web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Bela Anwar 'Semata-Mata', Saya Tidak Akan Mainkan Peranan Itu - Rafizi

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Jul 2022 4:05PM

Rafizi Ramli bercakap kepada pemberita ketika menghadiri Kongres Nasional Keadilan Ke-16 di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC) di sini hari ini. - Gambar oleh Abdul Razak Latif

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli menyelar tindakan ahli parti yang dilihat cenderung membela Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam segala perkara sehingga menjadikan Presiden PKR itu ‘kebal’ dari segenap segi.

Tegasnya, beliau tidak akan berbuat demikian atau memainoan peranan tersebut sepanjang menyandang jawatan Timbalan Presiden. 

"Kalau saya rasa salah bukan bererti saya rasa Anwar salah tetapi demi kepentingan parti untuk kita menangani (address) sebarang masalah, sama ada fasal Anwar, saya, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) atau ahli Majlis.

"(Ini) Sebab kita dinilai dalam parti," katanya kepada pemberita ketika menghadiri Kongres Nasional Keadilan Ke-16 di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC) di sini hari ini.

Rafizi memberitahu, Anwar tidak perlu dipertahankan seratus peratus kerana keutamaan parti seharusnya ditumpukan kepada usaha menarik pengundi untuk memenangi pilihan raya umum (PRU).

"Masalah kita adalah apabila kalau ada beberapa kelompok di keliling Anwar yang sering merasakan mereka perlu membela sehingga tidak ada fakta yang dilihat boleh menyentuh beliau. Tidak boleh begitu," katanya.

Semalam, Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mempertahankan dan menolak dakwaan kononnya Anwar adalah liabiliti dalam parti.

Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu itu sebaliknya mengingatkan semua ahli PKR agar melihat kembali pencapaian parti dalam PRU yang antara lain, melambangkan perjuangan Anwar.

Mengulas lanjut Rafizi berkata, beliau sekiranya ‘menjadi’ Anwar akan memberi perhatian kepada dapatan berfakta yang mendakwa populariti PKR kian berkurangan.

Menurutnya, jika tidak, ia dibimbangi akan diterjemahkan menerusi keputusan pilihan raya.

"Apa yang perlu dilakukan adalah kita merayu kepada rakyat untuk menang. Kita perlu melihat sama ada contohnya, merayu dari segi dasar untuk menang, jadi itu adalah perkara yang perlu kita tumpukan.

"Kalau PKR kurang berjaya mendapat tempat dalam kalangan orang muda, kita perlu cari jalan tentang itu. Jika peranan yang perlu dimainkan untuk mendapatkan undi orang muda itu tidak melibatkan Anwar, saya rasa tidak ada masalah, sebab pada akhirnya kita perlu menang," katanya.

Berhubung isu khemah besar, Rafizi menjelaskan, majoriti keputusan pemilihan setakat ini memperlihatkan bahawa mereka menolak pendekatan berkenaan.

Beliau menambah, sebarang perancangan untuk mengadakan kerjasama dengan pihak di luar Pakatan Harapan (PH) perlu mengambil kira dua faktor iaitu sentimen dalam kalangan akar umbi PKR dan penyokong PH, selain memperhalusi implikasinya. 

"Pendirian saya jelas, kita tidak boleh lari daripada mengukuhkan PH, itu teras kita. Kalau contohnya ada parti lain, kita boleh berbincang tetapi tidak memasuki PH namun sebagai kerjasama politik lima enam kerusi, itu boleh. 

"Kepimpinan baharu nanti sudah pasti akan meletakkan satu kerangka yang perlu dipatuhi oleh mana-mana pimpinan parti apabila kita mewakili parti dalam berunding, baik dalam PH atau bersama parti lain," katanya. - Getaran, 16 Julai 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

Perjanjian Senjata RM1.1 Bilion: Rafizi Hadir Ke SPRM, Serah Dokumen 28 Muka Surat

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Perjanjian RM1.1 Bilion: Rafizi Sambung Beri Keterangan Di SPRM

3

Politik 1 tahun yang lalu

Misteri ‘Kehilangan’ Rafizi: Apakah Ada ‘Drama’ Di Belakang Tabir?

4

Politik 1 tahun yang lalu

Anwar Sahkan Rafizi Hadir Mesyuarat MPP PKR

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tersalah Tekan Pedal Minyak, Wanita 61 Tahun Pandu Posche Rempuh Lobi Hotel

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

oleh Sophia Ahmad

Semasa 22 jam yang lalu

Kerajaan Tolak Desakan Beremosi, Tangani Isu Pelarian Dengan Berhemah - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad

Politik 53 minit yang lalu

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik