web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Pemimpin 'Pengkhianat' Boleh Kembali Ke UMNO, Tetapi Tidak Sebagai Calon PRU-15

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Jun 2022 6:44PM

Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Mantan Ahli Parlimen UMNO yang keluar daripada parti politik itu untuk menyertai parti pembangkang selepas pilihan raya umum (PRU) lalu, tidak akan mempunyai peluang bertanding pada pilihan raya seterusnya, jika mereka membuat keputusan untuk kembali.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata demikian sebagai ‘ingatan’ kepada 16 Ahli Parlimen yang berpaling tadah daripada parti itu susulan kekalahan ketika PRU ke-14 (PRU-14) pada tahun 2018.

Ahmad Maslan - Gambar fail
Ahmad Maslan - Gambar fail

Menurut laporan Utusan Malaysia yang memetik kenyataan Ahli Parlimen Pontian itu, beberapa perkara akan menjadi faktor menolak pencalonan mereka dalam UMNO, termasuk risiko mencetuskan kemarahan ahli parti lain yang setia.

“Saya yakin ada dalam UMNO berasa terkilan dengan tindakan 15 Ahli Parlimen yang menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) dan seorang Parti Warisan Sabah (WARISAN) kerana 16 individu terbabit sebelum ini dipilih sebagai calon sebelum mereka ‘melarikan diri’ ketika masa sukar.

“Jadi, jika mereka mahu kembali (ke UMNO), saya tidak nampak jalan untuk mereka menjadi calon. Jika mereka mahu kembali dan tidak menjadi calon, itu cerita lain.

“Tetapi jika mereka berhasrat untuk bertanding semula, sudah tentu akan ada banyak halangan,” katanya.

Walaupun tiada seorang daripada mereka menyatakan minat secara terbuka untuk menyertai semula UMNO, terdapat spekulasi bahawa BERSATU yang dilihat berpecah-belah hari ini boleh menyebabkan lebih ramai ahli meletak jawatan untuk menyertai parti lain.

Antara Ahli Parlimen yang keluar UMNO sejurus selepas PRU pada tahun 2018 adalah Datuk Seri Mustapa Mohamed, iaitu Ahli Parlimen Jeli, Datuk Noor Azmi Ghazali (Bagan Serai), Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (Bukit Gantang), Datuk Mas Ermieyati Samsudin (Masjid Tanah), Datuk Seri Ronald Kiandee (Beluran) dan Yamani Hafez Musa (Sipitang) dengan kesemua mereka menyertai BERSATU.

Pada Disember tahun sama, lebih ramai Ahli Parlimen berpaling tadah termasuk Datuk Seri Hamzah Zainudin (Larut) yang kemudian memainkan peranan penting dalam menumbangkan pentadbiran Pakatan Harapan (PH) pada Februari 2020.

Ahli Parlimen lain yang mengikuti langkah meninggalkan UMNO ketika itu adalah Datuk Rosol Wahid (Hulu Terengganu), Datuk Abdul Latiff Ahmad (Mersing), Datuk Shabudin Yahya (Tasik Gelugor), Datuk Mohamad Fasiah Mohd Fakeh (Sabak Bernam) dan Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz (Tanah Merah).

Bagaimanapun, Ahmad dilaporkan berkata, tiada seorang pun daripada 16 mantan Ahli Parlimen UMNO itu, secara rasmi memohon untuk menyertai semula parti terbabit, manakala tiada perbincangan berhubung perkara berkenaan setakat ini.

“Saya hanya berjumpa mereka di Dewan Rakyat. Tiada seorang pun daripada mereka memohon untuk menyertai semula UMNO. Oleh itu, tiada peluang mereka boleh menjadi calon UMNO,” katanya.

Sementara itu, mengulas sama ada Ahli Parlimen yang menentang kepimpinan tertinggi parti akan dipilih untuk pemilihan akan datang, Ahmad berkata, pihaknya mengambil risiko terbabit, tetapi belum ada keputusan muktamad dibuat mengenai perkara berkenaan.

“Presiden (Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi) sebelum ini berkata, beliau tidak akan menyimpan sebarang niat buruk apabila memutuskan calon sebagai Pengerusi Barisan Nasional (BN).

“Jadi, ada sedikit harapan untuk mereka, tetapi masih belum ada ketetapan,” katanya. – The Vibes, 16 Jun 2022

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Padah Pasport Diconteng Anak, Wanita Terpaksa Tunda Penerbangan 

oleh Sophia Ahmad

Politik 4 minit yang lalu

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai