web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Pemimpin PH Jawab Dulu 11 Soalan Buktikan Penulisan Saya 'Mengarut'

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Jun 2022 8:06PM

Dr Kamarul Zaman Yusoff - Gambar dari Facebook Kamarul Yusoff

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pegawai khas kepada Perdana Menteri, Dr Kamarul Zaman Yusoff menggesa pemimpin pembangkang menjawab 11 persoalannya, selepas mereka mengatakan penulisan beliau sebelum ini bahawa penjawat awam menolak Pakatan Harapan (PH) dan parti itu tidak popular sebagai ‘mengarut’.

Beliau berkata, perkara berkenaan sudah terbukti menerusi beberapa Pilihan Raya Kecil (PRK) dan Pilihan Raya Negeri (PRN) sebelum ini.

“Ada juga komen di tempat lain yang mempersoalkan ketepatan tulisan saya kerana ia datang dari saya, bukan dari penjawat awam sendiri. Suka dimaklumkan sembilan pemimpin CUEPACS (Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam) yang bertemu Perdana Menteri pada 13 Jun lalu, mereka terlebih dahulu menemui saya.

“Saya sendiri terkejut dengan cerita mereka yang disertakan dengan bukti bertulis dan saya sekadar memanjangkan cerita mereka,” katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini. 

Beliau berkata demikian bagi mengulas kritikan beberapa Ahli Parlimen PH yang tidak berpuas hati dengan penulisannya yang bertajuk ‘Tertekan di zaman PH, penjawat awam kini terbela’ pada Jumaat lalu.

9 pemimpin CUEPACS telah mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri  Yaakob pada 13 Jun lalu. - Gambar dari Facebook Kamarul Yusoff
9 pemimpin CUEPACS telah mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada 13 Jun lalu. - Gambar dari Facebook Kamarul Yusoff

Menurut Kamarul Zaman, Ahli Parlimen DAP, Hannah Yeoh, dalam Twitternya jelas menolak penulisan beliau dengan menyebut ‘apabila baca berita mahupun artikel, kena tengok dulu siapa penulisnya’.

Ahli Parlimen Parti Amanah Negara (AMANAH), Khalid Samad pula, menyifatkan tulisan Kamarul Zaman sebagai ‘mengarut’ sambil menyebut profesionalisme PH diakui ramai.

Tindakan kedua ahli politik pembangkang tersebut membuatkan Kamarul Zaman menuduh sebahagian pemimpin dan penyokong PH, tidak mampu berhujah secara rasional, namun hanya pandai mengata serta melabel sahaja.

Justeru, Kamarul Zaman menggesa kedua pemimpin tersebut untuk menjawab ada atau tidak sekiranya terdapat Ahli Parlimen DAP yang menyifatkan penjawat awam sebagai membebankan kerajaan?

“Ada atau tidak ada Ahli Parlimen DAP yang menyifatkan penjawat awam sebagai membebankan kerajaan?

“Ada atau tidak ada Ahli Parlimen DAP yang mendesak kerajaan PH supaya mengurangkan bilangan penjawat awam di dalam negara?

“Ada atau tidak ada Ahli Parlimen DAP yang mencadangkan di Dewan Rakyat supaya kerajaan PH melakukan pembaharuan dasar berkenaan pemberian pencen pegawai/kakitangan awam yang dikatakan membazir,” soalnya. 

Pada masa sama, beliau turut melontarkan persoalan sama ada EXCO DAP yang menegaskan mengenai betapa kerajaan PH tidak perlu takut untuk memecat penjawat awam. 

Jelasnya, Timbalan Menteri DAP yang menegaskan mengenai keperluan untuk melakukan proses pembersihan kepada penjawat awam perlu dipersoalkan PH.

“Ada atau tidak ada pemimpin PH, baik dari DAP, AMANAH atau PKR, yang menuduh penjawat awam mensabotaj kerajaan PH? Betul atau tak kerajaan gabungan itu memindah dan menyejukbekukan (cold storage) penjawat awam utama kerajaan,” katanya. 

Menerusi penulisan sama, Kamarul Zaman turut bertanya sekiranya kerajaan PH memberhentikan Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam (MAPPA) yang membabitkan pertemuan antara Perdana Menteri dan penjawat awam?

Beliau berkata, tindakan kerajaan PH melaksanakan kenaikan gaji bersamaan 1 KGT secara khas kepada semua penjawat awam, pemendekan kenaikan pangkat Time Based kali kedua dikurangkan dari 13 tahun kepada 10 tahun, selain penambahan Gred DG 56 bagi guru Kementerian Pendidikan (KPM), turut menjadi persoalan bagi dirinya yang harus dijawab kedua-dua pemimpin terbabit. 

“Betul atau tidak sesuatu pemberian geran tahunan oleh kerajaan PH kepada CUEPACS ialah pada tahun 2019 dengan nilai sebanyak RM1 juta sahaja?. 

“Betul atau tidak kerajaan PH mendiamkan surat kelulusan Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Tanah Wilayah Persekutuan Putrajaya pada 15 Februari 2018 ke atas permohonan pemberimilikan lot tanah kerajaan di Presint 18 untuk CUEPACS,” soalnya. - Getaran, 19 Jun 2022.

-ends-

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 1 hari yang lalu

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

oleh Wartawan Getaran

Luar Negara 5 minit yang lalu

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka  Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Tersalah Tekan Pedal Minyak, Wanita 61 Tahun Pandu Posche Rempuh Lobi Hotel

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

Kerajaan Tolak Desakan Beremosi, Tangani Isu Pelarian Dengan Berhemah - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad