Berita Terkini

1 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Tinjauan Dedah BN Dominasi 'Pengundi Tak Keluar Mengundi' PRN Johor

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Aug 2022 11:08AM

Tinjauan yang dijalankan oleh Endeavour-MGC mendapati 38 peratus daripada pengundi yang tidak keluar mengundi pada PRN Johor lalu memilih BN. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Satu tinjauan eksklusif dijalankan terhadap pengundi berdaftar di Johor yang tidak keluar mengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) itu baru-baru ini, mendedahkan bahawa Barisan Nasional (BN) menjadi pilihan utama dalam kalangan responden.

Dijalankan oleh pusat penyelidikan pendapat awam, Endeavour-MGC, tinjauan tersebut melibatkan 1,069 pengundi layak namun tidak menunaikan tanggungjawab mereka.

Seramai 38 peratus mengatakan akan mengundi BN sekiranya mereka keluar mengundi, sementara Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN) masing-masing meraih hanya 10 peratus dan tujuh peratus sokongan.

Bagaimanapun, peratusan besar iaitu 40 peratus daripada responden mengaku mereka tidak akan mengundi mana-mana parti daripada tiga gabungan politik utama bertanding pada PRN yang berlangsung Mac lalu.

Tinjauan itu juga menunjukkan 53 peratus responden menyatakan mereka akan keluar mengundi pada PRU-15 manakala 40 peratus lagi masih di atas pagar. - Gambar fail
Tinjauan itu juga menunjukkan 53 peratus responden menyatakan mereka akan keluar mengundi pada PRU-15 manakala 40 peratus lagi masih di atas pagar. - Gambar fail

Tatkala 43 peratus pengundi layak tidak terlibat dengan sebarang parti atau gabungan politik, 53 peratus responden pula menerima baik pencapaian kerajaan Persekutuan, dengan 30 peratus daripadanya mengaitkan ia dengan BN.

Ia berbeza dengan PH dan tiga parti komponen yang hanya meraih lapan peratus manakala lima peratus sokongan lagi diberikan kepada PN, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) atau PAS.

Namun begitu, 18 peratus daripada mereka yang menyatakan sokongan kepada parti politik atau gabungan, kecewa terhadap parti pilihan mereka, dengan 70 peratus daripadanya mengaitkan ia dengan BN.

Tinjauan itu juga menunjukkan bahawa 53 peratus responden mengatakan bahawa mereka akan keluar mengundi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15), manakala 40 peratus lagi masih di atas pagar.

Hanya tujuh peratus memberikan respons negatif yang muktamad apabila ditanya sama ada mereka akan mengundi pada PRU-15.

Di samping itu, kira-kira dua pertiga daripada responden merupakan mereka yang 'tidak sengaja' membuat keputusan untuk memboikot pilihan raya sama ada kerana bekerja (59 peratus), jauh dari pusat mengundi (53 peratus) dan/atau menghadapi kesukaran untuk ke lokasi pada hari pengundian (60 peratus).

Walaupun terdapat pertindihan merentasi tiga kategori, hanya 20 peratus pengundi Johor yang layak secara sedar memutuskan untuk melepaskan peluang mereka mengundi pada PRN itu.

Ada yang berasa 'letih' dengan ahli politik dan parti politik (37 peratus), manakala yang lain kurang percaya terhadap proses pilihan raya (21 peratus) dan sebanyak 13 peratus lagi menolak undian yang memberi kesan kepada kehidupan mereka.

Dari perspektif etnik, 58 peratus pengundi Cina tidak berminat dalam politik berbanding hanya 45 peratus Melayu.

Dari segi cara negara ditadbir, orang Melayu berumur 18 hingga 39 tahun (M40) paling berminat, manakala Cina melebihi 40 tahun (B40) paling kurang berminat.

 Endeavour-MGC sebelum ini meramalkan BN memperoleh kemenangan besar pada PRN Johor lalu. - Gambar fail
Endeavour-MGC sebelum ini meramalkan BN memperoleh kemenangan besar pada PRN Johor lalu. - Gambar fail

Dalam tinjauan berasingan sebelum PRN Johor sebelum ini, Endeavour-MGC meramalkan kemenangan besar milik BN dengan tepat.

Bercakap kepada The Vibes, Felo Kanan Institut Hal Ehwal Antarabangsa Singapura, Oh Ei Sun berkata, walaupun sokongan ketara kepada BN berkemungkinan berterusan menjelang PRU-15, ia bukanlah jaminan bahawa gabungan tersebut akan mendapat sokongan rakyat secara konsisten.

"Dengan keadaan sosioekonomi bertambah buruk mengikut peredaran masa dan semakin lama tarikh PRU-15 'diheret', sokongan sedemikian mungkin hilang," katanya.

Tambahnya, dalam isu sokongan terhadap BN semakin berkurangan, parti politik lain harus bertindak pantas untuk melibatkan diri bersama rakyat melalui naratif politik mereka yang boleh mempengaruhi undi kepada parti.

“Bagi PH, parti itu mungkin meletakkan lebih banyak usaha ke arah agenda reformasi mereka yang belum selesai manakala PAS boleh memberi tumpuan dalam memperkukuhkan strategi teokratisasi (pemerintahan agama) mereka,” katanya. - The Vibes, 1 Ogos 2022

Sorotan

1

“Tiada Kasino Berlesen, Tipu” – PM

2

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

3

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

4

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

5

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya

6

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini

Disyorkan untuk anda

Semasa 15 jam yang lalu

Malaysia Lantang Perjuang Palestin, Tapi UM Jemput Penyokong Zionis?

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

Permohonan Pekebun Musang King Cabar Notis Kosongkan Tanah Ditolak

Pendidikan 15 jam yang lalu

KPT Salur Bantuan Pendidikan, Pengecualian Yuran IPT Anak Mangsa Nahas Helikopter

Semasa 1 hari yang lalu

1MDB: Mahkamah Akan Tentukan Sama Ada Pendakwaan Berjaya Buktikan Kes – Hakim