sedang mempertimbangkan menarik balik sokongan kepada kerajaan berikutan keengganan berterusan Ismail Sabri bagi memenuhi perjanjian untuk melantik Timbalan Perdana Menteri daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).

Sumber PN berkata, gabungan itu masih terbuka untuk mendengar penjelasan Ismail Sabri berhubung keengganannya untuk memenuhi perjanjian sebelum ini, iaitu melantik orang nombor dua kerajaan daripada BERSATU.

Nazri berkata, jika perbincangan itu benar dan PN menarik balik sokongan, kerajaan pimpinan BN mungkin tidak mempunyai pilihan selain membubarkan Parlimen dan mengadakan pilihan raya umum, memandangkan Ismail Sabri akan kehilangan sokongan majoriti.

Mohamed Nazri Abdul Aziz - Gambar Fail
Mohamed Nazri Abdul Aziz - Gambar Fail

Bagaimanapun, Ahli Parlimen Padang Rengas itu berkata, keputusan itu tetap bergantung kepada Yang di-Pertuan Agong yang mempunyai kuasa budi bicara dalam memutuskan permintaan bagi pembubaran Parlimen.

“Jika Yang di-Pertuan Agong bersetuju, maka kita boleh mengadakan pilihan raya umum. Tetapi jika Baginda menyatakan tidak, kita mungkin melihat satu lagi keadaan akuan berkanun (SD) ditandatangani dan diserahkan kepada istana untuk menentukan Perdana Menteri seterusnya,” katanya.

Komen beliau itu merujuk kepada peristiwa semasa krisis politik tahun lalu yang menyaksikan Ahli Parlimen diminta menamakan pilihan Perdana Menteri mereka, berikutan peletakan jawatan Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Bagaimanapun, Nazri berkata, keadaan tidak akan bertambah baik untuk PN jika gabungan itu menarik sokongan terhadap Ismail Sabri.

“Sebarang langkah sebegitu pastinya akan menimbulkan kemarahan pihak istana kerana Yang di-Pertuan Agong sebelum ini sudah menitahkan semua pihak bekerjasama demi kepentingan rakyat.

“Dan walaupun Yang di-Pertuan Agong bersetuju dengan pembubaran Parlimen, rakyat pasti akan marah kerana dipaksa berdepan pilihan raya. Itu pendapat saya,” katanya.

Sementara itu, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin memberitahu The Vibes, laporan yang mendakwa wujud rancangan PN untuk menarik balik sokongan terhadap Ismail Sabri adalah satu lagi petunjuk mengapa UMNO tidak boleh menangguhkan pilihan raya umum.

“Negara tidak boleh terus begini. Sebab itu UMNO-BN mahu perkara ini berakhir.” – The Vibes, 6 Ogos 2022

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Semasa 23 jam yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

oleh Wartawan Getaran

Luar Negara 1 hari yang lalu

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

oleh Wartawan Getaran

Semasa 20 jam yang lalu

Lakukan Serangan Seksual Terhadap 6 Pelajar, Guru Muzik Mengaku Tak Bersalah

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Kerajaan Tolak Desakan Beremosi, Tangani Isu Pelarian Dengan Berhemah - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad