web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Wanita Keadilan Mampu Bangkit Walau Berdepan Episod Langkah Sheraton

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Jul 2022 1:09PM

Ketua Wanita Keadilan, Fuziah Salleh - Gambar oleh Syeda Imran

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Meskipun berlakunya Langkah Sheraton dua tahun lalu, Wanita Keadilan mampu bangkit dan meraih pencapaian membanggakan.

Ketuanya, Fuziah Salleh berkata, ia dibuktikan dengan kejayaan sebanyak 138 Wanita Cabang mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan Wanita Cabang (MATWC), seterusnya membentuk Ahli Jawatankuasa Wanita Cabang untuk tahun 2022-2025.

“Julai 2022 genap dua tahun saya menggalas jawatan Ketua Wanita Pusat, mengetuai pasukan dan berhempas pulas dalam misi membina semula sayap Wanita selepas pengkhianatan. Mereka yang berada di hadapan ini semua komited menjulang prinsip Keadilan dan setia bersama saya dalam melaksanakan tugas cukup mencabar tersebut.

“Adalah diharapkan bahawa Wanita Cabang terus berusaha memperkemas organisasi dan meningkatkan kefahaman berorganisasi selepas ini. Dan sama-sama kita doakan Wanita Keadilan bertambah utuh dan tekal,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan dasar pada Kongres Nasional Wanita Keadilan Ke-16 bertemakan ‘Mengupaya Wanita Untuk Berdaya’ di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC) di sini, hari ini.

Langkah Sheraton yang berlaku pada awal tahun 2020, menyaksikan kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan (PH) ekoran tindakan melompat parti oleh beberapa wakil rakyat yang seterusnya membentuk kerajaan Perikatan Nasional (PN) dianggotai beberapa parti, termasuk Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), UMNO dan PAS.

Beberapa pemimpin PKR turut menyertai tindakan tersebut, termasuk mantan Timbalan Presiden, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan mantan Ketua Wanita, Datuk Zuraida Kamarudin.

Dalam pada itu, Fuziah yang juga Ahli Parlimen Kuantan menggariskan lapan teras bagi mengupaya wanita untuk berdaya, termasuk keseimbangan pekerjaan-kehidupan, mengupaya wanita teraniaya, wanita selaku ketua isi rumah (KIR) serta wanita dan pendidikan.

Selain itu tambahnya, teras itu merangkumi mengupaya wanita dalam proses membuat keputusan, wanita dan kesihatan, wanita muda sebagai pewaris perjuangan serta wanita untuk mampu berperanan dalam adaptasi perubahan iklim.

Dalam pada itu, Fuziah yang akan melepaskan jawatan Ketua Wanita juga berharap, sayap parti itu mempunyai kekuatan luar biasa untuk melaksanakan amanah terpikul di bahu masing-masing.

“Saya tinggalkan Wanita Keadilan dengan hati tenang kerana saya tahu saya sudah berikan yang terbaik di dalam membantu merealisasi potensi ada di dalam diri kalian.

“Yakinlah dengan potensi tersebut dan upayakanlah diri anda, dengan menambah ilmu, menambah skil serta kemahiran. Semoga anda menjadi wanita berdaya,” katanya. - Getaran, 15 Julai 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Harga Gula Tak Naik - Fuziah

2

Semasa 2 tahun yang lalu

8.1 Τan Makanan Bazar Ramadan Diselamatkan Menerusi Program MySaveFood - Fuziah

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Program Jualan Rahmah Rekod RM178.6 Juta - Fuziah 

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Boikot Adalah Hak Pengguna - Fuziah

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 1 hari yang lalu

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

Semasa 1 hari yang lalu

Padah Pasport Diconteng Anak, Wanita Terpaksa Tunda Penerbangan 

oleh Sophia Ahmad

Politik 54 minit yang lalu

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik