web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Ahmad Zahid Dinasihat Tidak Khianat Sahabat Sendiri

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Jun 2022 8:30AM

Ahmad Zahid (kiri) dinasihatkan tidak mengkhianati sahabatnya Ismail Sabri. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi wajar memberi keyakinan kepada Perdana Menteri dan barisan Kabinet dalam mengemudi kerajaan ketika negara berdepan ketidakstabilan, berbanding menggesa supaya Parlimen dibubarkan segera.

Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Malaysia, Nazir Helmi berkata, Ahmad Zahid juga dinasihatkan tidak mengkhianati Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang juga sahabatnya sendiri.

“Sebagai Presiden UMNO, Pemuda PAS menasihatkan Dato Seri (Ahmad Zahid) agar mencontohi PAS yang memberi keyakinan kepada Datuk Seri Ismail Sabri dan barisan Kabinet dalam mengemudi negara ketika keadaan penuh ketidakstabilan ini.

“Jangan khianati sahabat Datuk Seri sendiri yang juga Naib Presiden UMNO,” katanya menerusi kenyataan di Facebook Pemuda PAS Malaysia malam tadi.

Nazir berkata, kenyataan dikeluarkan Ahmad Zahid bahawa Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang takut kehilangan kerusi sekiranya Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) disegerakan adalah kosong dan tidak berasas.

Nazir Helmi
Nazir Helmi

Katanya, PAS tidak takut hilang kerusi kerana parti itu yakin dengan Ismail Sabri.

Beliau berkata, Pemuda PAS memandang bahawa semua pucuk pimpinan parti di Malaysia wajar memberi fokus bagi mengukuhkan kerjasama antara pihak, selain menjulang prinsip ‘agree to disagree’ (bersetuju untuk tidak bersetuju) dalam mendepani keadaan ekonomi domestik serta global yang masih kurang stabil.

“Maka, Pemuda PAS melihat ini lah masa terbaik untuk mengukuhkan semula penyatuan ummah,” jelasnya.

Menurut Nazir, Pemuda PAS juga ingin menegur dan memberi peringatan kepada Ahmad Zahid agar mengeluarkan kenyataan dalam keadaan sedar.

Tegasnya, lebih baik Ahli Parlimen Bagan Datuk itu memberi fokus dalam menguruskan kes mahkamah sedang dihadapi.

Malah, katanya, Pemuda PAS melihat cadangan untuk berehat seketika yang pernah dibuat dahulu wajar dipertimbangkan semula Ahmad Zahid.

Pada masa sama, Nazir berkata, Pemuda PAS berpendirian bahawa aspek kebajikan rakyat dan kesejahteraan negara sentiasa menjadi fokus utama parti itu.

Komitmen itu, katanya, termasuk mengambil kira pandangan rakyat agar tidak mengadakan pilihan raya umum dalam tempoh terdekat ketika keadaan ekonomi semakin tertekan.

“Pemuda PAS menyeru seluruh parti politik Malaysia, khususnya parti Melayu Islam agar menumpukan perhatian terhadap isu rakyat, seterusnya menggerakkan usaha ampuh untuk membantu rakyat,” katanya.

Terdahulu, Ahmad Zahid menyatakan Abdul Hadi mungkin bimbang PAS akan hilang banyak kerusi sekiranya PRU-15 diadakan segera.

Jelasnya, dalam situasi PAS kini mempunyai 18 kerusi Parlimen, Presidennya mungkin khuatir parti itu hilang lebih banyak kerusi apabila PRU-15 diadakan dalam tempoh terdekat. - Getaran, 14 Jun 2022

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Semasa 16 jam yang lalu

Lakukan Serangan Seksual Terhadap 6 Pelajar, Guru Muzik Mengaku Tak Bersalah

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

Luar Negara 1 hari yang lalu

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Padah Pasport Diconteng Anak, Wanita Terpaksa Tunda Penerbangan 

oleh Sophia Ahmad