web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Dokumen MoU Mana Nur Jazlan Baca? - Fahmi

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 Jul 2022 9:55PM

Fahmi turut mempersoalkan bagaimana Nur Jazlan menjadi pemimpin jika perkara asas seumpama itu, gagal difahaminya. - Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil sekali lagi menegaskan Memorandum Persefahaman (MoU) Pakatan Harapan (PH) bersama kerajaan belum tamat.

Penegasan itu disuarakannya bagi menjawab kenyataan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor, Datuk Nur Jazlan Mohamed yang mendakwa kononnya MoU itu berakhir hari ini, yang bermakna kerajaan sudah ‘bebas’ daripada pembangkang.

Fahmi turut mempersoalkan bagaimana Nur Jazlan menjadi pemimpin jika perkara asas seumpama itu, gagal difahaminya.

Menerusi kenyataannya hari ini, Fahmi yang juga Ketua Penerangan PKR turut berkongsi pautan dokumen MoU itu dan menjelaskan bahawa ia bukan rahsia.

“Untuk sekian kalinya, saya nak jelaskan MoU tak tamat hari ni (Perkara 2.1) wahai Nur Jazlan.

“Dalam bab ‘gencatan politik’ tu pun, tugas dan peranan PH sebagai pembangkang juga ditulis dengan jelas (Perkara 9.1).

“Dokumen MoU mana yang Nur Jazlan baca ni?,” soalnya.

Getaran hari ini melaporkan, Nur Jazlan menuduh PH memanipulasi MoU bersama Perdana Menteri demi kepentingan politik gabungan berkenaan.

Menurut beliau, MoU itu kononnya untuk ‘gencatan senjata politik’, tetapi pembangkang mengambil kesempatan menghentam kerajaan Barisan Nasional (BN) dan parti komponen utamanya, UMNO.

“Hari ini hari terakhir MoU ditandatangani pada 13 September 2021 antara kerajaan dan pihak pembangkang.

“Bagi saya, dengan berakhir MoU berkenaan, bermakna kerajaan sudah bebas daripada belenggu pembangkang yang cukup bijak memanipulasinya untuk kepentingan politik mereka.

“Mana taknya, sepanjang tempoh MoU itu yang kononnya untuk ‘gencatan politik’, tapi pembangkang lebih galak menghentam kerajaan diterajui Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob,” kata Nur Jazlan.

Mantan Ahli Parlimen Pulai itu berkata, pembangkang terutama parti komponen PH dilihat sengaja memainkan pelbagai isu untuk memburukkan kerajaan ketika ini.

Malah, beliau mendakwa PH hanya mahu melanjutkan MoU berkenaan untuk memanjangkan hayat politik gabungan itu sendiri. - Getaran, 31 Julai 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 3 minggu yang lalu

Konvensyen PH 2026 Medan Terbaik Rangka Formula Jamin Masa Depan Malaysia - Fahmi

2

Semasa 3 minggu yang lalu

Kerajaan Bincang Dakwaan Jho Low Mohon Pengampunan Daripada Trump Minggu Depan - Fahmi

3

Sukan 3 minggu yang lalu

Penantian Berakhir, Siaran Penuh Piala Dunia Menanti Di Saluran RTM Dan Unifi TV 

4

Semasa 4 minggu yang lalu

Gagal Kekang Akaun Palsu: Kerajaan Teliti Tindakan Terhadap Meta - Fahmi

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Politik 1 jam yang lalu

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Luar Negara 2 jam yang lalu

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka  Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Tersalah Tekan Pedal Minyak, Wanita 61 Tahun Pandu Posche Rempuh Lobi Hotel

oleh Sophia Ahmad

Semasa 22 jam yang lalu

Warga SPRM Wajib Isytihar Harta Dalam Tempoh Sebulan - KP SPRM