Berita Terkini

1 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Bukan Faktor Populariti - Penerbit Lagu Nafi Gunakan Nazrey, Naikkan One Path Dengan Lagu Laila Majnun 

Adnin Roslan selaku penerbit lagu Laila Majnun memberitahu bahawa pemilihan Nazrey juga diperhalusi dari segi keperibadiannya. 

Muzik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Oct 2022 12:03PM

Kumpulan One Path dan Nazrey

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Penerbit lagu Laila Majnun nyanyian One Path yang menampilkan Ustaz Nazrey Johani sebagai artis undangan, Ustaz Adnin Rosnin menafikan kenyataan bahawa dia menggunakan bekas anggota Raihan itu untuk menaikkan produk lagu dan artis nasyidnya. 

Adnin Roslan yang juga pengasas Tarbiah Sentap Records berkata, pemilihan Nazrey Johani sebagai rakan duet One Path dibuat bukan atas faktor populariti yang dimiliki penyanyi legenda nasyid itu semata-mata. 

Namun, ia juga melibatkan pelbagai faktor lain bagi membantu menyempurnakan single kedua One Path itu. 

“Populariti, jumlah followers media sosial bukan faktor utama yang kami nilai dalam proses pemilihan artis duet bersama One Path. 

“Ada pelbagai penanda aras lain yang tim Tarbiah Sentap perhalusi terlebih dahulu sebelum memutuskan senarai akhir artis yang sesuai,

“Keperibadian artis itu juga antara perkara yang kita perhalusi. Kita mahu artis yang kita bawa untuk berganding bersama dengan artis Tarbiah Sentap adalah mereka yang boleh memberikan pengaruh positif kepada masyarakat secara istiqamah,” katanya. 

Jelas beliau, ciri unik pada vokal Nazrey Johani yang telah lama sebati di dalam masyarakat, menjadikan lagu Laila Majnun sebuah naskhah yang amat istimewa. 

“Untuk single Laila Majnun, keunikan karakter suara Nazrey yang ikonik itu sendiri menjadi satu daya penarik yang kuat. 

“Paling penting bagi kami adalah keberkatan dan keredhaan Allah SWT dalam setiap keputusan yang kami pilih. Mudah-mudahan ada ganjarannya di sisi Allah SWT,” katanya. 

Lagu Laila Majnun yang dipersembahkan One Path bersama Nazrey ini ketika ini sedang menduduki tangga trending di YouTube Trending for Music dan Trending Now sejak ia mula dilancarkan pada 1 Oktober lalu. 

Dalam tempoh 13 hari berada dilancarkan, Laila Majnun telah menerima respon yang cukup positif serta berjaya meraih lebih 171,000 tontonan. 

Bahkan, ada yang menganggap bahawa kolaborasi One Path Nazrey itu bagai melahirkan semula fenomena kedua Raihan. 

Lagu Laila Majnun ciptaan Akmal Mustafa yang diinspirasikan dari sebuah video ceramah yang disampaikan Ustaz Zul Ramli sekitar tahun 2019. – Getaran, 14 Oktober 2022 




 

Sorotan

1

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

2

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya

3

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini

4

PRK DUN KKB : Aspek Ekonomi Antara Fokus Kerajaan Perpaduan Sepanjang Kempen

5

Lebih 14,000 Aduan Diterima Menerusi Aplikasi MYJalan Setakat Ini - Ahmad Maslan

6

Pang Sock Tao Calon Kerajaan Perpaduan Bagi PRK Kuala Kubu Baharu

Disyorkan untuk anda

Selebriti 1 hari yang lalu

Adira Sah Bercerai

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Selebriti 10 jam yang lalu

Amar Baharin Dedah Tanah Ada 2 Geran, MB Selangor Janji Siasat

Pelakon itu memaklumkan tanah milik ibunya di Semenyih dibeli puluhan tahun lalu, namun sudah didiami ‘tuan tanah’ lain

oleh Rahayu MN

Selebriti 1 hari yang lalu

Siti Saleha Berjaya Takluki Puncak Gunung Kinabalu

Pelakon jelita berkenaan berkongsi kejayaannya itu di akaun media sosial miliknya

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Budaya 7 jam yang lalu

Temui Personaliti Anime Kegemaran Anda Di Anime Fest Plus 2024  

oleh Wartawan Hiburan Getaran