Berita Terkini

2 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 2 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Satu Malam Di Temasek, Peringatan Buat Diri Sendiri - Joe Flizzow 

Tidak seperti kebiasaannya, Joe lebih banyak menggunakan bahasa kiasan dengan format pantun dua kerat menerusi lagu ini. 

Muzik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Jun 2022 8:00PM

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Rapper lagenda, Joe Flizzow atau juga dikenali sebagai 'The President' menganggap single terbaharunya iaitu 'Satu Malam Di Temasek' adalah sebuah lagu peringatan untuk dirinya sendiri bahawa hidup ini adalah sementara dan pentingnya meraikan sesebuah kehidupan itu. 

Joe yang ditemui di majlis pelancaran single tersebut di Bee, Publika pada Ahad lalu memberitahu, bahawa lagu itu sememangnya ditujukan buat diriya sendiri dan tiada kaitan dengan sesiapa. 

“Ia ibarat Joe Flizzow yang biasa memberitahu Joe Flizzow artis supaya memperlahankan langkah. Hidup ini juga sementara dan kalau dilihat di dalam muzik video lagu ini, ada ditunjukkan  tentang harta pusaka tetapi ia tidak boleh dibawa ke mana,” katanya. 

Pemilik nama sebenar Johan Ishak ini juga mengakui single 'Satu Malam Di Temasek' ini banyak menggunakan kiasan dan dalam setiap kiasan itu ada lapisan maknanya lagi. 

“Mungkin tajuk Temasek itu secara tidak langsung membawa saya kembali kepada adat budaya kita dalam berpantun, bersyair atau berpuisi yang mana semua itu sebenarnya tidak lari daripada diri saya sebelum ini. 

“Dan, saya banyak menggunakan baris pantun dua kerat. Itu format yang saya gunakan untuk lagu ini. 

"Berbeza sekali dengan lagu-lagu seperti 'Havoc' dan 'Budak Baek'. Dalam lagu-lagu seperti itu, saya banyak gunakan bahasa pasar,” katanya kepada Getaran. 

Merungkai sebuah verse di dalam lagu 'Satu Malam Di Temasek', Joe berkata, Ghost yang dimaksudkan itu adalah sebuah Rolls Royce. 

“Kemudian saya bermain dengan metafora perkataan ghost itu dengan mengaitkan ia sebagai rumah ada hantu. 

“Dan banyak komen di media sosial yang baca bahawa mereka sangat suka dengan baris: dulu selalu pegang besi yang berkarat, sekarang jari manis ada 6 karat. 

“Ia tentang diri saya yang dulu agak degil dan nakal tapi sekarang dah kahwin ada cincin di jari. Tapi secara realitinya bukanlah enam karat. 

“Kemudian saya bercakap tentang keghairahan manusia untuk menunjukkan kekayaan dan material mereka di media sosial menerusi baris A lot of people funny with the money, Throwing hundos, renting Lambos.

“Alhamdulillah, rapper di Malaysia tidak ada yang buat begini, tidak seperti rapper di Amerika Syarikat yang sering menunjuk-nunjuk dengan membaling, menabur atau duduk di atas duit. 

“Secara peribadi saya memang tidak pernah setuju dengan ideologi ini. Kenapa perlu hendak menunjuk-nunjuk. Orang-orang yang kaya seperti Bill Gate, Mark Zuckerberg atau Tony Fernandes sendiri tidak pernah berbuat begini. 

“Pemain bola sepak seperti Neymar meraih wang yang berkali ganda daripada rapper-rapper ini, tapi pernahkah kita melihat dia menunjuk-nunjuk?,” katanya. 

Jelas Joe, pada baris: 'Reading Sun Tzu now you dunknow, Jangan kacau musuh buat silap', dia cuba menyatakan tentang pentingnya membaca buku untuk mendapatkan ilmu. 

“Jangan kacau musuh buat silap itu adalah petikan daripada buku Sun Tzu yang saya baca itu. Sun Tzu turut memberitahu biarkan musuh membuat silap. 

“Dan pada baris: “Ini silat Mat Kilau, style M Daud Kilau pula, saya ingin memberitahu bahawa saya tidak pernah lupa dengan asal-usul saya. Saya pernah belajar silat gayung. 

“Tapi, saya tidak sangka pula filem Mat Kilau kebetulan keluar pada waktu yang sama. Filem Mat Kilau keluar di panggung pada 23 Jun dan lagu saya mula dilancarkan pada 24 Jun. 

“Dan, tentang M Daud Kilau, saya ingin memberitahu bahawa kita punya cara kita sendiri. Saya cuma mahu ingatkan legasi yang kita ada. M Daud Kilau sangat flamboyant dan dia juga adalah seorang lagenda,” katanya. 

Sambung Joe lagi, lagu 'Satu Malam Di Temasek' ini adalah salah satu lagu yang akan dimuatkan dalam album studio terbaharu berjudul 'Johan'. 

“Saya tidak pasti sama ada lagu ini akan menjadi single trak pertama di dalam album itu nanti. Sukar untuk dijelaskan buat masa ini. Tapi apa yang pasti, album itu nanti akan mencetuskan sesuatu yang cukup bermakna di dalam kerjaya seni muzik dan nyanyian saya selama berdekad inii,” katanya. 

Memandangkan 'Satu Malam Di Temasek' terkait dengan Singapura, Joe memberitahu bahawa dia telah melancarkan lagu itu sehari lebih awal di negara jiran tersebut. 

“Pelancaran tersebut diadakan di Zouk Singapura dan dihadiri 1500 penonton. Kemudian barulah kita melancarkannya di sini (Bee Publika). 

“Kenapa lagu ini mengaitkan Temasek? Sebabnya kalau di JB (Johor Bahru), ramai budak-budak sana yang bila bosan akan berkata, “Jom turun Singapore”. 

“Seperkara lagi waktu saya dan Sonaone buat lagu ini, kita masih lagi berada di dalam suasana PKP dan tidak dapat ke mana-mana. 

“Kalau kita berpeluang untuk ke mana-mana, apakah tempat yang kita mahu pergi. Jadi, itu hanya angan-angan yang tercetus waktu kita menghasilkan lagu ini,” kata Joe lagi. 

Muzik video lagu ini dihasilkan oleh Diffan Sina Norman. Joe juga memberitahu bahawa dia memang sudah lama teringin untuk bekerjasama dengan pengarah filem kelahiran Malaysia yang berpusat di Los Angeles itu. - Getaran, 30 Jun 2022

Gambar: Universal Music 

Berita Berkaitan

1

Muzik 4 minggu yang lalu

Ria Ramadan, Kolaborasi Unik Kumpulan Venus dan UNIC 

2

Muzik 3 bulan yang lalu

Hip Hop Jadi Pilihan Ketua Pemuda Umno Untuk Dekati Anak Muda

3

Muzik 7 bulan yang lalu

Kecoh! Video Helo Kuala Lumpur Di Youtube Jadi Kontroversi Di Indonesia?

4

Muzik 10 bulan yang lalu

Lagu Terakhir Beatles Disiapkan Dengan Bantuan AI

Sorotan

1

Anwar Beri Penghormatan Terakhir Kepada Mendiang Joseph Kurup

2

DNB Telus Dalam Jalankan Operasi

3

Malaysia, Thailand Tingkatkan Kerjasama Perangi Jenayah Rentas Sempadan

4

Lelaki Sindrom Down Melecur Disimbah Air Panas Dalam Lif

5

8 Aksi Pramusim Digunakan Untuk Uji Sistem VAR - Stuart

6

Misi Hantar Bantuan Kemanusiaan Ke Gaza Dengan Kapal Tetap Diteruskan - Ann Wright

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Konsert Aina Abdul Penanda Aras Baharu MPO - Konduktor

Filem & TV 21 jam yang lalu

Maryam Pagi Ke Malam Raih 2 Anugerah Di Festival Filem Asia Ke-21

Muzik 5 jam yang lalu

Fenomena 'Alamak Raya Lagi' Tarik Minat Kaum Lain Raikan Aidilfitri

The Cine Dance memilih lagu ciptaan dan dendangan kumpulan De Fam kerana ia menerangkan suasana ketika menyambut hari raya, selain 'trending' di media sosial

Filem & TV 1 hari yang lalu

Reviu Filem: 'Sheriff' Filem Syafiq Yusof Paling Berani, Papar Sisi Gelap PDRM

oleh Helmi Anuar