web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Masalah Dalaman UMNO Tidak Pernah Bawa Kepada Perpecahan

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Jun 2022 8:30PM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Permasalahan dalaman UMNO tidak pernah membawa kepada perpecahan parti, sebaliknya setiap perselisihan itu akan dapat diselesaikan seperti kiambang yang akan bertaut setiap kali lalunya biduk.

Setiausaha Veteran UMNO, Datuk Mustapha Yaakub optimis bahawa parti tersebut akan terus kukuh dalam menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Justeru, beliau menolak dakwaan mengatakan UMNO sedang di ambang krisis berikutan pemecatan  Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT), Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman baru-baru ini.

Mustapha juga berkata, beliau tidak fikir akan ada lagi penyingkiran seumpama itu.

“Tiada. UMNO adalah perkara biasa. Dari zaman Datuk Onn Jaafar selalu ada masalah dalaman tetapi habis itu habislah. Ia ibarat biduk lalu kiambang bertaut.

“Benda itu sentiasa ada tetapi tidaklah sampai membawa kepada perpecahan seperti yang pernah berlaku semasa (Semangat) 46 masa dahulu. Itu cerita lain,” katanya kepada Getaran.

Dalam hantaran di Facebook semalam, Ahli Parlimen dan Ketua UMNO Bahagian Ketereh, Tan Sri Annuar Musa memberi amaran, pemecatan Tajuddin daripada MKT hanya akan membawa parti tersebut ke arah krisis dan bertentangan dengan semangat serta resolusi yang dipersetujui pada Perhimpunan Agung UMNO sebelum ini.

Beliau berkata, meskipun terdapat peruntukan membolehkan Presiden UMNO memecat ahli MKT yang dilantik, tindakan itu tidak membawa sebarang kebaikan.

“Difahamkan, ada lagi beberapa nama yang sudah dicop sebagai musuh politik, bakal dipecat. Roda politik terus berputar,” katanya.

Mustapha berpendapat, kenyataan Annuar tersebut sekadar andaian yang bersifat peribadi.

“Saya rasa itu hanya satu andaian dia yang saya tidak tahu daripada sumber mana yang dia kata akan ada lagi pemecatan dan sebagainya,” katanya.

Dalam pada itu, penganalisis politik, Dr Azmi Hassan berkata, perpecahan UMNO tidak akan berlaku hanya kerana pemecatan Tajuddin.

Menurutnya, beliau melihat Tajuddin bukan sebagai ikon UMNO malah boleh menyusahkan parti itu sendiri.

Beliau menambah, jika ditinjau dalam kalangan ahli UMNO dan di luar parti, mereka dikatakan tidak hairan atau terkejut dengan pemecatan tersebut.

“Akan berlaku krisis dalaman jikalau ada pemecatan selepas ini. Tetapi saya melihatkan pemecatan Tajuddin itu hanya berlaku setakat itu sahaja.

“Jadi perkara ini bukan untuk mengukuh Presiden UMNO sebenarnya tetapi sebenarnya untuk mengasingkan Tajuddin dengan pendirian UMNO itu sendiri.

“Saya melihat tidak akan berlaku krisis kerana pemecatan itu akan berhenti di situ sahaja dan saya pasti akar umbi akar bersetuju kerana saya lihat Tajuddin itu adalah liabiliti kepada UMNO,” katanya. - Getaran, 25 Jun 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 2 bulan yang lalu

Selepas KJ, Hishammuddin Juga Mahu Kembali Bersama UMNO - Asyraf Wajdi

2

Politik 5 bulan yang lalu

‘Nantikan Keputusan Mahkamah Projek Terowong Dasar Laut’, Mat Hasan Sindir DAP 

3

Politik 1 tahun yang lalu

UMNO Muktamad Calon PRK Nenggiri Minggu Depan – Ahmad Zahid

4

Politik 2 tahun yang lalu

Zahid harap MCA Berubah Hati, Bantu Kempen PRK Kuala Kubu Bharu

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Semasa 17 jam yang lalu

Lakukan Serangan Seksual Terhadap 6 Pelajar, Guru Muzik Mengaku Tak Bersalah

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

Semasa 20 jam yang lalu

Kerajaan Tolak Desakan Beremosi, Tangani Isu Pelarian Dengan Berhemah - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad