Berita Terkini

1 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 6 hari yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Pindaan Perlembagaan Dihantar Ke RoS, UMNO Tunggu Keputusan Akhir

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 May 2022 7:16PM

Ismail Sabri Yaakob - Gambar oleh Azim Abd Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengesahkan UMNO telah menghantar surat kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) bagi memohon kelulusan atas pindaan perlembagaan parti.

Beliau yang juga Naib Presiden parti berkata, UMNO akan mematuhi segala prosedur yang telah ditetapkan RoS sebelum pindaan perlembagaan itu dibenarkan berkuatkuasa.

Ismail Sabri yang juga Naib Presiden UMNO berkata, partinya akan menunggu penelitian terperinci dan keputusan daripada jabatan terbabit yang bakal dimaklumkan dalam masa terdekat.

“Seperti yang kita tahu usul itu telah pun diterima sebulat suara. Selepas ini UMNO akan menulis surat kepada RoS untuk mendapatkan kelulusan. Itulah prosedur dia.

“Kita tidak tahulah RoS akan luluskan atau tidak, kita akan hantar permohonan untuk mendapatkan kebenaran daripada RoS tentang pindaan itu, kita kena tunggu. Dalam masa 60 hari kita kena hantar,” katanya kepada media ketika ditemui pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) Khas di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTC), hari ini.

Lebih 2,000 perwakilan hadir pada PAU khas di WTC, hari ini. - Gambar oleh Azim Abd Rahman
Lebih 2,000 perwakilan hadir pada PAU khas di WTC, hari ini. - Gambar oleh Azim Abd Rahman

Terdahulu, PAU Khas hari ini meluluskan usul pindaan Perlembagaan UMNO agar pemilihan parti diadakan dalam tempoh enam bulan selepas Pilihan Raya Umum (PRU).

Pindaan tersebut juga bagi membolehkan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) diberi pilihan menentukan tempoh masa pemilihan parti.

Usul itu diluluskan sebulat suara 2,586 perwakilan UMNO dari 192 bahagian di seluruh negara yang hadir di Dewan Merdeka Pusat Dagangan Dunia (WTC) di sini, hari ini.

Selepas perkara terbabit berjaya direalisasikan, MKT UMNO akan diberi dua pilihan di bawah fasal 10.16 Perlembagaan parti, sama ada melanjutkan tempoh pemilihan parti selama 18 bulan atau dalam tempoh enam bulan selepas Pilihan Raya Umum (PRU) selesai diadakan.

Dalam pada itu, ditanya berkenaan tarikh Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) yang dikhabarkan bakal dilaksanakan dalam masa terdekat, Ismail Sabri menegaskan perkara terbabit hanya akan ditetapkan oleh barisan Kabinet.

“Tarikh itu ditetapkan oleh kerajaan dengan keputusan daripada Jemaah Menteri, kita yang akan bawa dalam mesyuarat Kabinet kalau ada apa-apa. Parti berbeza dengan kerajaan kerana parti pun tahu bahawa kalau ada cadangan bawa ke Kabinet dan Kabinet memutuskan.

“Kalau pun Kabinet telah memutuskan tarikh, ia akan beri mandat untuk berbincang dengan Yang di-Pertuan Agong, itu sahaja dari segi prosedur. Kita tunggulah, kalau saya beritahu awak, awal dah tahu dah,” katanya.

Dalam pada itu, mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menegaskan RoS tidak mempunyai sebarang alasan atau sebab untuk menolak keputusan pindaan perlembagaan UMNO yang telah dibuat, kerana ia telah mematuhi semua peraturan ditetapkan bagi membolehkan pemilihan parti dilanjutkan selepas PRU-15.

“RoS tidak mempunyai sebab untuk menolak usul yang telah diluluskan oleh sebuah pertubuhan sah. Usul tadi ekoran daripada keputusan persidangan UMNO yang lalu dan hari ini kita sudah pinda perlembagaan dan ia telah diluluskan secara sebulat suara.

“Bererti ketetapan itu sudah menjadi satu ketetapan dalam Perlembahaan UMNO dan bererti pilihan raya umum akan diadakan lebih dahulu selepas itu baru perhimpunan agung.

“Kita telah mengikuti prosesnya dan ikut pada undang-undang yang sepatutnya dan disokong sebulat suara. Jadi tidak ada sebab RoS boleh menolak sesuatu yang telah diluluskan oleh sebuah pertubuhan,” katanya.

Jelas Ahli Parlimen Pekan itu, perkara itu tidak mendatangkan kesan terhadap pemilihan calon Perdana Menteri untuk Barisan Nasional (BN) kerana akan diputuskan oleh parti.

Najib menegaskan, keputusan yang dibuat oleh perwakilan akan memberi kebaikan kepada UMNO.

“Itu parti kita akan buat keputusan nanti. Berdasarkan kepada keputusan itu, kita akan menentukan kepimpinan akan datang tetapi berdasarkan pada keputusan MT baru ini Datuk Seri Ismail Sabri menjadi poster boy kita. 

“Itu keputusan (dan) kehendak parti, mesti ada hikmahnya. Mesti ada kebijaksanaannya di sebalik keputusan yang dibuat oleh parti secara sebulat suara,” katanya. - Getaran, 15 Mei 2022.

Sorotan

1

JS-SEZ, SFZ Mampu Pacu Ekonomi Johor Atasi Negeri Lain – PM

2

Peluang PN Menang Di KKB Lebih Besar Kalau Calon Melayu - Sanusi

3

MCMC Ambil Keterangan Chegubard, Salim Iskandar Dan Papagomo

4

Tun Musa Teguh Dengan Prinsip, Integriti – PM

5

200 Ulama Nusantara Dijangka Hadiri Persidangan Ulama Sedunia Mei Ini

6

Penumpang Terkandas Di Lapangan Terbang Selepas Letusan Gunung Berapi Menyebabkan Pembatalan Penerbangan

Disyorkan untuk anda

Semasa 8 jam yang lalu

Orang Ramai Perlu Berani Lapor Kes Dera – Nancy

Semasa 1 hari yang lalu

Joseph Kurup, Pemimpin Veteran Sabah, Meninggal Dunia

oleh Fida Ruzki

Semasa 1 hari yang lalu

Anak Perempuan KPD Lahad Datu Ditemui Maut, Berlumuran Darah Dalam Bilik

Semasa 8 jam yang lalu

Panggilan ‘Scam’ Tahun Lalu Meningkat Lebih 100 Peratus