web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


RWMF 2022 Beri Peluang Kenali Budaya Sarawak

Kiosk barangan kraf tangan dan makanan turut menjadi tumpuan buat pengunjung RWMF, khususnya bagi mereka yang menghargai dan ingin mengetahui budaya pelbagai kaum Bumi Kenyalang.

Muzik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Jun 2022 9:31AM

Gambar Hiasan SarawakTourism.com

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Selain membawa pulang kenangan indah yang dirakam sepanjang berada di Festival Muzik Hutan Hujan Sedunia (RWMF) 2022, pengunjung boleh mengambil peluang membeli barangan kraf tangan di festival itu sebagai ‘bukti’ kehadirian mereka ke festival ikonik Sarawak itu. 

Tinjauan Bernama mendapati kiosk barangan kraf tangan dan makanan turut menjadi tumpuan buat pengunjung, khususnya bagi mereka yang menghargai dan ingin mengetahui budaya daripada pelbagai kaum yang terdapat di Bumi Kenyalang.

Pengusaha kraf tangan bermotifkan manik Raben Beads, Danielle Lipang Lawai, 47, berkata menerusi RWMF yang menjadi tarikan pelancong tempatan dan asing, ia dapat membantu pengusaha tempatan untuk mengetengahkan produk mereka.

“Manik ini sangat sinonim dengan suku kaum saya iaitu Kelabit. Kami memang menjadikan manik sebagai aksesori harian atau menghadiri upacara, jadi dari situ timbul minat saya untuk memodenkan aksesori manik ini dan mula menjualnya tujuh tahun lepas.

“Perniagaan saya semuanya dalam talian jadi acara sebegini memberi laluan kepada kami untuk buka kiosk. Ini tahun kelima saya menyertai RWMF dan saya rasa kehadiran penonton boleh tahan sejak tidak ramai pelancong datang berbanding tahun sebelum ini kerana pandemik COVID-19,” katanya kepada Bernama.

Berasal dari Kampung Long Napir, yang terletak di Limbang, kira-kira 1,064 kiliometer (km) dari Kuching, ibu kepada dua orang anak itu berkata beliau membuat sendiri aksesori anting-anting dan rantai manik.

Lipang berkata semasa RWMF yang lepas, pendapatan beliau pernah mencecah RM5,000 dan festival sedemikian sememangnya membantu peniaga dalam talian sepertinya.

Selain daripada aksesori dan kraf tangan bermotifkan pua kumbu dan bakul anyaman, pengunjung festival ini juga boleh menikmati makanan masyarakat tempatan.

Orang ramai boleh menikmati makanan Bidayuh di reruai Awah Cafe yang terletak di luar Rumah Bidayuh, Kampung Budaya Sarawak yang menjadi tapak festival ini. 

Rakan kongsi Awah Cafe, Ojong Simuh, 65, berkata menu seperti terung Dayak, ayam pansuh dan tempoyak goreng menjadi tarikan pelancong dalam dan luar negara.

“Saya menjangkakan kurang pengunjung tetapi setakat ini saya berpuas hati dengan jumlah yang datang. Memandangkan gerai saya berada di luar Baruk dan Rumah Bidayuh, orang ramai boleh mendapat pengalaman yang lebih baik tentang budaya Bidayuh.

“Memandangkan festival kali ini dibuat secara hibrid dan fizikal, kami menjangkakan pendapatan keseluruhan RM20,000 berbanding RM30,000 sebelum ini,” katanya.

Bertemakan ‘25th Legendary Rainforest Celebration’, festival yang bermula semalam hingga esok menampilkan penghibur dari pelbagai negara termasuk China, Australia, India, Singapura, Indonesia, Kanada, Estonia, Itali, Jepun, Madagascar, Amerika Syarikat dan Vietnam. - Bernama

Isu Pada

Sentuhan Magis Perunding Hiasan Dalaman

18 Jun 2022

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN