Berita Terkini

2 hari yang lalu: Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam terhadap tuduhan sengaja melukakan perasaan orang Islam 5 hari yang lalu: KKM nasihatkan semua aktiviti di luar bilik darjah ditangguhkan sementara di semua lokasi yang merekodkan cuaca panas antara 35 hingga 37 darjah celsius 6 hari yang lalu: Pihak Ocean Infinity akan bentang kawasan pencarian baharu MH370 kepada MOT awal Mei - Loke 6 hari yang lalu: MAVCOM tambah 342 penerbangan domestik di seluruh negara untuk perjalanan antara 3 hingga 18 April - Loke 6 hari yang lalu: Tiket tambahan ETS dan perkhidmatan tren khas mula dijual hari ini bermula 5 petang - Loke

IKUTI KAMI


MACP Dalam Perbincangan Lanjutkan Hak Cipta P. Ramlee

Muzik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Jul 2022 7:05AM

Tempoh hak cipta karya Allahyarham Tan Sri P Ramlee yang bakal berakhir tahun depan - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Badan Perlindungan Hak Cipta Muzik Berhad (MACP) kini dalam perbincangan untuk melanjutkan tempoh hak cipta karya Allahyarham Tan Sri P Ramlee yang bakal berakhir tahun depan.

Pengurus Besar MACP Mary Yap berkata ini kerana mengikut Akta Hak Cipta 1987, tempoh hak cipta semasa adalah 50 tahun iaitu selepas peninggalan pencipta.

“Tempoh tersebut adalah lama, seperti lagu Tan Sri P Ramlee yang akan luput akhir tahun depan dan kami dalam perbincangan untuk melanjutkannya. Kami sedang buat perbincangan dengan pihak-pihak berkuasa untuk melanjutkan tempoh hak cipta," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) dengan Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) yang diwakili Datuk Bandar Datuk Rumaizi Baharin di Ipoh semalam.

Rumaizi pula berkata MBI merupakan pihak berkuasa tempatan pertama yang memperoleh lesen MACP untuk RadioTV MBI (RTBI).

“Kerjasama strategik dan mantap yang termeterai dalam MOU ini memastikan RTBI serta acara di bawah anjuran MBI mendapat lesen yang sah daripada MACP,” katanya.

Untuk rekod, MACP merupakan badan pengutip royalti berdaftar serta organisasi pengurusan kolektif yang mewakili pemunya hak cipta muzik seperti komposer, penggubah lagu, penulis lirik dan penerbit muzik. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 6 bulan yang lalu

Anak P. Ramlee Terima Sumbangan PM

2

Semasa 10 bulan yang lalu

KKD Ambil Perhatian Isu Perlindungan Hak Cipta Hasil Kerja Pengamal Media - Fahmi

3

Kolum 1 tahun yang lalu

Jawatankuasa Kerja Perlu Ditubuhkan, Kaji Isu-Isu Royalti, Badan Pelesenan Dan Reversionary Right 

4

Muzik 1 tahun yang lalu

Persoalkan Peranan Salahuddin Ayub Terhadap Industri Muzik Tanah Air, Ini Jawapan RIM Buat Ad Samad 

Sorotan

1

PNB Umum Pengagihan Pendapatan 5.25 Sen Bagi ASB 2 Dan 4.75 Sen Bagi ASM 

2

Mohd Na'im Jalani Pembedahan Kecil Buang Kelenjar Air Liur

3

Polis Tahan Lelaki Disyaki Abai Kanak-kanak  

4

Padang Bukan Faktor Penentu Kekalahan Malaysia Kepada Oman - Darren

5

Dasar Buku Negara Diteliti Semula - Fadhlina

6

Perdana Menteri Dijangka Hadir Majlis Iftar MADANI Anjuran JAKIM Esok

Disyorkan untuk anda

Selebriti 6 jam yang lalu

Neelofa Akui Khilaf Ketika Beri Nasihat Kepada Pemanggil Radio Era

oleh Helmi Anuar

Selebriti 1 hari yang lalu

Lagu Raya Bukan Sekadar Sedap Didengar, Tapi Perlu Ada 'Jiwa'