web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Sudah Tiba Masa Kembali Mandat Rakyat, Segerakan PRU-15

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Jul 2022 3:28PM

sudah tiba masanya rakyat diberi peluang untuk memilih kerajaan secara demokratik - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sebaik sahaja Rang Undang-Undang (RUU) Anti Lompat Parti diluluskan Dewan Rakyat semalam, Pemuda Umno hari ini menggesa agar Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) disegerakan.

Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, ‘pemerkosaan’ mandat rakyat akibat tindakan segelintir Ahli Parlimen yang melompat parti menyebabkan negara berada dalam keadaan tidak stabil selama lebih empat tahun.

Justeru katanya, sudah tiba masanya rakyat diberi peluang untuk memilih kerajaan secara demokratik.

Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki - Gambar Fail
Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki - Gambar Fail

“Tiada lagi pencabulan mandat rakyat yang menyebabkan negara melalui episod hitam dalam sejarah demokrasi tanahair.

“Maka, sudah tiba masanya mandat rakyat dikembalikan agar sebuah kerajaan mutlak yang bukan didirikan atas pengkhianatan mandat dapat dipilih secara demokratik,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook, hari ini.

Jelas beliau lagi, kelulusan RUU tersebut akan menghalang insiden pengkhianatan rakyat daripada berulang sebagaimana yang berlaku selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

“Terciptanya sejarah besar buat negara apabila RUU Anti Lompat Parti diluluskan dengan majoriti dua pertiga, 11 tidak hadir.

“Harap tiada lagi insiden pengkhianatan terhadap mandat rakyat. Tiada lagi catur-mencatur kuasa di kalangan pengkhianat mandat rakyat,” katanya.

Tegasnya, wajah segelintir Ahli Parlimen yang melompat parti sebelum ini akan terpahat dalam ingatan rakyat kerana tindakan itu mengakibatkan negara melalui saat kelam dalam lipatan sejarah tanah air.

Semalam, RUU itu diluluskan selepas bacaan kali ketiga dengan sokongan majoriti melebihi dua pertiga.

Undi belah bahagian yang dimulakan pada jam 4.45 petang itu menyaksikan seramai 209 bersetuju, manakala 11 lagi tidak hadir.

Keputusan berkenaan diumumkan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Azizan Harun selepas selesai kiraan dibuat pada jam 5.12 petang.

RUU paling dinanti-nanti itu diluluskan selepas dibahas selama dua hari oleh 54 ahli Parlimen mewakili pelbagai parti politik daripada kerajaan dan blok pembangkang. - Getaran, 29 Julai 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Kertas Siasatan Ketua Pemuda UMNO Dirujuk Pejabat Peguam Negara Minggu Depan - KPN

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Polis Digesa Tahan Ketua Pemuda UMNO Bagi Hentikan 'Kempen' Hasutan

3

Politik 2 tahun yang lalu

RUU Kekalkan Kuasa Kerajaan Hingga Akhir Penggal Perlu Dibentang Di Parlimen - Ahmad Zahid

4

Politik 3 tahun yang lalu

Dr Akmal Beri Bayangan Tanding Ketua Pemuda UMNO, ‘Ready To Fight’

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Semasa 23 jam yang lalu

Kerajaan Tolak Desakan Beremosi, Tangani Isu Pelarian Dengan Berhemah - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Padah Pasport Diconteng Anak, Wanita Terpaksa Tunda Penerbangan 

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 1 hari yang lalu

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

oleh Sophia Ahmad