Berita Terkini

3 jam yang lalu: SUKMA: Pengguguran acara tidak dapat dielakkan - MSN 3 jam yang lalu: Pejabat Hal India akan dibuka di Kuala Lumpur 6 jam yang lalu: 16 terkorban, 36 hilang dalam banjir kilat di China 8 jam yang lalu: Transformasi budaya kerja di KKM atasi isu buli - Khairy 8 jam yang lalu: Lelaki ditahan disyaki menyamar Raja Muda Perak

IKUTI KAMI


Adakah Karier Tajuddin Bakal Berkubur? Ini Pandangan Penganalisis…

Politik Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 30 Jun 2022 12:07PM

Tajuddin Abdul Rahman - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Karier politik Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman dalam UMNO kini menjadi tanda tanya ramai pihak, sama ada beliau masih diperlukan atau sebaliknya pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), selepas pemimpin itu ‘membogelkan’ kerahsiaan parti secara terbuka.

Bagaimanapun, penganalisis politik tanah air berbeza pandangan berhubung nasib masa depan Tajuddin dalam parti itu berdasarkan pemerhatian mereka.

Pensyarah Kanan Jabatan Pengajian Pentadbiran dan Politik Universiti Malaya (UM), Dr Mohammad Tawfik Yaakub berkata, kedudukan pemimpin itu dalam UMNO kini berada dalam tangan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Dr Mohammad Tawfik Yaakub
Dr Mohammad Tawfik Yaakub

Menurutnya, jika Ahmad Zahid benar-benar berani, beliau boleh memecat keahlian individu yang tidak selari dengan pandangannya, seperti Tajuddin namun berdasarkan sokongan cukup besar di peringkat akar umbi dimiliki pemimpin itu, perkara tersebut mungkin tidak akan berlaku.  

“Kemungkinan untuk dipecat keahlian mereka (individu tidak selari dengan pandangan Ahmad Zahid) mungkin tidak akan berlaku, namun bagaimana masa depan mereka (sebagai calon PRU), itu menjadi persoalan kerana kuasa menandatangani watikah sebagai calon ada pada Presiden.

“Tindakan misalnya tidak mencalonkan semula (Tajuddin) berpotensi tinggi dikenakan kerana Presiden dilihat tidak mahu ada kumpulan menentang beliau dalam UMNO.

“Adalah lebih baik menyerahkan (kerusi) kepada kumpulan yang menyokongnya untuk teruskan kekuatan dalam parti,” katanya kepada Getaran.

Ketika ditanya mengenai kesan pendedahan Tajuddin terhadap UMNO, Mohammad Tawfik dengan nada kritis menyifatkan, tindakan Ahmad Zahid mengetuai Ahli Parlimen parti Melayu terbesar itu untuk menandatangani akuan bersumpah (SD) untuk menyokong Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri adalah ‘kecurangan politik’ luar biasa dalam sejarah UMNO sehingga memalukan institusi Presiden.

Menurut beliau, tindakan tersebut membuatkan ahli dan akar umbi UMNO berada dalam dilema.

“Ia adalah jalan sukar kepada UMNO itu sendiri untuk berhadapan PRU-15 jika tidak ada usaha untuk menangani keadaan dengan kadar segera.

“Bagi saya Ahmad Zahid perlu berjiwa besar dan terbuka hati untuk berundur segera kerana apa yang paling penting dalam setiap parti politik adalah parti bukan pemimpinnya,” katanya.

Melahirkan pandangan berbeza, Felo Kanan Penyelidikan Institut Kajian Etnik (KITA) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Madya Dr Zaini Othman berkata, Tajuddin sudah memberi gambaran akan nasibnya dalam UMNO selepas membuat pendedahan berkenaan.

Bagaimanapun, beliau berpendapat apa didedahkan itu, bukan sesuatu yang baharu, sebaliknya diketahui umum sebelum ini.

“Dalam sidang media kelmarin, Datuk Seri Tajuddin sudah membayangkan nasib bakal dihadapinya ekoran daripada pendedahan beliau lakukan,” katanya ringkas.

Ditanya mengenai sama ada pendedahan Tajuddin berisiko mengundang perpecahan dalaman UMNO, Zaini berpendapat masih terlalu awal atau ‘premature statement’ untuk mengatakan sedemikian.

Bagaimanapun, menurutnya perkara paling menarik untuk diteliti adalah sejauh mana pendedahan tersebut mempengaruhi kepimpinan UMNO di setiap peringkat, iaitu cawangan, bahagian dan nasional.

“Perlu difikirkan juga status tokoh tersebut dalam struktur kepimpinan UMNO, adakah mereka berstatus ‘influencer’ seperti Anwar Ibrahim suatu masa dulu, jika ya sudah tentu pendedahan tersebut ‘will rock the UMNO boat at every level’ (akan menggegarkan kapal UMNO di setiap peringkat).

“... atau seperti mana kesan yang tercetus kepada UMNO apabila Datuk Seri Shafie Apdal (Presiden WARISAN) meninggalkannya, kapal parti itu di Sabah begitu teruk dipukul ribut.

“Justeru, saya melihat pendedahan itu hanya akan ternampak impaknya apabila wujud ‘spill over effect’ (kesan) seminggu dua ini dalam kepimpinan UMNO. Tunggu dan lihat,” katanya.

Sementara itu, Penganalisis Politik Universiti Malaya (UM), Profesor Madya Dr Awang Azman Awang Pawi berpendapat, nasib Tajuddin dalam kancah politik sebenarnya ditentukan dirinya sendiri dengan dua pilihan.

Menurutnya, pilihan itu sama ada beliau mahu terus berkecimpung dalam dunia politik atau memikul tanggungjawab baharu, iaitu sebagai Duta Besar ke Indonesia seperti diumumkan tempoh hari.

“Beliau perlu memilih satu antara dua pilihan, iaitu terus menjadi ahli politik sebagai Ahli Parlimen atau memberi fokus terhadap tanggungjawab baharunya sebagai duta ke Indonesia.

“Jika Tajuddin memilih untuk menjadi duta, beliau perlu lepaskan jawatan politik dan memberikan fokus terhadap tugasan baharunya, memandangkan beliau tidak pernah ada latar belakang sebagai Menteri Luar Negeri atau menjadi duta sebelum ini,” katanya.

Beliau berpendapat, tanggungjawab baharu Tajuddin sebagai duta adalah lebih berat memandangkan beliau membawa ‘suara’ Malaysia, selain menjadi penghubung dua hala antara kedua-dua negara.

“Sudah pasti kita tidak mahu mendengar sebarang kritikan seperti yang terjadi kepada (Presiden PAS) Tan Sri Abdul Hadi Awang selepas dilantik sebagai Duta Khas ke Timur Tengah,” katanya.

Terdahulu, Jumaat lalu, Getaran melaporkan, Tajuddin digugurkan daripada jawatan ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO dan kedudukannya digantikan mantan Ketua Penerangan Barisan Nasional (BN) Selangor, Isham Jalil.

Susulan daripada pengguguran tersebut, Tajuddin membuat pendedahan mengejutkan bahawa Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan atau Tok Mat dan mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, pernah mengetuai beberapa pemimpin UMNO, mewujudkan memorandum memujuk Ahmad Zahid berundur daripada jawatan orang nombor satu parti itu.

Selain itu, Tajuddin turut mendedah dan mengesahkan Ahmad Zahid mengetuai akuan bersumpah (SD) dalam kalangan Ahli Parlimen UMNO bagi menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.

Manakala pada sidang medianya kelmarin, Tajuddin menyatakan kesediaannya untuk mempertahankan kerusi Parlimen Pasir Salak atas tiket Bebas, sekiranya beliau dipecat daripada UMNO, selain tidak menolak kemungkinan bertanding atas tiket PAS. - Getaran, 30 Jun 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 1 hari yang lalu

PAS Tidur Sebantal Dengan UMNO, Mustahil Untuk Bersama PH Di Pahang

2

Semasa 2 hari yang lalu

Komitmen PM Minta Nyahklasifikasi ‘Skandal’ LCS Bukti Ketelusan Kerajaan, Wajar Diiktiraf

3

Politik 1 minggu yang lalu

GTA Boleh Cabar BN, PN, Berisiko Sebabkan Perpecahan Undi Orang Melayu

4

Politik 1 minggu yang lalu

Ismail Sabri Dibimbangi Ikut Jejak UMNO Dulu

Sorotan

1

'Hidup Saya, Kebebasan Dan Hak Untuk Perbicaraan Adil Jadi Pertaruhan' - Najib

2

LTAT Tak Harus Digunakan Sebagai Alat Kerajaan Jalankan Projek Strategik

3

Tak Pergi Konsert, Pemuda Ini Bertuah Bila Billie Eilish Lepak Tempat Kerja Siap Bergambar!

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Suami Isteri Didakwa Subahat, Salah Guna Kedudukan

Semasa 11 jam yang lalu

Tarik Diri Tak Dibenarkan, Hisyam Perlu Kendalikan Rayuan Akhir Najib

oleh Danial Dzulkifly

Semasa 1 hari yang lalu

Tiada Dana Tambahan Untuk LCS Pertama - Hishammuddin

Politik 1 hari yang lalu

RUU Anti Lompat Parti: N.Sembilan Adakan Sidang Khas DUN Pada Oktober