Berita Terkini

14 jam yang lalu: Tokoh Wartawan Negara 2014 Datuk Ahmad Rejal Arbee meninggal dunia awal pagi hari ini - isteri Allahyarham, Datin Noraini Shariff. 3 hari yang lalu: Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam terhadap tuduhan sengaja melukakan perasaan orang Islam 6 hari yang lalu: KKM nasihatkan semua aktiviti di luar bilik darjah ditangguhkan sementara di semua lokasi yang merekodkan cuaca panas antara 35 hingga 37 darjah celsius 1 minggu yang lalu: Pihak Ocean Infinity akan bentang kawasan pencarian baharu MH370 kepada MOT awal Mei - Loke 1 minggu yang lalu: MAVCOM tambah 342 penerbangan domestik di seluruh negara untuk perjalanan antara 3 hingga 18 April - Loke

IKUTI KAMI


'Nama Besar' Seperti Halim Diperlukan Di Paya Rumput - Shamsul

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Nov 2021 5:08PM

Shamsul Iskandar Md Akin

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MELAKA - Apabila PKR mengumumkan barisan calonnya untuk Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, ada satu nama yang tertinggal iaitu Pengerusi PKR Melaka.   

Datuk Halim Bachik, yang mengetuai parti di Melaka sejak 2018, tidak tersenarai sebagai calon oleh Pakatan Harapan meskipun pengerusi untuk parti gabungan lain iaitu DAP dan AMANAH, masing-masing menyenaraikan Datuk Tey Kok Kiew dan Adly Zahari sebagai calon kali ini.

Halim difahamkan telah mula bergerak di peringkat akar umbi di Paya Rumput sejak pilihan raya lalu dan atas sebab itu nama beliau disebut-sebut untuk bertanding pada kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada PRN ini.

Shamsul Iskandar
Shamsul Iskandar

Bagaimanapun, Ketua Penerangan PKR, Datuk Seri Shamsul Iskandar berkata, Halim tidak diletakkan sebagai calon kerana PKR diberikan jumlah kerusi yang terhad.

Shamsul dalam temubual eksklusif dengan The Vibes mendedahkan keputusan itu dibuat oleh pucuk pimpinan parti dengan strategi meletakkan seseorang dengan `nama besar' bagi menentang penyandang kerusi, Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen.  

“Pada masa itu, parti terpaksa menyusun strategi meletakkan calon untuk menentang penyandang Perikatan Nasional. Di Paya Rumput, ia adalah Rafiq.

“Jadi, dari segi strategi, parti berpendapat untuk meletakkan seseorang yang memiliki kekuatan setaraf dengan Rafiq.

“Setakat yang saya tahu, dengan jawatan saya sebagai Ketua Penerangan, mereka fikir saya mempunyai kekuatan yang sama untuk menentang Rafiq yang juga Naib Presiden Bersatu,'' kata Shamsul, yang merupakan Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya selama dua penggal.

Bagaimanapun, Rafiq tidak akan bertanding di Paya Rumput sebaliknya PN meletakkan beliau di Telok Mas, selepas Datuk Noor Effandi Ahmad dipecat dari parti.

Selepas mengambil kira beberapa faktor - umur, bangsa dan jantina - dan meneliti kemungkinan calon, Shamsul berkata Halim perlu "dikorbankan" bagi memberikan keutamaan kepada parti dan agenda merampas Melaka.

“Halim dan saya telah bergerak di Paya Rumput selama beberapa tahun. Saya berada di sini sejak 2013. 

“Ada cadangan supaya Halim bertanding di tempat lain. Namun Halim menyatakan beliau telah berkerja di Paya Rumput dan adalah tidak wajar untuk beliau bertanding di kawasan lain di mana orang lain telah bekerja di kawasan terbabit.

“Juga bukan mudah untuk parti itu menggugurkan penyandang seperti Lim bagi kerusi Machap Jaya. Dia seorang ADUN yang sangat rajin dan disenangi oleh pengundinya. Tetapi kami terpaksa membuat keputusan  yang sukar ini,'' katanya.

Penjelasan ini adalah susulan terdapat suara-suara tidak puas hati di kalangan akar umbi Paya Rumput yang mahu Halim bertanding di situ.

“Saya rasa ia bukan isu yang besar memandangkan Halim adalah pengerusi PKR negeri dan kerana beliau tidak bertanding, dia boleh memberi perhatian penuh kepada semua 11 (PKR) yang dipertandingkan. Daripada 11 kerusi, hanya saya dan Datuk Gue Teck yang mempunyai pengalaman bertanding. Yang lain tidak.

“Bantuan Halim boleh meningkatkan strategi kempen mereka. Dan sudah tentu, apabila kami menang, kami akan membuat perjanjian dengan Halim untuk memastikan dia turut menyumbang kepada negeri.” -  The Vibes, November 11, 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

PRU-15: Momentum PRN Melaka Untuk BN Tawan Kerusi Parlimen

2

Semasa 2 tahun yang lalu

2021, Warna-Warni Drama Malaysia

3

Politik 2 tahun yang lalu

DAP Sepatutnya Pentingkan Semangat Setia Kawan - AMK

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Polis Keluarkan 9 Kompaun Bernilai RM120,000 Sepanjang Kempen PRN Melaka

Sorotan

1

Hampir 20,000 Buah Mangga Malaysia Dilupuskan Di Riau

2

Stoking Kalimah Allah: Jangan Ambil Tindakan Sendiri - KPN

3

PM Ziarah Menteri Agama Terima Rawatan Di Hospital Putrajaya

4

Penggunaan Nombor Bil Sebagai Rujukan Bayaran CAPL Bermula 1 April - LHDN

5

PM Ucap Selamat Raikan Good Friday, Easter Sunday Kepada Penganut Kristian

6

Singapura Rampas 1.5 Tan Produk Segar, Makanan Proses Dari Malaysia

7

Tular Titah Lama Sultan Nazrin, Dewan Negara Perak Buat Laporan Polis

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 jam yang lalu

Projek LRT Tidak Jejas Status Georgetown Sebagai Tapak Warisan UNESCO - Loke

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Tahan Lelaki Disyaki Abai Kanak-kanak  

Semasa 1 hari yang lalu

Program Buka Puasa Penjara Sandakan Berimpak Tinggi Libat Komuniti, Banduan

Semasa 13 jam yang lalu

16 Kereta Dan 3 Rumah Rosak Akibat Pokok Tumbang Susulan Hujan Lebat Di KL