web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Katak Politik? Dr Mahathir, Anwar Juga Melompat Parti - Tajuddin

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 28 Jul 2022 6:10PM

Tajuddin Abdul Rahman - Gambar ihsan Jabatan Penerangan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman (UMNO-Pasir Salak) sekali lagi mencetuskan kekecohan di Dewan Rakyat hari ini, selepas mendakwa Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim (PKR-Port Dickson) dan Tun Dr Mahathir Mohamad (PEJUANG-Langkawi) sebagai katak politik.

Ketika membahaskan undang-undang anti lompat di Dewan Rakyat hari ini, Tajuddin menyelar kedua-dua pemimpin tersebut kerana menukar kesetiaan politik mereka apabila ia dilihat bersesuaian.

"Apa yang menyebabkan isu lompat parti? Pemimpin mereka, betul tak?

"Dr Mahathir telah melompat semuanya, bukan begitu? Dia orang UMNO, lepas tu lompat sana sini. Dia adalah seorang daripada mereka. Siapa lagi? Port Dickson (Anwar) sudah tentu,” katanya.

Sebelum Tajuddin sempat meneruskan perbahasan, Karuppaiya Muthusamy (PKR-Padang Serai) mencelah dan menegaskan bahawa Anwar sebenarnya telah digugurkan daripada UMNO.

Datuk Johari Abdul (PKR-Sungai Petani) turut senada dengan Karuppaiya dan berkata, Anwar bukan katak politik kerana beliau dipecat daripada parti.

Tindakan berbalas kenyataan berkenaan telah membawa kepada situasi sahut-menyahut antara Ahli Parlimen di kedua-dua belah pihak.

Tajuddin kemudian menegur Ahli Parlimen pembangkang ekoran tindakan mereka yang dianggap tidak sopan di Dewan Rakyat.

"Jika mereka tidak berubah, maka (persidangan) Parlimen akan diteruskan dengan cara ini," katanya, yang disambut dengan ketawa besar dari bangku pembangkang.

"Pasir Salak, sila lihat ke dalam cermin," kata Sim Tze Tzin (PKR-Bayan Baru) kepada mantan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO terbabit.

Tajuddin ketika membidas berkata, parti dalam Pakatan Harapan (PH), khususnya DAP kehilangan sokongan orang ramai dan mencabar pembangkang supaya menerima sekiranya pilihan raya umum diadakan dengan segera.

"Ini apa yang kita akan lakukan. Kita akan pulangkan kepada (pilihan) rakyat dan menukar kamu semua (ahli parlimen pembangkang), saya janji kamu. Kamu boleh datang ke Pasir Salak dan lihat sama ada kamu boleh menang atau tidak." tambahnya.

Timbalan Speaker, Datuk Mohd Rashid Hasnon kemudian menyeru semua pihak bertenang, sebelum meminta Datuk Seri Shamsul Iskandar Md Akin (PKR-Hang Tuah Jaya) meneruskan perbahasan.

Sebelum mula berbahas, Shamsul meluahkan 'penghargaan' kepada Tajuddin kerana menghiburkan Dewan Rakyat menerusi perbahasannya sebelum ini.

"Terima kasih kepada speaker, dan pastinya Pasir Salak kerana menghiburkan Dewan pada tengah hari ini," katanya lagi.

Tajuddin kemudiannya membalas kenyataan Shamsul, memberitahunya supaya jangan menyindir.

“Tidak perlu banyak menyindir. Awak dah botak, rambut lagi gugur nanti,” katanya. - Getaran, 28 Julai, 2022

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

Politik 1 jam yang lalu

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Politik 3 jam yang lalu

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tersalah Tekan Pedal Minyak, Wanita 61 Tahun Pandu Posche Rempuh Lobi Hotel

oleh Sophia Ahmad