web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Jadikan Kuala Selangor ‘Daerah Angkat’ MOF? DAP Selar Zafrul

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Jun 2022 8:51PM

Tengku Zafrul berkata secara peribadi beliau sedikit sentimental dengan kawasan Kuala Selangor. - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pemimpin DAP menyifatkan pengumuman Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz untuk menjadikan Kuala Selangor sebagai ‘daerah angkat’ kementeriannya, sebagai ‘salah guna’ status beliau dalam kerajaan.

Setiausaha Agong parti itu, Anthony Loke berkata, sepanjang menjadi Ahli Parlimen sejak 2008, beliau tidak pernah mendengar ada mana-mana kementerian mengamalkan pendekatan ‘daerah angkat’.

Katanya, sesebuah kementerian perlu merangka dasar dan menyampaikan perkhidmatan kepada seluruh negara serta tidak memilih kawasan tertentu.

“Zafrul tidak patut menggunakan kedudukannya sebagai Menteri Kewangan untuk memberi kelebihan kepada dirinya untuk bertanding dalam sesuatu kawasan,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Loke berkata, kelulusan untuk sesebuah stesen keretapi juga bukan di bawah bidang kuasanya sebagai Menteri Kewangan.

Anthony Loke
Anthony Loke

“Kelulusan untuk ‘railway scheme’ adalah di bawah tanggungjawab Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) yang menjadi agensi Kementerian Pengangkutan (MOT),” katanya.

Semalam, Zafrul ketika memberikan ucapan pada Majlis Kenduri Rakyat Kuala Selangor di Puncak Alam, Selangor dilaporkan mengumumkan hasrat beliau untuk menjadikan Kuala Selangor sebagai ‘daerah angkat’ Kementerian Kewangan (MOF).

Beliau berkata, ia bagi membolehkan daerah itu dimajukan semaksimum mungkin seiring pelaksanaan projek pembinaan stesen Jajaran Utara Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) di Puncak Alam.

“Saya secara peribadi sememangnya sedikit sentimental dengan Kuala Selangor ini.

“Memang banyak potensi tempatan boleh dikembangkan dan diketengahkan,” katanya. - Getaran, 6 Jun 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 4 hari yang lalu

DAP Tangguh Persidangan Kebangsaan, Pertahan Semua Kerusi Penyandang Di Johor Negeri Sembilan

2

Semasa 1 minggu yang lalu

LRT Tergelincir: Tindakan Tegas Perlu Diambil - Loke

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Pemeriksaan Pemilikan Kenderaan Persendirian: Kerajaan Tamatkan Monopoli PUSPAKOM

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Tiada Kompromi Untuk Pemandu Mabuk, Bawah Pengaruh Dadah - Loke

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Semasa 18 jam yang lalu

Warga SPRM Wajib Isytihar Harta Dalam Tempoh Sebulan - KP SPRM

Politik 4 minit yang lalu

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Padah Pasport Diconteng Anak, Wanita Terpaksa Tunda Penerbangan 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 19 jam yang lalu

Kerajaan Tolak Desakan Beremosi, Tangani Isu Pelarian Dengan Berhemah - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad