web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Pemecatan Tajuddin Satu Amaran, Bakal Ada Tindakan Susulan - Penganalisis

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Jun 2022 9:00AM

Tajuddin Abdul Rahman - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pemecatan Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman sebagai ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO dilihat sebagai amaran daripada kumpulan G15 kepada blok Putrajaya.

Pensyarah Kanan Jabatan Pengajian Pentadbiran & Politik Universiti Malaya (UM), Dr Mohammad Tawfik Yaakub berkata, tindakan tersebut juga menggambarkan bahawa Presiden parti, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mahu memperkukuhkan cengkamannya di dalam UMNO sebagai persiapan menjelang Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Dr Mohammad Tawfik Yaakub
Dr Mohammad Tawfik Yaakub

Menurutnya, beliau percaya tindakan tersebut bukanlah langkah pertama yang diambil Ahmad Zahid sebaliknya akan ada tindakan susulan daripada Presiden UMNO itu.

“Presiden UMNO dilihat sedang memulakan langkah memperkukuhkan dan memperluaskan kuasanya, bukan saja di kalangan MT malah di dalam parti itu sendiri selepas menggugurkan Tajuddin.

“Saya percaya ia bukan langkah pertama sebaliknya akan berterusan sekali gus memberikan amaran kepada kumpulan Putrajaya yang tidak senada dengan presiden,” katanya ketika dihubungi Getaran.

Mohammad Tawfik berkata, walaupun Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan bernada baik dalam mengeluarkan kenyataan terhadap isu pengguguran tersebut, namun ada mesej yang jelas daripada Ahmad Zahid berhubung tindakannya.

“Ia tidak lain adalah untuk membersihkan duri dalam daging yang masih tersisa dalam UMNO dengan menunjukkan taring dan cengkamannya.

“Pemecatan itu juga satu isyarat jelas kepada kumpulan Putrajaya (Jemaah Menteri UMNO) yang tidak selari dengan presiden menjelang PRU15,” katanya.

Ditanya sama ada imej UMNO akan tercalar dengan tindakan Ahmad Zahid yang dilihat mengundang pergeseran, Mohammad Tawfik berkata, imej parti tersebut sememangnya sudah lama terjejas di mata rakyat.

Muhyiddin Yassin - Gambar fail
Muhyiddin Yassin - Gambar fail

Malah katanya, semua sudah sedia maklum apa konflik yang sedang berlaku di dalam parti tersebut sejak penubuhan kerajaan Perikatan Nasional (PN) di bawah pimpinan bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Masih terdapat segelintir pemimpin UMNO yang menyokong Muhyiddin sehingga berlaku pergeseran dalaman parti tersebut.

Namun untuk mengatakan rakyat muak dengan UMNO dan Barisan Nasional (BN) kerana kerap berpolitik, saya rasa ia tidak memberikan kesan besar kerana semua parti hari ini sedang dibelenggu masalah sama termasuk PKR dan DAP,” katanya.

Beliau juga berpendapat, UMNO masih akan menjadi pilihan rakyat berdasarkan ‘track record’ parti tersebut yang sudah 60 tahun memerintah negara.

“Jika dilihat berdasarkan ‘track record’, UMNO memiliki kelebihan dan lebih baik daripada pemerintahan Pakatan Harapan (PH) dan PN dari segi kestabilan ekonomi dan sebagainya,” katanya.

Sementara itu, Penganalisis Politik Universiti Utara Malaysia, Profesor Madya Dr Muhammad Fuad Othman berkata, tindakan menggugurkan Tajuddin dari MKT UMNO bukan sesuatu yang mengejutkan.

Sebaliknya beliau berpendapat, tindakan seumpama itu adalah perkara biasa bagi memberikan ruang kepada Tajuddin untuk lebih fokus dalam tugasan baharunya sebagai Duta Besar Malaysia ke Indonesia.

“Selain itu, saya berpandangan bahawa Presiden UMNO mahu memberikan nafas dan idea baharu dalam MKT dengan menamakan Isham Jalil sebagai pengganti.

“Jika ada pandangan bahawa Ahmad Zahid menggugurkan Tajuddin disebabkan kenyataannya yang kritis terhadap UMNO kenapa sekarang baru digugurkan? Sepatutnya sudah lama tindakan tersebut diambil,” katanya.

Tambah beliau, dengan meletakkan golongan muda di dalam barisan MKT UMNO, Ahmad Zahid boleh dilihat sebagai semakin bersedia untuk menghadapi PRU15 yang mungkin diadakan tidak lama lagi.

“Tajuddin adalah orang kuat UMNO malah leluhurnya di Perak juga sangat setia dengan parti, jadi saya tak nampaklah jika pengguguran tersebut adalah disebabkan pergeseran.

“Sebaliknya, dengan memberi peluang kepada suara orang muda dalam MKT, itu menunjukkan UMNO sedang ‘gear up’ untuk menghadapi pilihan raya dengan idea dan pandangan lebih segar,” katanya. - Getaran, 26 Jun 2022


 

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 1 hari yang lalu

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

oleh Wartawan Getaran

Luar Negara 4 minit yang lalu

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka  Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

oleh Wartawan Getaran

Semasa 17 jam yang lalu

Lakukan Serangan Seksual Terhadap 6 Pelajar, Guru Muzik Mengaku Tak Bersalah

oleh Sophia Ahmad

Semasa 19 jam yang lalu

Warga SPRM Wajib Isytihar Harta Dalam Tempoh Sebulan - KP SPRM