web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Serangan UMNO Terhadap PAS Hanya Untuk MN 'Bercerai'

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Jun 2022 6:59PM

Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR SETAR - Tindakan beberapa pemimpin UMNO yang menyerang PAS kebelakangan ini, seolah-olah mahu mencari alasan untuk parti pimpinan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi itu ‘bercerai’ daripada Muafakat Nasional (MN).

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Datuk Awang Hashim berkata, tindakan itu didorong perasaan individu tertentu daripada parti berkenaan yang merasakan UMNO kini sudah kuat.

“Mereka rasa UMNO kuat tetapi sebenarnya ‘dia’ tak kuat. Cuma sebab Perdana Menteri dari UMNO, maka dia rasa kuat.

“Kalau dia kuat, tengok dalam media sosial dan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka serta Johor. Hanya berapa peratus saja mengundi pada masa itu dan bayangkan nanti apabila lebih ramai lagi pengundi tidak suka kepada UMNO keluar untuk mengundi.

“UMNO kena kaji semula perkara itu, termasuklah Undi18. Kita dah ada angka dan tahu macam mana keadaannya golongan Undi18 ini dengan UMNO,” katanya.

Awang Hashim - Gambar Bernama
Awang Hashim - Gambar Bernama

Beliau yang juga Timbalan Menteri Sumber Manusia berkata demikian ketika sidang akhbar selepas merasmikan Simposium Keharmonian Perusahaan Wilayah Utara di sebuah hotel di sini, hari ini.

Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO ketika bercakap kepada sebuah media kelmarin, meminta PAS ‘cermin diri’ berhubung soal keikhlasan, sebelum menuding jari kepada UMNO mengenai kerjasama MN yang kian ‘kelam’.

Menurut Ahli Parlimen Bagan Datuk terbabit, UMNO selama ini sudah banyak kali menerima akibat daripada muslihat politik PAS.

Mengulas perkara itu, Awang turut mempersoalkan mengenai tuduhan Ahmad Zahid bahawa PAS melakukan muslihat.

“Tolong beritahu apa muslihatnya? Kalau kita nak dedahkan muslihat UMNO, lagi teruk. Saya tak mahu cetuskan sebab kalau kita timbulkan ‘cetusan’, termasuk mengenai muslihat UMNO sebelum dan selepas MN diwujudkan, selain setelah wujudnya Perikatan Nasional (PN), itu lagi teruk.

“Tetapi kita tak naklah, nak berpecah dan berselerak ini sangat mudah tetapi nak berkawan adalah sesuatu yang susah. Kita melihat kepada agenda lebih besar, iaitu perpaduan ummah yang mampu menstabilkan negara menerusi penyatuan pelbagai ideologi,” katanya.  

Selain itu, Awang mengingatkan UMNO agar tidak terlalu yakin atau ‘mendabik dada’ dalam berdepan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

“PAS ini kalau nak lawan dengan UMNO, pukul 3 pagi pun kami bangkit. Selama ini PAS sanggup lupakan pertembungan selama 60 tahun dengan pelbagai muslihat dikenakan terhadap kami semasa UMNO masih kuat dan memiliki pelbagai elemen serta jentera kerajaan.

“Dulu pun kita dah lawan, tak ada masalah. Tambah pula sekarang ini UMNO bukan dominan sangat dan kalau nak berlawan, tak ada masalah langsung,” katanya. – Getaran, 23 Jun 2022

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Politik 57 minit yang lalu

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 4 minit yang lalu

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka  Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

oleh Wartawan Getaran

Semasa 20 jam yang lalu

Kerajaan Tolak Desakan Beremosi, Tangani Isu Pelarian Dengan Berhemah - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish