Berita Terkini

2 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Hetty Koes Endang Bikin Konsert Sempena 5 Dekad Jadi Penghibur

Bunda Hetty turut memilih Datuk Ramli MS (Tok Ram) sebagai pengarah muzik di dalam konsertnya yang berkonsep makan makan di sebuah hotel nanti. 

Muzik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Jun 2022 7:45PM

Hetty Koes Endang - Gambar ihsan Mahajaya Empire Sdn Bhd 

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Di era 70-an dan 80-an, siapa sahaja yang tidak mengenali Hetty Koes Endang? Penyanyi dan penghibur yang penuh karisma dan terkenal dengan kekuatan vokalnya yang luar biasa hebat ini bukan sahaja telah menguasai dan mendominasi industri muzik di Indonesia dengan nyanyian lagu-lagu yang hit tetapi juga menjadi satu-satunya artis rakaman kelahiran Indonesia yang namanya cukup gah di Malaysia. 

Dari lagu pop Sunda, pop Melayu (keroncong), pop dangdut, dangdut asli, pop Indonesia dan pop kreatif, Bunda Hetty telah membuktikan dirinya seorang penyanyi yang serba boleh dalam membawakan pelbagai genre muzik tersebut. 

Lagu-lagu nyanyian suara emasnya seperti 'Tak Ingin Sendiri', 'Benci Tapi Rindu', 'Hati Lebur Jadi Debu', 'Kasih', 'Rindu', 'Merinding Bulu Romaku', 'Demi Cinta Nih..Ye' serta 'Jawapan Cintanya Sedalam Lautan Atlantik' masih cukup melekat di hati peminat yang selama ini membesar dengan perjalanan kerjaya muziknya. 

Apa yang menarik, selama lima dekad menghambakan diri menjadi anak seni dalam bidang seni suara, Bunda Hetty telah merakamkan 150 album studio serta jumlah lagu sebanyak 1690. Satu pencapaian yang cukup menakjubkan. 

Tidak hairanlah jika anak seni kelahiran Jawa Timur ini dipilih sebagai penerima Anugerah Museum Rekor Indonesia (MURI) sebagai Artis Penyanyi Wanita dengan Jumlah Rakaman Lagu Komersial Terbanyak yang diadakan di Galeri MURI di Jakarta, Indonesia awal Jun yang lalu. 

Bunda Hetty sewaktu diwawancara Getaran memberitahu dia bersyukur dengan penganugerahan cukup terbesar yang diterima itu. 

“Penghargaan ini tidak diberikan sembarangan. Sebaliknya dinilai menerusi pencapaian seseorang sama ada di dalam bidang muzik atau sektor-sektor yang lain. 

"Sebagai seorang penyanyi yang memulai kerjaya seni seawal 70-an, saya bukan sahaja telah telah melalui proses penghasilan rakaman album tetapi juga pelbagai persembahan, pertandingan, program TV dan juga festival. 

"Semuanya lengkap.  Apa lagi yang saya mahukan? Meraih sesuatu pencapaian itu mudah, jatuh juga mudah tetapi mempertahankan apa yang telah kita capai itu memang sukar sekali. Tetapi, Alhamdulillah kerana Allahyarham ibu saya iaitu Raden Siti Koerniwulan yang turut bertindak sebagai pengurus untuk kerjaya seni saya telah mendidik saya dengan begitu tegas. 

"Arwah sangat mengutamakan disiplin. Katanya, kalau kamu mahu menjadi penyanyi, hargailah waktu kerana waktu itu adalah duit. 

"Itulah didikan ibu saya dari zaman dulu. Disiplin itu terbawa hingga ke sekarang dan kita juga harus sentiasa fokus dan mencintai kerjaya kita. Kalau kita mencintai kerjaya kita, apa yang keluar itu hasilnya pasti bagus,” katanya. 

Bagi meraikan kerjaya seni selama lima dekad, Hetty juga bakal menjayakan "Konsert Jubli Emas Hetty Koes Endang" yang dianjurkan Mahajaya Empire Sdn Bhd di Manhattan Ballroom, Berjaya Times Square pada 27 Ogos depan. 

Bercerita lebih lanjut tentang konsertnya, Bunda Hetty berkata, setiap kali berulang-alik ke Malaysia kerana tugasnya yang dipikulnya sebagai juri program realiti hiburan, Gegar Vaganza (GV),dia menyedari kesukaran peminat untuk mendekatinya dan menikmati nyanyian lagu penuh daripadanya. 

“Rata-rata mereka mahu saya tampil dalam sebuah konsert. Walaupun saya ada menyanyi di dalam program GV, tapi ia hanya sedikit dan mereka rasa tidak puas. Jadi, konsert ini adalah saatnya untuk saya benar-benar menghiburkan mereka.

"Konsert Jubli Emas Hetty Koes Endang ini juga sangat bermakna kerana ia adalah sebuah konsert cukup besar yang pernah jayakan kerana ia akan merangkumi keseluruhan kerjaya seni saya selama 50 tahun. 

"Ia bukan suatu tugas yang mudah.  Ia satu pencapaian yang besar. Tapi saya memberanikan diri kerana dalam konsert ini, kita berpeluang menyanyikan himpunan lagu-lagu yang ada di dalam album kita sepanjang menjadi anak seni dalam bidang seni suara,” katanya lagi. 

(Dari kiri) Ketua Pegawai Eksekutif Mahajaya Empire Sdn Bhd, Abdul Karim Ibrahim, Hetty Koes Endang dan Datuk Ramli MS. - Gambar ihsan Mahajaya Empire Sdn Bhd
(Dari kiri) Ketua Pegawai Eksekutif Mahajaya Empire Sdn Bhd, Abdul Karim Ibrahim, Hetty Koes Endang dan Datuk Ramli MS. - Gambar ihsan Mahajaya Empire Sdn Bhd

Bunda Hetty turut memilih Datuk Ramli MS (Tok Ram) sebagai pengarah muziknya di dalam konsert ini nanti. 

“Siapa lagi yang lebih layak menjadi pengarah muzik konsert ini jika bukan Tok Ram. Dia sudah biasa mengiringi persembahan-persembahan saya sebelum ini. Dia amat memahami apa yang saya mahukan dan amat memahami cara kerja saya. Dia tahu saya ini seorang yang perfectionist dan kita punya pemikiran yang sama. 

"Kerana itu, saya sangat selesa bekerja dengan Tok Ram. Dia ibarat soul mate saya kalau di dalam bidang muzik,” katanya sambil tertawa. 

Abdul Kadir Ibrahim. - Gambar ihsan Mahajaya Empire Sdn Bhd
Abdul Kadir Ibrahim. - Gambar ihsan Mahajaya Empire Sdn Bhd

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Mahajaya Empire Sdn Bhd, Abdul Kadir Ibrahim berkata, dia sudah lama bersahabat baik dengan Bunda Hetty dan suaminya, Yusuf Emir Faishal. 

“Suatu hari dalam suatu pertemuan bersama mereka, Bunda Hetty telah meluahkan hasratnya untuk mengadakan konsert khas sempena lima dekad penglibatannya dalam bidang muzik. Saya tertarik dengan impian yang diluahnya itu. Kebetulan saya sendiri adalah peminat bunda Hetty dan memang mengikuti lagu-lagunya.

"Bertitik-tolak daripada itu, kami telah mengadakan perbincangan sehingga akhirnya tercetuslah idea untuk menganjurkan konsert ini sedangkan kalau mengikut latar belakang syarikat yang saya usahakan, memang tidak ada kena-mengena dengan bidang persembahan hiburan langsung,” katanya bersungguh. 

Meskipun mengadakan konsert dengan konsep makan malam ini di dewan hotel, namun Abdul Kadir menjanjikan konsert itu setaraf dengan konsert yang dibuat di ruang terbuka. 

Bagi peminat yang ingin menyaksikan "Konsert Jubli Emas Hetty Koes Endang", tiket boleh didapati di www.ilassotickets.com atau hubungi penganjura di talian 012-4667299. - Getaran, 22 Jun 2022 

Gambar: Mahajaya Empire Sdn Bhd 

Berita Berkaitan

1

Selebriti 34 minit yang lalu

‘Saya Belum Layak Dapat Gelaran Biduanita’ - Ziana Zain 

2

Muzik 16 jam yang lalu

Konsert Aina Abdul Penanda Aras Baharu MPO - Konduktor

3

Selebriti 2 minggu yang lalu

 Alif Satar Perluas Kempen #GengSubuhMacamJumaat Ke UK

4

Luar Negara 3 minggu yang lalu

Kematian Akibat Tembakan Di Dewan Konsert Di Moscow Melepasi 60 Orang

Sorotan

1

Lelaki Sindrom Down Melecur Disimbah Air Panas Dalam Lif

2

8 Aksi Pramusim Digunakan Untuk Uji Sistem VAR - Stuart

3

Misi Hantar Bantuan Kemanusiaan Ke Gaza Dengan Kapal Tetap Diteruskan - Ann Wright

4

PRK Kuala Kubu Baharu: Kerajaan Perpaduan Ada Kaedah Pastikan Calon Menang

5

Pemain Badminton Negara Pamer Kekuatan Mental Menjelang Piasa Thomas, Uber

6

Pelajar Sekolah Meninggal Dunia Ketika Acara Larian Rentas Desa

7

Lelaki Israel Miliki Senjata: 10 Individu Ditahan Bawah SOSMA

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 12 jam yang lalu

Maryam Pagi Ke Malam Raih 2 Anugerah Di Festival Filem Asia Ke-21

Muzik 1 hari yang lalu

Alamak Raya Lagi! Terus Mendunia, Tular Sana-Sini 

De Fam jawab kritikan dan jelaskan lirik lagu ini ditulis berdasarkan pengalaman sendiri.

oleh Rahayu MN

Selebriti 34 minit yang lalu

‘Saya Belum Layak Dapat Gelaran Biduanita’ - Ziana Zain 

Bagi Ziana, masih ramai lagi penyanyi yang sesuai mendapat pengiktirafan itu, yang tertinggi sebagai seorang penyanyi

oleh Helmi Anuar

Filem & TV 1 hari yang lalu

Reviu Filem: 'Sheriff' Filem Syafiq Yusof Paling Berani, Papar Sisi Gelap PDRM

oleh Helmi Anuar