Berita Terkini

2 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


SPM 2021: 9,696 calon peroleh semua A, GPN 4.86

Pendidikan Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Jun 2022 11:10AM

Seorang pelajar mengambil keputusan SPM bersama ibunya di SMK Putrajaya Presint 11(1) hari ini. - Gambar oleh Alif Omar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Seramai 9,696 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021 memperoleh keputusan cemerlang gred A+, A dan A- dalam semua mata pelajaran, umum Ketua Pengarah Pendidikan Datuk Nor Zamani Abdol Hamid.

Dalam sidang media pengumuman keputusan peperiksaan SPM 2021 di sini hari ini, beliau berkata Gred Purata Nasional (GPN) yang dicatatkan bagi SPM 2021 adalah 4.86.

Nilai GPN yang lebih kecil menunjukkan pencapaian calon yang lebih baik.

GPN pada 2020 adalah 4.80, 4.86 pada 2019, 4.89 (2018), 4.90 (2017) dan 5.05 (2016).

“Sebanyak 55.29 peratus calon lulus sekurang-kurangnya semua mata pelajaran,” katanya.

Nor Zamani berkata calon SPM 2021 yang layak menerima sijil adalah 336,630 iaitu 88.09 peratus  daripada 407,097 calon yang mendaftar.

“Calon yang layak menerima sijil mesti lulus mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah,” katanya serta menambah seramai 975 atau 69.10 peratus daripada 1,411 calon berkeperluan khas (CBK) yang menduduki SPM 2021 juga layak mendapat sijil.

Ditanya adakah beliau berpuas hati dengan keputusan SPM 2021, Nor Zamani berkata secara umumnya, ia merupakan keputusan membanggakan kerana calon kali ini adalah kohort pertama yang mengikuti Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) di tingkatan satu pada 2017.

“Calon ini juga melalui pengalaman pembelajaran yang mencabar dalam norma baharu sepanjang mereka berada di tingkatan empat dan lima akibat pandemik COVID-19.

“Kita akui bukan mudah untuk membuat persediaan menduduki peperiksaan dengan keadaan pembelajaran secara bersemuka yang terhad,” katanya.

Selari dengan pelaksanaan KSSM, peperiksaan SPM 2021 menawarkan 95 mata pelajaran iaitu 27 mata pelajaran baharu dan 68 mata pelajaran sedia ada, dengan jumlah kertas peperiksaan adalah sebanyak 180.

Calon SPM juga menduduki Ujian Lisan Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris yang dijajarkan dengan Common European Framework of Reference for Languages (CEFR) dan Ujian Amali Sains (UAS), katanya.

Beliau berkata penjajaran mata pelajaran Bahasa Inggeris kepada CEFR adalah selari dengan hasrat yang terkandung dalam English Language Education Reform in Malaysia: The Roadmap 2015-2025.

“CEFR merupakan satu piawaian antarabangsa yang digunakan untuk menunjukkan tahap penguasaan bahasa murid. CEFR ini turut dipaparkan dalam sijil SPM calon,” katanya.

Nor Zamani berkata Lembaga Peperiksaan akan menjalankan kajian terperinci keputusan SPM 2021 memandangkan ia pertama kali dilaksanakan dalam format baharu.

“Keputusan SPM 2021 ini memang kita tidak buat perbandingan dengan tahun sebelumnya kerana ia kohort pertama lalui KSSM,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Pendidikan 1 minggu yang lalu

Keputusan UPKK 2023 Diumumkan 18 April Ini

2

Pendidikan 2 minggu yang lalu

Sekolah Padat: KPM Rangka Intervensi Jangka Panjang, Pendek - Fadhlina

3

Semasa 1 bulan yang lalu

97.8 Peratus Projek Penyelenggaraan Tandas Sekolah Siap Sepenuhnya

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Keputusan Kes Nik Elin Tidak Jejas Mahkamah Syariah - Mohd Na'im

Sorotan

1

Pemain Badminton Negara Pamer Kekuatan Mental Menjelang Piasa Thomas, Uber

2

Pelajar Sekolah Meninggal Dunia Ketika Acara Larian Rentas Desa

3

Lelaki Israel Miliki Senjata: 10 Individu Ditahan Bawah SOSMA

4

PM, Kerajaan Enggan Terlibat Keputusan Lembaga Pengampunan Berhubung Kes Najib

5

AS Guna Veto Halang Usul Iktiraf Keahlian Palestin Dalam PBB

6

Jangan Abai Peruntukan Untuk Pembangunan Sukan - Hannah

Disyorkan untuk anda

Semasa 7 jam yang lalu

Polis Tumpas Sindiket Bekal Sistem Rekod, Kira Wang Kepada Pusat Panggilan

Semasa 1 hari yang lalu

Akta Kerja 1955 Benarkan Pekerja Mohon Aturan Kerja Anjal - Menteri

Semasa 4 jam yang lalu

Beras Yang Dibuang Di Temerloh Sudah Rosak – KPKM

oleh Fida Ruzki

Semasa 1 hari yang lalu

Orang Ramai Perlu Berani Lapor Kes Dera – Nancy