web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


PH Manipulasi MoU Demi Kepentingan Politik, ‘Kerajaan Sudah Bebas Belenggu Pembangkang’…

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 Jul 2022 8:00PM

Nur Jazlan Mohamed - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor, Datuk Nur Jazlan Mohamed menuduh Pakatan Harapan (PH) memanipulasi Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob demi kepentingan politik mereka.

Menurut beliau, MoU itu kononnya untuk gencatan senjata politik, tetapi pembangkang mengambil kesempatan menghentam kerajaan Barisan Nasional (BN) dan parti komponen utamanya, UMNO.

“Hari ini hari terakhir MoU ditandatangani pada 13 September 2021 antara kerajaan dan pihak pembangkang.

“Bagi saya, dengan berakhir MoU berkenaan, bermakna kerajaan sudah bebas daripada belenggu pembangkang yang cukup bijak memanipulasinya untuk kepentingan politik mereka.

“Mana taknya, sepanjang tempoh MoU itu yang kononnya untuk ‘gencatan politik’, tapi pembangkang lebih galak menghentam kerajaan diterajui Ismail Sabri,” katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.

Nur Jazlan berkata, pembangkang terutama parti komponen PH dilihat sengaja memainkan pelbagai isu untuk memburukkan kerajaan ketika ini.

Malah beliau mendakwa PH hanya mahu melanjutkan MoU berkenaan untuk memanjangkan hayat politik gabungan itu sendiri.

“Mereka mahu terus memegang jawatan sebagai Ahli Parlimen dan cukup takut kalau Ismail Sabri membubarkan Parlimen lebih awal.

“Pemimpin PH nampaknya sudah ketagih, ketagih kuasa dan jawatan selepas pernah jadi kerajaan. Sebab itulah mereka cuba memanipulasi sebaiknya ruang MoU untuk menyusun gerakan bagi rampas semula Putrajaya pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15),” katanya.

Mantan Ahli Parlimen Pulai itu turut menyifatkan pemimpin PH licik dalam memanipulasi isu demi kepentingan mereka dan menimbulkan persepsi negatif terhadap kerajaan, UMNO serta BN.

“Mereka tahu jika mereka gunakan taktik mempolitikkan isu rakyat, matlamat itu boleh menghalalkan cara. Mereka guna isu subsidi, kenaikan harga barang untuk ‘tembak’ kerajaan, UMNO dan BN.

“Mereka guna cara lain, iaitu turun ke jalanan mengadakan demonstrasi dan flash mob serta jadikan BN sebagai ‘punch bag’ untuk meraih keuntungan politik,” katanya.

Pada masa sama, beliau mempersoalkan mengapa PH hanya menjadikan UMNO atau BN sebagai sasaran, sedangkan dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN) ada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) dan PAS.

Namun Nur Jazlan berkata, tindakan itu mungkin kerana PH menganggap BERSATU serta PAS adalah parti politik lemah dan tidak perlu diserang atau sebaliknya PH mahu mengekalkan peluang kerjasama antara mereka menjelang PRU-15.

“PH takut rakyat sudah tak percaya kepada mereka selepas diberi peluang menjadi kerajaan selama 22 bulan, tetapi gagal. Sudahlah merosakkan, dalam masa sama mereka tak membantu apa-apa pun.

“Sebaliknya bila penghujung MoU, mereka tuntut pula Ismail Sabri dan kerajaan penuhi segala tuntutan dalam MoU itu.

“Memang betul, sekarang ini PH bukan sahaja gagal jadi kerajaan tapi mereka juga gagal sebagai pembangkang, iaitu jawatan tradisi yang mereka sandang sejak mula merdeka dahulu,” katanya. - Getaran, 31 Julai 2022

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Semasa 22 jam yang lalu

Warga SPRM Wajib Isytihar Harta Dalam Tempoh Sebulan - KP SPRM

Semasa 1 hari yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

Semasa 23 jam yang lalu

Kerajaan Tolak Desakan Beremosi, Tangani Isu Pelarian Dengan Berhemah - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

oleh Sophia Ahmad