Berita Terkini

2 hari yang lalu: Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam terhadap tuduhan sengaja melukakan perasaan orang Islam 5 hari yang lalu: KKM nasihatkan semua aktiviti di luar bilik darjah ditangguhkan sementara di semua lokasi yang merekodkan cuaca panas antara 35 hingga 37 darjah celsius 6 hari yang lalu: Pihak Ocean Infinity akan bentang kawasan pencarian baharu MH370 kepada MOT awal Mei - Loke 6 hari yang lalu: MAVCOM tambah 342 penerbangan domestik di seluruh negara untuk perjalanan antara 3 hingga 18 April - Loke 6 hari yang lalu: Tiket tambahan ETS dan perkhidmatan tren khas mula dijual hari ini bermula 5 petang - Loke

IKUTI KAMI


Ruffedge Kembali Dengan ‘Da Bomb’ Versi Baharu

Setelah lama tidak muncul dengan karya baharu, Ruffedge berkolaborasi dengan SugarBomb dan mengeluarkan ‘Da Bomb’ versi baharu.

Muzik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Apr 2021 8:40AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Kumpulan vokal R&B yang popular sekitar tahun 2000 dulu, Ruffedge kini tampil dengan lagu serta muzik video single tersohor mereka ‘Da Bomb’ yang diberikan nafas baharu.

Lagu versi baharu ini bersempena kempen ‘Kau Memang Da Bomb’ oleh SugarBomb Worldwide Sdn. Bhd. yang telah dimulakan pada Februari lalu.

Kanumbu Agussalim selaku Pengurus Besar SugarBomb berkata, “Kolaborasi ini dipilih berikutan konsep dan lirik lagu ‘Da Bomb’ itu sendiri amat bersesuaian dengan kempen ‘Kau Memang Da Bomb’ yang dijalankan mereka.

Kolaborasi ini juga adalah usaha sama bagi menaikkan semula genre Pop R&B yang dilihat semakin dilupakan golongan muda terutamanya, juga sebagai inspirasi bagi melahirkan lebih ramai penyanyi di dalam genre yang sama.”

Menurut salah seorang anggota kumpulan Ruffedge, Azan Addin, “Projek ini merupakan kerjasama yang pasti akan menarik perhatian media dan pengikut muzik tempatan, selain peminat tegar kumpulan tersebut berikutan gubahan lirik dan muzik video yang baharu itu.

Kami yakin, bahawa lagu ‘Da Bomb’ yang telah diubah suai ini akan mengembalikan semula memori lagu tersebut dan berharap semua peminat menerima dengan baik versi baharu lagu ini setelah versi pertama pada tahun 2005.” 

Kumpulan Ruffedge yang dianggotai oleh Azan Addin, Cat Farish, Mode, Sein Qudsi dan Zain Hamid pernah menjadi fenomena melalui lagu-lagu seperti 'Bila Rindu', 'Khayalan' dan 'Tipah Tertipu' dan banyak lagi.- Getaran, 14 April 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

Anwar Terima Kunjungan Menteri Luar India

2

Sukan 1 hari yang lalu

Beraksi Di Laman Sendiri Gagal Bantu Harimau Malaya Saingi Kehebatan Oman

3

Semasa 5 hari yang lalu

Malaysia Hantar 100 Kontena Bantuan Ke Gaza

4

Sukan 6 hari yang lalu

Oman Beri Harimau Malaya Kekalahan Pertama

Sorotan

1

PNB Umum Pengagihan Pendapatan 5.25 Sen Bagi ASB 2 Dan 4.75 Sen Bagi ASM 

2

Mohd Na'im Jalani Pembedahan Kecil Buang Kelenjar Air Liur

3

Polis Tahan Lelaki Disyaki Abai Kanak-kanak  

4

Padang Bukan Faktor Penentu Kekalahan Malaysia Kepada Oman - Darren

5

Dasar Buku Negara Diteliti Semula - Fadhlina

6

Perdana Menteri Dijangka Hadir Majlis Iftar MADANI Anjuran JAKIM Esok

Disyorkan untuk anda

Selebriti 4 jam yang lalu

Neelofa Akui Khilaf Ketika Beri Nasihat Kepada Pemanggil Radio Era

oleh Helmi Anuar

Selebriti 1 hari yang lalu

Lagu Raya Bukan Sekadar Sedap Didengar, Tapi Perlu Ada 'Jiwa'