web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Tarikh PRU-15, Ini Pandangan Setiausaha Agung BN

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Jul 2022 10:02AM

Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir - Gambar oleh Noreeza Hashim

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Walaupun timbul desas-desus Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) akan diadakan selewat-lewatnya Oktober ini, tarikh sebenar ‘hari penting’ bagi menentukan pembentukan kerajaan baharu di negara ini terus kekal menjadi teka-teki.

Malah Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa menerusi sidang media selepas melancarkan logo dan tema Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2022 semalam turut menafikan PRU-15 akan diadakan dalam tempoh tiga bulan dari sekarang.

Bagaimanapun Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berpandangan, PRU-15 sesuai diadakan pada tahun ini.

“Saya harap boleh diadakan tahun ini. Soalan itu (tarikh sebenar) anda perlu tanya Perdana Menteri (Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob). 

“Tetapi sudah tentu kami menjangkakan, lagipun bila anda lihat pada masa yang ada, hanya ada 11 bulan lagi jika tempoh maksimum (tamat penggal).

“Sebenarnya jika anda melihat trend pilihan raya sebelum ini, anda boleh meneka ia boleh sahaja diadakan mungkin tahun ini, mungkin (pada) akhir tahun ini. 

“Jadi buat masa ini kita hanya boleh meneka. Tetapi apa yang penting, kita perlu mempersiapkan diri,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa sesi podcast mengenai politik BN-UMNO bersama Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) PETRA News, Datuk Zainul Arifin Mohammed Isa, Ketua Pengarang PETRA News, Terence Fernandez dan Pengarah Eksekutif PETRA News, Datuk Ahirudin (Rocky) Attan di pejabat PETRA Group, kelmarin.

Tegasnya, beliau tiada hak prerogatif untuk mendedahkan tarikh tersebut tetapi mengakui BN sudah bersedia untuk menghadapi PRU-15.

Ketika ditanya mengenai wujud dua mazhab dalam UMNO yang dapat dilihat menerusi percanggahan pendapat mengenai tarikh PRU-15, Zambry yang juga mantan Menteri Besar Perak menafikan perkara tersebut.

“Anda tidak perlu mengatakan dua puak, anda mempunyai kumpulan dari parti serta dari kerajaan kerana buat pertama kalinya anda tidak mempunyai presiden parti sebagai PM.

“Parti tidak mengatakan ini sebagai perpecahan, ia lebih tepat cara baharu untuk bekerjasama, bagaimana untuk mewujudkan persekitaran kerja baharu,” katanya.

Susulan itu, Zambry berkata, Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO menerusi dua mesyuarat terdahulu memutuskan untuk membentuk jawatankuasa penyelarasan antara parti dan kerajaan.

Jelasnya lagi, jawatankuasa penyelarasan itu yang turut dianggotai beliau dibentuk agar parti dan kerajaan mempunyai koordinasi lebih baik antara satu sama lain.

“Sememangnya kita perlu belajar bagaimana untuk bekerjasama, memahami satu sama lain dengan lebih baik kerana sebelum ini kebanyakan pemimpin kanan parti juga dalam Kabinet. Kali ini segalanya berbeza. 

“Saya rasa atas sebab itu parti memutuskan untuk mewujudkan jawatankuasa penyelarasan ini, menyebabkan saya dilantik bersama Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, Datuk Seri Azalina Othman Said, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan, Datuk Seri Razali Ibrahim, Datuk Seri Mahdzir Khalid, Tan Sri Noh Omar, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican dan Datuk Seri Dr Noraini Ahmad,” katanya.

Ujarnya, jawatankuasa tersebut sudah mengadakan pertemuan bersama bagi mendapatkan keputusan terbaik serta untuk menjelaskan jika terdapat sebarang kekaburan dalam penyelarasan atau hubungan antara parti dan kerajaan.

Ditanya sama ada Ismail Sabri perlu mengadakan pilihan raya segera kerana wujud kebimbangan mengenai kluster mahkamah dan juga perpecahan dalam UMNO, Zambry sekali lagi mengulangi pendirian bahawa perkara itu di luar bidang kuasanya.

“Seperti saya katakan semula, ia bukan di bawah prerogatif saya. Kami memerlukan pemahaman seperti ini tentang penyelarasan antara parti dan kerajaan dengan harapan, apabila kita duduk bersama kita dapat mencapai apa sahaja persetujuan yang akan menguntungkan kedua-dua pihak.

“Lagipun anda suka atau tidak, PM mewakili imej parti juga. Walaupun kerajaan sendiri yang anda tahu, tidak sepenuhnya mewakili majoriti ahli parti kami.

“Ini amat penting kerana anda pernah menyebut kadang-kadang parti merasakan bahawa kami perlu mengeluarkan kenyataan tertentu (bahawa) ini adalah pendirian parti.

“Pada masa sama anda juga mempunyai pihak lain dalam kerajaan. Jadi dari semasa ke semasa, mungkin anda mendapati berlaku salah faham (tentang) bagaimana anda menangani sesuatu isu,” katanya.

Namun beliau berkata, menerusi jawatankuasa penyelarasan yang dibentuk, MTT akan menggunakan peranan mereka dalam mencari jalan penyelesaian terbaik mengenai salah faham yang timbul.

“Bagaimanapun di peringkat parti, kami ada PM di sana, ahli MKT juga peringkat top 5 (yang terdiri daripada Presiden, Timbalan Presiden dan tiga Naib Presiden) akan memimpin kami mengenai apa keputusan terbaik untuk parti selagi mereka boleh duduk bersama dan mencapai beberapa persefahaman. 

“Biasanya dari pemerhatian dan pengalaman saya, saya dapat rasakan mereka mempunyai persefahaman seperti ini.

“Seperti yang berlaku sekarang, nampak seperti wujud perbezaan pandangan tetapi sama ada anda mahu mengadakan pilihan raya sekarang atau kemudian, sama ada anda mahu pemilihan terlebih dahulu atau kemudian, atau selepas pilihan raya, parti berbincang. 

“Ia dibawa ke dalam Perhimpunan Agung UMNO (PAU) dan juga di peringkat Perhimpunan Agung Luar Biasa (EGM). Kemudian semua orang bersetuju tentang itu, tetapi setelah dibuat keputusan saya, fikir ia adalah keputusan parti,” katanya. - Getaran, 2 Julai 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 2 bulan yang lalu

Selepas KJ, Hishammuddin Juga Mahu Kembali Bersama UMNO - Asyraf Wajdi

2

Politik 5 bulan yang lalu

‘Nantikan Keputusan Mahkamah Projek Terowong Dasar Laut’, Mat Hasan Sindir DAP 

3

Singapura 1 tahun yang lalu

Singapura Bubar Parlimen Menjelang Pilihan Raya, Hari Penamaan Calon 23 April

4

Politik 1 tahun yang lalu

YB Awie Ikrar Berkhidmat Tanpa Kira Warna Politik

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Semasa 20 jam yang lalu

Warga SPRM Wajib Isytihar Harta Dalam Tempoh Sebulan - KP SPRM

Politik 1 jam yang lalu

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

Semasa 1 hari yang lalu

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

oleh Sophia Ahmad