web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Pemuzik Termuda RWMF, Nikita Sasar Lakar Nama Sebagai Pemain Sape

Nikita atau lebih dikenali sebagai Niki berkata dia berasa bangga dapat membuat persembahan di RWMF, apatah lagi di pentas yang sama dengan insan yang dikaguminya, Alena Murang.

Muzik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Jun 2022 4:52PM

Nikita Sarna - Gambar Tangkapan Layar Video YouTube Hallan Sape' Creation

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Nama seperti Jerry Kamit dan Elizabeth Bungan adalah antara pemuzik terkenal bagi instrumen sape atau sampe, yang merupakan alat muzik tradisi bertali masyarakat Orang Ulu iaitu Kenyah dan Kayan, di Sarawak.

Bagi pemuzik sape termuda, Nikita Sarna, 11, yang merupakan penghibur termuda di Festival Muzik Hutan Hujan Sedunia atau Rainforest World Music Festival (RWMF) 2022, Jerry sentiasa menjadi idolanya  dalam industri sape, justeru dia berharap satu hari nanti dapat mengejar impiannya bergelar pemuzik profesional, mengikut jejak Jerry dan Elizabeth.

“Dalam beberapa tahun akan datang, saya mengimpikan untuk membuka kelas sape saya sendiri, seperti guru saya Hallan Hashim. Saya tidak sabar untuk menjayakannya.

“Idola pertama saya bagi instrumen sape adalah Jerry Kamit dan sepupu saya memperkenalkan saya dengan Hallan Hashim yang kini menjadi guru saya.

“Beliau yang memberitahu saya mengenai Alena Murang (pemain sape Sarawak yang diiktiraf di peringkat antarabangsa) dan sekarang saya tidak percaya saya sebenarnya sepentas dengan Alena,” katanya kepada Bernama baru-baru ini.

Nikita atau lebih dikenali sebagai Niki berkata dia berasa bangga dapat membuat persembahan di RWMF, apatah lagi di pentas yang sama dengan insan yang dikaguminya, Alena.

Alena, yang berketurunan Kelabit dan Itali-Inggeris, juga merupakan penyanyi dan penulis lagu.

“Ini adalah kolaborasi pertama kami dan saya mengenalinya ketika saya berusia sembilan tahun dan sejak itu mula meminatinya, melihat beliau memainkan sape, ia begitu menenangkan dan cantik.

“RWMF sangat menyeronokkan dan ini adalah kali pertama saya membuat persembahan di hadapan orang ramai seperti ini. Saya teruja namun dalam masa yang sama agak gementar untuk membuat persembahan di sini,” katanya.

Nikita yang berketurunan Kayan dan Punjabi berkata dia memiliki instrumen sape ketika berusia lapan tahun selepas menonton kip video YouTube pada perhimpunan keluarga sempena Krismas dan serta-merta jatuh cinta dengan alat muzik yang menyerupai gitar dan tergolong dalam keluarga kordofon atau alat muzik bertali itu.

Anak kelahiran Selayang dan kemudian berpindah ke Miri ketika berusia tujuh tahun itu berkata dia beruntung kerana kedua-dua ibu dan bapanya memberi sokongan kuat terhadap impiannya untuk bermain sape dan memukau penonton dengan kemahirannya. 

Nikita akan mempamerkan kemahirannya bermain sape pada acara kemuncak RWMF 2022 malam ini bersama artis tempatan dan antarabangsa seperti Alena, Tima Vaananen dari Finland, Yayi Cai (China) dan Flame of the Forest (Singapura).

Isu Pada

Sentuhan Magis Perunding Hiasan Dalaman

18 Jun 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 6 hari yang lalu

Kereta Langgar Paip Air, 5 Sekeluarga Termasuk Bayi Maut

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Disangka Hilang, Rupanya Tertidur Sebelah Mesin Basuh Jiran

3

Politik 1 bulan yang lalu

17 Kerusi Baharu DUN Sarawak Masih Belum Dimuktamadkan, SPR Terus Membisu

4

Semasa 3 bulan yang lalu

Lelaki Sarawak Terima MyKad Selepas Penantian 33 Tahun

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN