web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Sidang Nadi Rakyat Terpaksa Tukar Lokasi, Pengurusan Hotel Tak Benarkan Saat Akhir

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Jun 2022 9:08PM

Omar Mokhtar A Manap

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sidang Nadi Rakyat yang sepatutnya dilangsungkan di sebuah hotel di Kelana Jaya, Petaling Jaya, Selangor Sabtu ini, terpaksa bertukar lokasi.

Jurucakap Sidang Nadi Rakyat, Omar Mokhtar A Manap berkata, ini berlaku apabila pihak pengurusan hotel tersebut dikatakan tidak membenarkan premis mereka digunakan pada saat-saat akhir.

Sedangkan tambah beliau, segala urusan pembayaran telah dibuat, malah persiapan juga berada di fasa akhir kerana hebahan program sudah lama berjalan.

 “Sidang Nadi Rakyat melihat tindakan ini sebagai tidak bertanggungjawab, keterlaluan serta menyekat rakyat untuk bersuara.

“Tidak wajar penganjuran Sidang Nadi Rakyat yang bertujuan memberikan ruang kepada rakyat untuk menyuarakan pandangan dan permasalahan dihadapi mereka berdepan layanan sebegini,” katanya hari ini.

Menurut Omar, Sidang Nadi Rakyat ialah medan untuk rakyat bersuara berhubung isu fundamental yang menekan kehidupan mereka secara terus kepada pemimpin negara.

Program tersebut katanya, turut akan membincangkan isu peningkatan kos sara hidup, kerencaman masalah pendidikan, kebobrokan pengangkutan awam serta diskriminasi terhadap wanita dan anak muda.

“Tindakan pengurusan hotel tidak membenarkan premis itu digunakan menyerlahkan isyarat gentar kerajaan terhadap momentum kebangkitan rakyat yang kian merebak ke seluruh negara,” katanya.

Tambah beliau, sepatutnya usaha sebegini menjadi iltizam dan menerima sokongan semua pihak, kerana ikhlas mencari jalan keluar bagi mengatasi beban rakyat dan negara ketika ini.

“Adalah tidak keterlaluan untuk melihat tindakan ini sebagai suatu mimpi ngeri yang bakal mengulangi skrip lapuk untuk mengheret negara kembali ke zaman gelap pentadbiran UMNO-Barisan Nasional (BN) seperti sebelum,” katanya.

Kata Omar, mereka turut mendesak Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad segera menyatakan pendirian terhadap keputusan yang dibuat oleh pihak pengurusan hotel terbabit.

“Sidang Nadi Rakyat ingin mengajak rakyat Malaysia untuk turut sama bersolidariti dengan memakai baju putih pada Sabtu ini.

“Acara ini akan tetap diteruskan mengikut perancangan. Perubahan lokasi akan dimaklum oleh penganjur dalam waktu terdekat,” katanya. - Getaran, 29 Jun 2022

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 1 hari yang lalu

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Padah Pasport Diconteng Anak, Wanita Terpaksa Tunda Penerbangan 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 18 jam yang lalu

Lakukan Serangan Seksual Terhadap 6 Pelajar, Guru Muzik Mengaku Tak Bersalah

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai