Berita Terkini

2 jam yang lalu: Malaysia destinasi mesra Muslim terbaik OIC 2 jam yang lalu: Bali keluar panduan etika untuk pelancong 2 jam yang lalu: Bursa Malaysia akan ditutup pada 5 Jun sempena cuti umum Hari Keputeraan Agong 2 jam yang lalu: Dua remaja ditemukan lemas di Sungai Pahang 2 jam yang lalu: Zambry mulakan lawatan kerja ke Perancis dengan bertemu rakan sejawatan Catherine Colonna

IKUTI KAMI


Jay Jay Dan Ernie Zakri Jadi Pilihan Siti Nurhaliza Untuk Konsert Satu Suara Vol.3 

Jay Jay dan Ernie Zakri masing-masing teruja apabila dipilih sendiri oleh penyanyi nombor satu negara, Siti Nurhaliza bagi menjayakan konsert amal Satu Suara Vol.3 yang bakal berlangsung pada 13 Mei ini.

Muzik Dikemaskini 2 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 22 Mar 2023 2:05PM

Dari kiri Jay Jay, Ernie, Siti Nurhaliza dan Aubrey Suwito pada sidang media konsert amal Satu Suara Vol.3 - Gambar dari Instagram

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Penyanyi legenda, Jay Jay dan penyanyi popular masa kini, Ernie Zakri menjadi pilihan Datuk Seri Siti Nurhaliza bagi menjayakan konsert Satu Suara Vol.3 yang bakal berlangsung pada 13 Mei depan bertempat di Mega Star Arena, Sungei Wang Plaza, Kuala Lumpur.

Konsert yang dianjurkanYayasan Nurjiwa dan Siti Nurhaliza Productions Sdn Bhd ini merupakan kesinambungan daripada konsert Satu Suara (2010) dan Konsert Satu Suara Vol.2 (2015).

Seperti konsert-konsert sebelum ini, konsert kali ini juga bertujuan mengisi dana Yayasan Nurjiwa bagi meneruskan misi bantuan kemanusiaan, kebajikan, bencana alam serta pembiayaan sekolah kanak-kanak Afwa Al-Afiyah di Gaza, Palestin. 

Menurut Siti, setiap kali menjayakan konsert trio ini, beliau mahu menampilkan sesuatu yang berbeza supaya para peminat dan penonton akan sentiasa menantikan konsert seterusnya. 

Siti Nurhaliza
Siti Nurhaliza

“Kali ini saya mengundang Jay Jay, vokalis legenda yang mempunyai kekuatan dari segi suara dan juga lagu. Abang Jay Jay ada banyak lagu yang sedap. Ini juga merupakan satu penghormatan buat Jay Jay yang telah berkecimpung lebih 40 tahun di dalam industri muzik.

“Ernie pula menjadi pilihan Siti kerana saya mengagumi kehebatan suaranya serta mempunyai kelebihan menyampaikan pelbagai genre lagu. Saya melihat dia membuat persembahan sejak di bangku sekolah lagi. Saya rasa beliau adalah anak seni yang akan menjadi malar segar sampai bila-bila. 

“Saya yakin barisan penyanyi untuk konsert ini ada keserasian dan dapat memberikan sebuah persembahan yang diingati,” katanya ketika ditemui di sidang media konsert Satu Suara Vol.3,” katanya. 

Sementara itu, bagi Jay Jay pula dia tidak menyangka akan mendapat tawaran ini daripada penyanyi nombor satu negara. 

Jay Jay dan Ernie Zakry
Jay Jay dan Ernie Zakry

“Saya rasa macam dibuai mimpi dan sangat teruja dengan tawaran ini. Sebelum ini saya tak pernah mendapat tawaran yang sebesar ini. 

“Bagi saya ini peluang yang tidak boleh saya lepaskan, apatah lagi menyanyi sepentas dengan artis yang seperti adik dan anak saya. Saya amat terharu dan berbesar hati,” ujarnya.

Bagi Ernie Zakri pula, sukar baginya untuk menggambarkan perasaannya saat mendapat tawaran daripada idolanya sendiri. 

“Gilalah kalau saya tidak terima pelawaan ini. Sukar untuk digambarkan perasaan ini. Bukan sekadar gembira tetapi ada macam-macam perasaan.

“ Sebelum datang ke sidang media ini saya sangat gementar. Dari semalam saya susah nak tidur. Terlampau banyak perasaan dalam diri saya sampai saya sendiri pun tak boleh nak proses. Apa yang saya buat saya berborak sepanjang malam bersama suami. Saya tanya Bie betul ke ni? Betul ke? Saya masih rasa tak percaya. 

Ernie Zakri dan Siti Nurhaliza
Ernie Zakri dan Siti Nurhaliza

“Saya masih baru dalam industri muzik ini berbanding Datuk Seri Siti Nurhaliza dan abang Jay Jay. Saya rasa sangat bersyukur, teruja dan berbesar hati untuk bersama mereka di atas satu pentas.

“Saya melihat Datuk Seri Siti menyanyi sejak saya kecil. Menjadi impian saya dari kecil juga untuk mendapat peluang berduet dengan beliau. 

“Bila sudah masuk dalam industri, berduet bersama Datuk Seri Siti Nurhaliza adalah salah satu di antara ‘goals’ yang saya cuba capai. Bila saya dipilih oleh beliau untuk terlibat di dalam konsert ini, saya rasa ini adalah doa-doa saya yang telah termakbul,” kongsinya teruja. 

Pengarah muzik terkenal, Aubrey Suwito diberikan tanggungjawab sebagai pengarah muzik untuk konsert ini. Menariknya, Aubrey dan Jay Jay pernah berada di dalam satu kumpulan muzik yang sama  iaitu Revolvers satu ketika dahulu. Dan konsert ini diibaratkan mereka sebagai reunion. 

Bagi yang ingin mendapatkan tiket bagi menyaksikan konsert ini, boleh layari laman sesawang www.myticket.asia atau menerusi talian hotline 03-86050196. Tiket-tiket berharga RM288, RM388, RM488 dan RM588. Turut disediakan 12 tempat khas bagi golongan kurang upaya yang berkerusi roda. – Getaran, 22 Mac 2023


 

Berita Berkaitan

1

Selebriti 1 minggu yang lalu

2023 Tahun Tuah Buat Ernie Zakri? - Kini Wajah Hiasi Papan Iklan Digital New York Times 

2

Muzik 4 minggu yang lalu

'I Can Guide You To Be A Good Rapper' - Malique Yakinkan Ernie Zakri Untuk Rap 

3

Muzik 4 bulan yang lalu

Hiburkan 200 Peminat, Ernie Zakri Berjaya Buktikan Dia Pelapis Penghibur Muda Yang Punya Keunikan Sendiri 

4

Selebriti 5 bulan yang lalu

Terjatuh Di Karpet Merah, Ernie Zakri Tetap Teruskan Persembahan Di FFM32 Dengan Kaki Berbalut

Sorotan

1

Isu kontrak CEO FINAS Ditamatkan Lebih Awal Bukanlah Suatu Kes Unik - Kamil Othman Ulas

2

FINAS: Penamatan Khidmat Dr Md Nasir Keputusan Lembaga Pengarah - Fahmi

3

Lelaki Didakwa Bunuh Teman Wanita Hamil

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 1 hari yang lalu

Pernah Terfikir Apa Akan Jadi Jika Memori Anda Dimanipulasi, ‘Alter-Naratif’ Bakal Buat Penonton Tak Senang Duduk!

oleh Rubini Nagarajah

Muzik 1 hari yang lalu

Datuk Syafinaz Selamat Rayu Rakyat Malaysia Sokong Bakat Yang Bagus Agar Tidak Lenyap Daripada Industri

Menurut Datuk Syafinaz, ramai penyanyi yang bagus berputus asa dan akhirnya hilang dari industri seni kerana tiada sokongan.

oleh Helmi Anuar

Muzik 1 hari yang lalu

Selamat Hari Gawai - Lagu Iban, Richah Gawai Ciptaan Dan Nyanyian Ramles Walter Trending Nombor Satu Di YouTube 

Lagu berjudul Richah Gawai ciptaan dan nyanyian Ramles Walter yang dihasilkan sempena sambutan perayaan Hari Gawai Dayak di Sarawak bermula hari ini dan esok te...

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Selebriti 5 jam yang lalu

30 Penggiat Seni Dapat Kebenaran Ambil Tindakan Undang-Undang Tuntut Bayaran Royalti