web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Hattan Penghibur Sejati, Kuasai Pentas Penuh Karisma! 

Hattan memiliki aura dan karisma yang mampu mencetuskan pukauan ‘magnet’ untuk memaku penonton menyaksikan persembahannya tanpa sekelumit rasa bosan.

Muzik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Jun 2022 2:17PM

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Stail! Dia seperti seorang raja pentas pada malam itu apabila menguasai pentas dengan suara blues rock soul yang dimilikinya sambil beraksi selama tiga jam untuk membawakan 24 lagu yang diiringi barisan pemuzik profesional yang memahami repertoire muziknya.

Melihat energi yang dimilikinya itu, vokal persembahannya yang padu, kebolehannya menyampaikan kesemua lagu dengan konsisten dengan gaya showmanship tersendiri, berceloteh tentang perjalanan kerjaya seninya selama 35 tahun yang berselang-seli dengan gurauan lucu tetapi bersahaja dalam bahasa nogori, dia sememangnya adalah penghibur sejati. 

Dan sebagai penghibur sejati yang setara dengan raja pentas yang lain seperti Datuk Ramli Sarip dan Datuk M Nasir, dia juga memiliki aura dan karisma yang mampu mencetuskan pukauan ‘magnet’ untuk memaku penonton menyaksikan persembahannya tanpa sekelumit rasa bosan. 

Esensi-esensi inilah yang jarang ada pada artis-artis generasi muda kerana mereka tidak pernah melalui zaman-zaman 'funfair' dan ekspo. Mereka tidak akan pernah faham bahawa menjayakan konsert tidak hanya semata-mata memerlukan lagu dan suara yang sedap sahaja tetapi lebih daripada itu. 

Maka, seharusnya artis-artis generasi muda meluangkan masa untuk menyaksikan konsert artis-artis lagenda seperti Hattan ini dan belajarlah bagaimana untuk beraksi dan menguasai pentas dalam sesebuah konsert. 

Membuka persembahan dengan lagu 'Biso Bonar', ia sudah cukup kuat untuk menyatakan prinsipnya yang sangat berpegang teguh kepada jati dirinya sebagai anak kelahiran Negeri Sembilan.

Tidak hairanlah mengapa sekumpulan ahli cak lempong yang dibawakan khas dari negerinya itu turut diundang untuk membuat persembahan sebelum kemunculan Hattan di pentas, 

Hattan terus beraksi ligat dengan lagu 'Hitam Bukan Impian', 'Hani' dan 'Kelentong Dol Hancing' iaitu sebuah lagu rebel yang memang ditujukan kepada orang-orang atasan pada ketika itu.  Hattan mengakui bahawa lagu adalah tempat untuk penggiat seni muzik seperti mereka meluah rasa.

Ketiga-tiga lagu ini memang cukup penting untuk membangkitkan feel penonton untuk melayan konsert ini dan Hattan juga memang bijak memanggil barisan pemuzik profesional yang sudah biasa terlibat dalam rakaman albumnya iaitu Nan (pemain gitar, Mohar (seruling/flute), Firdaus (pemain keyboard) dan Ujang (pemain dram). 

Beberapa khidmat pemuzik lain yang digunakan di dalam konsert ini adalah Ritz (pemain gitar) Fly (pemain bass), Paang Zaman (ahli perkusi) dan Roza yang bertindak sebagai pengarah muzik. 

Hattan turut menggunakan kesempatan untuk membawakan lagu-lagu daripada album 'Ana Permata Timur' yang pernah digam dan hampir semua lagu tidak boleh dimainkan di radio. 

Lagu-lagu yang dipersembahkan di dalam album tersebut adalah 'Hujan Berapi Banjaran A Minor', 'Malam Yang Panjang' serta 'Ana Permata Timur'. Satu pengalaman menarik apabila dapat melihat Hattan membawakan lagu-lagu ini secara langsung.

Lagu 'Kepadamu Kekasih' pula disampaikan dan alunan flute dan seruling Mohar mengiringi persembahannya, membawa kita mengimbas semula saat lagu itu menjadi hit. Seperti dalam kaset atau CD, seperti itulah Hattan dan Mohar mempersembahkan lagu itu.

Hattan juga turut berduet dengan anaknya Adam menerusi lagu 'Gadis Jelebu'. Memang Hattan sudah acapkali  berduet dengan anaknya menerusi lagu tersebut. Namun, dalam konsert ini, kemesraan di antara Hattan dengan Adam lebih  dirasai dan Adam juga sesekali bijak mengusik nakal bapanya itu. 

Dalam segmen tribute buat M Nasir, Hattan apabila menyampaikan lagu 'Duit', 'Gerhana' dan 'Sekuntum Mawar Merah' dan 'Arca'. Memang hebat Hattan beraksi dengan lagu 'Duit' dan 'Gerhana' sehinggakan penonton juga sudah mula goyang kepala dan ada yang berdiri turut untuk menari. 

Hattan menutup persembahan dengan tiga lagu balada hitnya iaitu 'Rendang Tak Berbuah', 'Memburu Rindu' dan 'Mahligai Syahdu'. Penuh emosi kala Hattan membawakan lagu 'Rendang Tak Berbuah' dan ia  cukup menusuk ke kalbu kerana lagu itu mengingatkan Hattan kepada arwah ibunya. 

Memang luar biasa sungguh persembahan Hattan di dalam konsert. Suaranya  cukup mahal; aura dan karismanya adalah tersendiri. Tapi, siapakah penyanyi generasi baharu yang memiliki vokal soul rock blues sepertinya itu? Memang tiada. Seperti mana Ella, Hattan juga adalah satu-satunya yang menguasai genre muzik tersebut! - Getaran, 14 Jun 2022

Gambar : Mewah Event Management 

Berita Berkaitan

1

Muzik 11 bulan yang lalu

Tiket Konsert Violet Skies: Dato' Sri Siti Nurhaliza Live In Arena Of Stars Masih Boleh Dibeli

2

Muzik 1 tahun yang lalu

Michael Learns To Rock Buai Perasaan Lebih 5,000 Peminat

3

Muzik 1 tahun yang lalu

5 Kumpulan AKB48 Berjaya Himpun Lebih 2,000 Peminat Pada Konsert Pertama Di Malaysia

4

Muzik 1 tahun yang lalu

Ella Memukau, Kini Siap Sedia Terbang ke Singapura

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN