web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


‘Sikit-sikit Masuk Facebook, Orang Nak Undi Pun Meluat’

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Jul 2022 12:17PM

Fuziah Salleh - Gambar oleh Abdul Razak Latif

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Ketua Wanita Keadilan sesi 2018 hingga 2022, Fuziah Salleh hari ini menegur segelintir ahli PKR kerana menggunakan media sosial untuk mengeluarkan kenyataan tertentu yang dilihat dapat menjejaskan parti dan seterusnya membawa kepada kekalahan.

Beliau menegaskan, PKR seharusnya dilihat oleh pengundi dan pihak lawan sebagai sebuah parti yang layak diberikan mandat serta kepercayaan.

“Kalau kita duduk dalam Facebook asyik serang sesama kita, sikit-sikit masuk Facebook, buat kenyataan media, sikit-sikit masuk Facebook, orang hendak undi kita pun meluat, menyampah tahu tak?

“Tidak boleh simpankah sikit? Tiadakah saluran dalaman? Tiadakah cara komunikasi? Sikit-sikit masuk Facebook, kenyataan media, buat ‘live’. Hebat konon, tetapi saudara tidak sedar inilah yang menghancurkan parti. Ini yang membawa kekalahan kita,” katanya.

Beliau menyatakan demikian ketika melakukan ucapan penggulungan pada Kongres Nasional Keadilan Ke-16 di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC), di sini hari ini.

Dalam perkembangan berkaitan, Fuziah turut mengambil kesempatan menegur pihak dalam parti yang tidak memulangkan kembali wang deposit pilihan raya meskipun telah menandatangani akujanji.

Menurutnya, jika ada pihak yang meminta, beliau boleh mengeluarkan senarai mereka yang tidak membayar balik wang deposit berkenaan selepas bertanding.

“Masa suruh tanda tangan beria tanda tangan sebab hendak jadi calon. Minta balik deposit punyalah susah. Paling kita senarai hitam tidak perlu jadi calon pilihan raya depan.

“Siapa setuju dengan saya bangun. Tak payah kita bagi peluang, siapa yang pandai-pandai tulis dalam Facebook jatuhkan parti kita senarai hitam, siapa buat laporan kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) kita senarai hitam, kita hantar lembaga disiplin dan kita senarai hitam semua.

“Kita julang calon yang betul-betul hendak menangkan PKR bukan hendak menangkan diri sendiri. Sama-sama kita laungkan perjuangan reformasi ini memerlukan komitmen yang tinggi, kefahaman tentang apa itu keadilan dan reformasi,” katanya.

Sementara itu, Fuziah selaku Pengarah Pilihan Raya PKR menegur segelintir ahli yang berebut-rebut mahu menjadi calon namun menarik ‘brek tangan’ apabila tidak terpilih.

“Kita tengok semua pilihan raya negeri (PRN), itu yang berlaku. Berebut-rebut hendak jawatan ini buat apa? Sebab nak jadi calon.

“Selepas itu tak jadi calon, tarik brek tangan. Ini apa ini? Cakap pasal Keadilan berdegar-degar tetapi dalam diri pun tidak faham apa itu keadilan. Hendak bertanding jawatan beria-ria sebab hendak jadi calon, bukan (kerana) hendak bina parti,” tegasnya.

Fuziah menambah, meskipun semua dilihat ‘cantik’ di atas kertas, namun jentera pilihan raya parti dilihat masih mempunyai kelemahan.

“Saya turun (berjumpa jentera) saya tanya kenapa tak nak buat panggilan telefon? Kami tahu angkat bendera sahaja YB (Yang Berhormat). Ini samalah macam hulubalang yang berperang, parangnya tidak diasah selepas itu diberi M16 tidak reti menembak.

“Inilah jentera kita. Saudara-saudara kalau hendak menang, luaran kena jaga, dalaman kena jaga,” tambahnya.

Beliau turut menitipkan pesanan, jentera parti perlu berperanan mendapatkan keyakinan rakyat bagi memastikan PKR berupaya memenangi dan mempertahankan kerusi dimenangi.

“Pada 2018, betul ada tsunami, kita tidak buat apa pun. Calon-calon buat ejen tempat mengundi dan ejen mengira undi (PACA) sahaja. Kempen pun tidak berapa kempen tiba-tiba menang, selepas itu perasan, rasa dialah hebat bawa kemenangan.

“Dia tidak sedar parti yang letak (dia) di situ, dia tidak sedar dia di situ membawa lambang parti, bukan diri dia. Selepas itu sudah dapat jawatan, perasan,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) sesi 2018 hingga 2022, Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata, barisan kepimpinan baharu PKR perlu mengembalikan semangat reformasi, yang sinonim dengan parti berkenaan.

Beliau memberitahu, barisan kepimpinan itu juga diharap dapat mengembalikan PKR sebagai pilihan terbaik rakyat Malaysia.

“Saya hendak ucapkan terima kasih kepada AMK yang bermati-matian mempertahankan parti ketika berlaku pengkhianatan tempoh hari.

“Kita sudah buktikan di peringkat pemuda bahawa kita mempertahankan prinsip dan idealisme. Kita tidak berganjak.

“Yang penting apabila pertahankan prinsip dan idealisme, baru kita tahu kehendak akar umbi,” katanya. - Getaran, 17 Julai 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Harga Gula Tak Naik - Fuziah

2

Semasa 2 tahun yang lalu

8.1 Τan Makanan Bazar Ramadan Diselamatkan Menerusi Program MySaveFood - Fuziah

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Program Jualan Rahmah Rekod RM178.6 Juta - Fuziah 

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Boikot Adalah Hak Pengguna - Fuziah

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tersalah Tekan Pedal Minyak, Wanita 61 Tahun Pandu Posche Rempuh Lobi Hotel

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

Warga SPRM Wajib Isytihar Harta Dalam Tempoh Sebulan - KP SPRM

Luar Negara 1 jam yang lalu

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka  Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Padah Pasport Diconteng Anak, Wanita Terpaksa Tunda Penerbangan 

oleh Sophia Ahmad