web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kebebasan Media Perlu Dipertahan - Pemimpin Politik

Politik Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Feb 2021 4:43PM

Ketua Pengarang Malaysiakini, Steven Gan berada di perkarangan Mahkamah Persekutuan, Putrajaya pada 19 Februari. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR : Pasca merdeka, kebebasan media antara isu yang sering dibangkitkan, apabila ia dianggap sebagai antara saluran paling efektif dalam menentang tirani dan kebobrokan pemerintah.

Natijahnya, bukan sedikit pemimpin media arus perdana yang ditahan tanpa bicara kerana dianggap menyalahi Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan Akta Rahsia Rasmi (OSA).

Pemansuhan ISA dilihat sebagai sinar baharu untuk industri ini, apatah lagi selepas pemimpin negara selepas itu berjanji akan memberi ruang dan kebebasan untuk media bersuara, dengan jaminan tiada halangan selagi mana ia dibuat berlandaskan sistem perundangan negara.

Dengan semua janji itu, tidak menghairankan apabila tindakan dikenakan ke atas portal Malaysiakini menimbulkan persoalan ramai dan menjadi bualan hangat segenap lapisan masyarakat, termasuk dari kalangan pembangkang.

Pengerusi Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu hantaran di Facebook berkata, beliau amat terkesan dengan keputusan dijatuhkan Mahkamah Persekutuan terhadap portal berita berkenaan.

Menurut beliau, kebebasan bersuara adalah tiang seri dan elemen terpenting dalam mana-mana sistem masyarakat yang demokratik.  

Semua cabang pemerintah katanya, bertanggungjawab dalam memelihara dan melindungi kebebasan bersuara sepertimana yang diperteguh di dalam Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan.

“Dalam perkara terkait penghinaan terhadap mahkamah dan subjudis, kita boleh bersetuju dengan sudut pandang Majlis Peguam bahawa mesti wujud keseimbangan antara pemeliharaan prinsip kebebasan bersuara dan penegakan hukum yang jelas,” katanya.

Anwar yang juga Presiden PKR berkata, serangan berterusan terhadap kebebasan bersuara dan kebebasan media mencakupi perbuatan seperti penyiasatan atau gangguan terhadap wartawan, pemuka masyarakat madani, ahli Parlimen dan badan berita.

“Malaysiakini tidak dituduh kerana melaporkan berita palsu, tetapi dihukum kerana komen yang ditinggalkan oleh pengguna-pengguna internet tidak dikenali di laman berita mereka.

“Taktik semacam ini pernah dilakukan oleh banyak kerajaan di seluruh dunia, dan ini adalah tanda-tanda bahawa Malaysia sedang bergerak pantas ke arah kediktatoran,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Presiden UMNO, Datuk Mohamad Hasan, yang senada dengan Anwar berkata, kehidupan demokrasi di Malaysia bermakna kebebasan akhbar dan kebebasan bersuara perlu dipertahankan.

“Persuratkhabaran (laporan berita) bukan sekadar menyebarkan berita dan maklumat sahaja, tetapi yang jauh lebih penting, ia menyediakan ruang untuk sumbang saran, kritikan dan semak imbang dalam setiap hal bermasyarakat dan bernegara.  

“Ia instrumen penting membantu menyuarakan nurani masyarakat, terutama mereka yang tertindas dan tertinggal atau mereka yang sekadar ingin memberikan pandangan alternatif atau idea baru. Justeru, kebebasan akhbar dan bersuara ‘serves a high public purpose’,” katanya.

Sentimen dilahirkan Mohamad turut dikongsi Naib Presiden parti itu, Datuk Seri Khaled Nordin yang menyokong penuh kewujudan media bebas dan neutral.

“Saya pernah menjadi sasaran kritikan portal berkenaan yang mengambil kenyataan di luar konteks asal, namun hanya melalui media bebas dan neutral sahaja, amalan demokrasi akan menjadi lebih baik dan matang.

“Saya yakin Mahkamah Persekutuan mempunyai rasional tersendiri dan justifikasi yang jelas dan kukuh ketika menjatuhkan hukuman berkenaan, namun secara peribadi, saya memiliki pandangan yang berbeza dengan keputusan itu,” katanya.

Mohamed Khalid menarik perhatian, pendirian itu bukan bermakna beliau tidak menghormati kebijaksanaan dan kewibawaan institusi kehakiman negara.

Sementara itu, Penasihat DAP, Lim Kit Siang menerusi entri di blognya berkata, perjuangan untuk sebuah masyarakat yang lebih terbuka, adil, dan bebas perlu diteruskan.

Ahli Parlimen Iskandar Puteri itu berkata, rakyat Malaysia perlu berani untuk memasang impian demi melihat negara menjadi hebat dan bertaraf dunia.

Jumaat lalu, Mahkamah Persekutuan memerintahkan Mkini Dotcom Sdn Bhd untuk membayar denda RM500,000 selepas mendapati syarikat itu bersalah menghina mahkamah menerusi beberapa komen pembaca yang ditinggalkan di bawah sebuah laporan berita. - Getaran, 21 Februari 2021

Berita Berkaitan

1

Politik 8 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

2

Politik 9 jam yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

3

Politik 15 jam yang lalu

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

4

Politik 17 jam yang lalu

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

Politik 9 jam yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad

Semasa 8 jam yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja

Semasa 1 hari yang lalu

Warga SPRM Wajib Isytihar Harta Dalam Tempoh Sebulan - KP SPRM