web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


76 Pelajar B40 Dipilih Sambung Belajar Menerusi Program Perintis Sulung Tahun Ini

Pendidikan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Oct 2022 5:23PM

Noraini Ahmad - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MELAKA - Tujuh puluh enam pelajar dalam kalangan B40 dipilih melanjutkan pelajaran di pusat pengajian tinggi awam bagi semester baharu Oktober ini menerusi Program Pembangunan Siswa Sulung Keluarga Malaysia (SULUNG).

Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Dr Noraini Ahmad berkata program di bawah inisiatif Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) itu merupakan projek perintis melibatkan lapan universiti awam di negara ini, bertujuan membantu anak sulung dalam keluarga B40 melanjutkan pengajian ke universiti.

Beliau berkata menerusi program itu, pelajar terpilih bukan sahaja memberi laluan khusus kemasukan pelajar B40 ke universiti awam tetapi turut ditawarkan biasiswa, elaun bulanan, asrama, pementoran dan sehingga pelajar mendapat pekerjaan.

"Program SULUNG ini diharap sedikit sebanyak dapat mengubah kehidupan keluarga pelajar terlibat dan menjadi contoh kepada adik-beradik yang lain. Pelajar hanya perlu mempersiapkan diri untuk memasuki universiti serta fokus sepenuhnya kepada pembelajaran.

Setakat ini, Program SULUNG hanya melibatkan lapan universiti awam dan setiap universiti akan mengambil kira-kira 10 pelajar bagi pelaksanaan tahun pertama program ini," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan surat tawaran pengajian kepada peserta Program SULUNG di Taman Seri Bayan, Durian Tunggal di sini hari ini.

Pada sesi berkenaan, Noraini menyerahkan surat tawaran kepada Muhammad Hakimi Yunus, 19, yang dipilih melanjutkan pengajian di peringkat ijazah sarjana muda dalam jurusan Kejuruteraan Elektronik di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) di Nilai, Negeri Sembilan.

Noraini berkata pelaksanaan Program SULUNG itu akan diperluas dengan kerjasama lebih banyak universiti termasuk swasta pada tahun hadapan.

Terdahulu, katanya menerusi program itu, Muhammad Hakimi tidak perlu membayar yuran pengajian selama empat tahun berjumlah lebih RM46,000 serta menerima beberapa manfaat lain termasuk elaun bulanan sebanyak RM1,500, tempat tinggal serta peranti siswa percuma.

Sementara itu, Muhammad Hakimi berkata beliau tidak menyangka terpilih sebagai salah seorang peserta program berkenaan kerana terdapat kira-kira 13 calon termasuk dirinya perlu melalui sesi temu duga program itu dengan USIM pada Julai lepas.

Beliau berkata pemilihannya itu diharap dapat meringankan beban kewangan keluarganya yang hanya bergantung pada pendapatan ayahnya, Yunus Hussain, 51, yang hanya bekerja sebagai pembantu di pasar.

"Alhamdulillah saya dipilih menyertai program ini dan saya tidak perlu bimbang tentang soal duit, yuran pengajian atau perbelanjaan ketika belajar. Saya harap dapat fokus sepenuhnya pada pelajaran dan tidak perlu membuat kerja sambilan.

Sebelum ini, saya bekerja sambilan di sebuah kedai serbaneka selama tiga bulan untuk mengumpul duit untuk kegunaan ketika sambung belajar. Sebelum ini juga, ketika sambung asasi di USIM, saya juga kerja sambilan di kafe universiti," kata anak sulung daripada tiga beradik itu.

Beliau yang akan mendaftar secara fizikal di USIM pada 12 Okt ini dapat menamatkan pengajian dengan cemerlang agar dapat menjadi contoh kepada dua adiknya yang berusia 14 dan 16 tahun untuk mengikuti jejaknya menyambung pelajaran di univeristi. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Guru Rempuh Pelajar Hingga Maut Direman 2 Hari

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Lipat Ganda Reformasi Dasar Pembangunan, Tingkat Keyakinan Pelabur - PM

3

Pendidikan 2 tahun yang lalu

Tiada Perbincangan Untuk Benarkan Kemasukan Pelajar Bukan Bumiputera Ke UiTM - Zambry

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Keluarga Pelajar Sabah Di Asia Barat Diminta Bertenang

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Kerajaan Tolak Desakan Beremosi, Tangani Isu Pelarian Dengan Berhemah - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

oleh Wartawan Getaran

Politik 15 jam yang lalu

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

oleh Sophia Ahmad

Semasa 7 jam yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad