Berita Terkini

1 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


UMNO Semakin Rugi Jika PRU-15 Dilewatkan - Penganalisis Politik

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Jun 2022 12:06PM

Penganalisis berpendapat PRU-15 tidak boleh diadakan dalam keadaan tergesa-gesa dan pada masa sama amat tidak sesuai jika dilewatkan. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Defisit peratusan sokongan pengundi terhadap UMNO diramal semakin ‘menipis’ berdasarkan situasi semasa, jika Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dilewatkan.

Penganalisis Sosio Politik Universiti Malaya (UM), Profesor Madya Dr Awang Azman Awang Pawi berkata, UMNO sudah ketinggalan momen terbaik untuk mengadakan PRU-15, iaitu apabila pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dibenarkan kerajaan.

Menurutnya, momen tersebut adalah masa tepat untuk UMNO melaksanakan PRU-15 sekiranya parti itu mahu mendapatkan sokongan kuat daripada rakyat, terutama golongan B40 dan M40 yang terkesan dengan situasi ekonomi masa ini.

Dr Awang Azman Awang Pawi
Dr Awang Azman Awang Pawi

“Kelulusan untuk pengeluaran KWSP tersebut adalah ‘feel good factor’ untuk UMNO mengadakan PRU-15 namun tidak diambil peluang itu.

“Ketika pengeluaran KWSP tersebut diluluskan, golongan B40 dan M40 sudah pun memberikan reaksi positif terhadap kerajaan, tetapi ia (bubar Parlimen) tidak diumumkan,” katanya kepada Getaran.

Bagaimanapun, beliau berkata, kini terdapat dua kemungkinan boleh diambil kira bagi menentukan tarikh PRU-15, iaitu tempoh masa perjanjian persefahaman (MoU) antara kerajaan dengan Pakatan Harapan (PH) yang tamat Julai ini.

“Sebaik saja perjanjian tersebut tamat, ada kemungkinan kerajaan akan mengumumkan pembubaran Parlimen bagi membolehkan PRU-15 diadakan atau membubarkannya selepas pembentangan Belanjawan 2023.

“Berdasarkan konteks tersebut, terdapat dua fasa untuk kerajaan membubarkan Parlimen, iaitu antara Jun sehingga September atau September hingga Disember,” katanya.

Awang Azman berpendapat, isu ketidaktentuan ekonomi ketika ini berlaku disebabkan banyak faktor, antaranya pasca COVID-19, perang antara Russia dan Ukraine serta perubahan geo-politik dunia.

Jelasnya, pembentukan kerajaan yang kukuh mampu untuk menggubal dasar baharu bagi mengatasi masalah ekonomi dan inflasi dihadapi negara.

“Sebagai contoh, jika kerajaan tak mahu mengadakan PRU-15 tahun ini kerana ketidaktentuan ekonomi, adakah jika ia diadakan tahun depan ekonomi akan pulih? Bagaimana jika ia semakin teruk?

“Kestabilan ekonomi domestik dan global amat sukar untuk ditentukan jika ia menjadi indikator untuk mengadakan PRU-15,” katanya.

Dr Mohammad Tawfik Yaakub
Dr Mohammad Tawfik Yaakub

Sementara itu, Pensyarah Kanan Jabatan Pengajian Pentadbiran & Politik Universiti Malaya (UM), Dr Mohammad Tawfik Yaakub berkata, mengambil kira suasana politik semasa membabitkan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor, nyata memberi kelebihan kepada UMNO jika PRU-15 diadakan dalam masa terdekat.

Bagaimanapun, menurutnya, perbezaan pendapat antara kumpulan G15, iaitu pasukan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dengan kumpulan Putrajaya membabitkan pasukan Ismail Sabri, sedikit sebanyak akan memberi kesan terhadap sokongan pengundi.

“Kumpulan G15 mahukan PRU-15 diadakan secepat mungkin, namun kumpulan Putrajaya pula seakan-akan mahu melewat-lewatkannya.

“Saya tak nampak kumpulan Putrajaya ini mampu mengelak selama-lamanya untuk mengadakan PRU-15 kerana pada Julai tahun depan penggal ini akan tamat.

“Jadi, UMNO perlu mengambil inisiatif untuk duduk dan berbincang bila perlu diadakan PRU-15 kerana perpecahan dalaman akan memberi kesan kepada mereka walaupun tidak begitu besar,” katanya.

Mohammad Tawfik berkata, beliau tidak terkejut jika perbezaan pendapat antara kedua-dua kumpulan tersebut akan menyebabkan ada lagi pemimpin UMNO yang beralih arah seperti sebelum ini.

“Jika masalah tersebut tidak diatasi, mungkin akan ada pemimpin mereka yang akan ‘menyeberang’ kepada parti lawan atau mungkin kita akan melihat pertandingan merebut jawatan Presiden UMNO pada pemilihan akan datang,” katanya.

Ketika ditanya sama ada sesuai atau tidak PRU-15 diadakan dalam situasi ekonomi semasa semakin menekan, Mohammad Tawfik berkata, kerajaan yang kukuh dapat menstabilkan ekonomi negara.

Tegasnya, PRU-15 adalah satu mekanisma untuk menstabilkan suasana politik di negara ini, sekali gus memberi kesan positif kepada ekonomi.

Bagaimanapun, beliau berpendapat bahawa PRU-15 tidak boleh diadakan dalam keadaan tergesa-gesa dan pada masa sama, amat tidak sesuai jika dilewatkan.

“Apa yang berlaku sekarang adalah kerajaan sendiri tidak bersedia untuk mengadakan PRU-15, namun rakyat amat bergantung kepada kerajaan untuk menstabilkan keadaan ekonomi dan sebagainya.

“Jika keadaan ekonomi sekarang dibiarkan, pelabur mungkin akan lari dan ia memberikan kesan negatif kepada negara kerana masalah ekonomi ini bukan hanya kepada Malaysia, sebaliknya bersifat global,” katanya. - Getaran, 17 Jun 2022

Sorotan

1

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini

2

PRK DUN KKB : Aspek Ekonomi Antara Fokus Kerajaan Perpaduan Sepanjang Kempen

3

Lebih 14,000 Aduan Diterima Menerusi Aplikasi MYJalan Setakat Ini - Ahmad Maslan

4

Pang Sock Tao Calon Kerajaan Perpaduan Bagi PRK Kuala Kubu Baharu

5

KPU Indonesia Isytihar Prabowo, Gibran Presiden Dan Naib Presiden 2024-2029

6

Amalan Pemakanan Tidak Sihat, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Obesiti - Dr Dzulkefly

7

642 Pegawai, Anggota Polis Selangor Bertugas Pastikan Kelancaran PRK Kuala Kubu Baharu

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

10 Anggota Dan Pegawai TLDM Maut, 2 Helikopter Bertembung Di Lumut

oleh Diyana Nawwar

Semasa 1 hari yang lalu

1MDB: Mahkamah Akan Tentukan Sama Ada Pendakwaan Berjaya Buktikan Kes – Hakim

Semasa 1 hari yang lalu

Isham Jalil Kemuka Representasi Untuk Mohon Maaf Secara Terbuka Kepada Badan Kehakiman

Semasa 3 jam yang lalu

Permohonan Pekebun Musang King Cabar Notis Kosongkan Tanah Ditolak