web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


GPS Belakangi BN? Persefahaman Politik Baharu Harus Diusahakan - Zambry

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Jul 2022 7:00AM

Zambry Abdul Kadir - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Barisan Nasional (BN) mahu mewujudkan permuafakatan dalam dinamik politik baharu bersama Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) demi mengukuhkan kerjasama antara ketiga-tiga parti itu.

Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir berkata, langkah itu penting bagi membentuk persekitaran politik yang sihat selain membantu parti berkenaan mengukuhkan kedudukannya di kepulauan Borneo.

“Kita perlu lakukan itu (permuafakatan) kerana dinamik baharu berlaku di Sarawak dan Sabah. Di Sarawak anda ada GPS manakala Sabah pula ada GRS.

“Jadi anda perlu berusaha ke arah mewujudkan persefahaman politik baharu dalam persekitaran politik baharu merangkumi Sabah dan Sarawak,” katanya semasa sesi podcast mengenai politik BN-UMNO di pejabat PETRA Group, baru-baru ini.

Turut serta dalam sesi tersebut, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) PETRA News, Datuk Zainul Arifin Mohammed Isa, Ketua Pengarang PETRA News, Terence Fernandez dan Pengarah Eksekutif PETRA News, Datuk Ahirudin (Rocky) Attan.

Jelas Zambry, perkara sama membabitkan kerjasama dengan parti komponen lain di Semenanjung juga perlu diteliti.

“Selain Sarawak dan Sabah, kita juga perlu melihat kawasan di Semenanjung, yang menyaksikan dinamik baharu berlaku.

“Kejadian yang sangat dinamik. Misalnya bagaimana persefahaman antara BN dan parti lain. Ini sesuatu yang perlu kita teliti juga,” katanya.

Diminta mengulas mengenai tindakan GPS yang seolah-olah membelakangkan usaha kerajaan dalam memperkasakan Bahasa Melayu apabila menamakan semula jawatan Ketua Menteri kepada ‘Premier’, Zambry berkata, BN memahami senario tersebut.

Katanya, ini kerana Sarawak memiliki budaya politik tersendiri yang sudah diamalkan sejak dulu lagi.

“Kami tidak mempunyai masalah mengenainya kerana kami telah mengadakan perbincangan dengan mereka. Kami masih menghormati mereka sehingga hari ini.

“Sebagai contoh, terdapat persoalan di mana kami harus bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak yang lalu, tetapi sekali lagi kami menghormati kepimpinan Sarawak. Saya rasa tidak wajar BN datang bertanding di Sarawak,” katanya.

Namun beliau berkata, keadaan itu berbeza dengan pendirian sesetengah parti dari Semenanjung yang mengumumkan mahu bertanding pada PRN Sarawak tahun lalu.

“Tetapi kita telah membuat petisyen itu sebelum ini, atas sebab itu pucuk pimpinan tertinggi BN akhirnya memutuskan untuk bertanding kerana menghormati kepimpinan Sarawak.

“Kami masih mengekalkan hubungan baik dengan Sarawak, jadi untuk mengatakan mereka semua jauh daripada kami, saya fikir ia agak pra matang pada peringkat ini,” katanya.

Pada 12 Jun 2018, empat parti tempatan Sarawak iaitu Parti Demokratik Progresif (PDP), Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) dan Parti Rakyat Sarawak (PRS) mengumumkan keluar daripada BN sekali gus membentuk pakatan GPS.

Presiden PBB, Tan Sri Abang Johari Openg yang juga Premier Sarawak berkata, keputusan keluar daripada BN dibuat kerana mahu menentukan sendiri masa depan negeri berkenaan.

“Sarawak keluar daripada BN kerana berasakan masa depan, takdir negeri ini perlu ditentukan oleh rakyat Sarawak sendiri,” katanya.  - Getaran, 9 Julai 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 1 tahun yang lalu

PRK Nenggiri: BN Menang Majoriti Besar, Rampas Semula Kerusi DUN Nenggiri

2

Politik 2 tahun yang lalu

PRK Kuala Kubu Baharu: Kerajaan Perpaduan Ada Kaedah Pastikan Calon Menang

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Mahkamah Tolak Rayuan BN Untuk Kembalikan Petisyen Pilihan Raya Gua Musang

4

Politik 2 tahun yang lalu

PRK Kemaman : Keluar Undi Esok, Buat Pilihan Terbaik - Calon BN

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 1 hari yang lalu

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

oleh Wartawan Getaran

Semasa 18 jam yang lalu

Lakukan Serangan Seksual Terhadap 6 Pelajar, Guru Muzik Mengaku Tak Bersalah

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

Warga SPRM Wajib Isytihar Harta Dalam Tempoh Sebulan - KP SPRM

Semasa 1 hari yang lalu

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai