web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Persiapkan Jentera, Kalau Tidak, Jangan Harap Jadi Calon - Anwar

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 17 Jul 2022 5:51PM

Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa sidang akhbar sejurus tamat Kongres Nasional Keadilan Ke-16 - Gambar oleh Abdul Razak Latif

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Semua bakal calon di cabang parti PKR diingatkan untuk segera mempersiapkan jentera bagi menghadapi pilihan raya umum (PRU) atau melupakan hasrat untuk bertanding.

Presiden parti, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, mana-mana cabang atau bakal calon yang gagal membuat persiapan jentera tidak akan dipertimbangkan untuk bertanding pada PRU.

"Ada yang sudah Ahli Parlimen, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan penyelaras, tanya dia jentera di cabang, hendak cari 30 orang pun tidak boleh.

"Ada kawasan pengundinya 40,000 Melayu, 30,000 Cina dan 10,000 India. Apabila ditanya jentera, sama ada semuanya Melayu atau semua Cina atau semua India. Ini semua akan mengundang malapetaka kepada parti," katanya ketika menyampaikan ucapan penggulungan pada Kongres Nasional Keadilan Ke-16 hari ini.

Anwar menjelaskan, seseorang calon itu bukan sahaja perlu memiliki kelayakan untuk bertanding,  tetapi wajib mempunyai rekod perkhidmatan bersama jentera di cabang.

Tambahnya, setiap ahli parti perlu bersiap bermula sekarang dan memastikan semua jentera berfungsi dalam mendepani PRU yang dikatakan hampir tiba.

Beliau turut berkongsi pengalaman ketika berkempen pada pilihan raya negeri (PRN) sebelum ini dan mengakui terdapat kelemahan dari segi jentera.

"Saya berterima kasih kepada rakan-rakan yang bekerja tetapi ada kelemahan dalam sistem itu. Bagaimana mungkin satu cabang tidak boleh tonjolkan 50 hingga 60 orang jentera penggerak parti? Kalau kumpul jawatankuasa cabang Wanita, Angkatan Muda Keadilan (AMK) dan Srikandi ada lebih 100 orang.

"Tetapi jentera 100 itu pun tiada. Dan kita hendak menghadapi pilihan raya," katanya.

Justeru dalam penilaian kali ini katanya, cabang dan bakal calon yang tidak ada persiapan jentera tidak akan diangkat sebagai calon.

"Ini kerana kita ini dalam tahap selesa betul. Apabila kita berkuasa itu ujiannya lebih besar. Kita agak selesa. Hantar bantuan kepada surau dan masjid. Itu kerja kita, kebajikan rakyat. 

"Tetapi bantuan itu bukan membantu kita dalam persiapan jentera. Itu ada dua hal berbeza. Kerja amalan kebajikan sebagai MP dan ADUN mesti diteruskan tetapi jentera, strategi menyusun dan menggerakkan jentera harus ada. Jadi saya harap hal-hal ini tentu akan diberikan perhatian," katanya.

Dalam sidang akhbar sejurus tamat Kongres Nasional Keadilan Ke-16, Anwar berkata, Pakatan Harapan (PH) akan membincangkan syarat-syarat memorandum persefahaman (MOU) bersama pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau menjelaskan, perbincangan lanjut juga perlu dilakukan dengan barisan kepimpinan baharu komponen PH termasuk PKR dan DAP.

Anwar menegaskan, langkah tersebut bagi memastikan usaha terbabit tidak digunakan oleh UMNO untuk menyegerakan PRU. - Getaran, 17 Julai 2022

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

Semasa 1 hari yang lalu

Tersalah Tekan Pedal Minyak, Wanita 61 Tahun Pandu Posche Rempuh Lobi Hotel

oleh Sophia Ahmad

Politik 2 jam yang lalu

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

oleh Wartawan Getaran