web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Ulasan Lagu Serantau Masa Kini

Pengarang Gaya Hidup & Hiburan Getaran, berkongsi ulasannya tentang lagu-lagu pop terbaharu yang dikeluarkan oleh penyanyi Malaysia dan negara-negara jiran terdekat setiap minggu. Mari kita singkap lima lagu pilihannya minggu ini.

Muzik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Jun 2022 9:50AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Tiada Ganti Cinta Ini – Auranzeb 

Sebuah karya baharu berjudul Tiada Ganti Cinta Ini dendangan seorang penyanyi bernama Auranzeb membuka tirai ulasan lagu minggu ini. Lagu ciptaan komposer senior Awang BPR dengan lirik oleh Keon ini kedengaran seperti lagu-lagu rock ‘leleh’ dari tahun hujung 90-an dan awal 2000-an. Tidak dinafikan penyanyinya mempunyai suara yang berkualiti namun lagunya tidak menonjol. Formula yang digunakan agak basi (menurut pandangan peribadi saya) biarpun lirik Keon memang puitis dan sedap dilagukan. Dengan begitu banyak balada rock moden yang lebih diminati pencinta muzik hari ini, saya rasa karya ini akan sukar berebut ruang udara yang ada. Mungkin peminat tegar muzik seperti ini akan menyukainya namun saya yakin Auranzeb mampu menyanyikan karya yang jauh lebih baik dari gubahan ini. 

Hidup - Adam Izzy dan Naddi

Saya terkejut melihat nama komposer lagu ini kerana orangnya sudah lama tak berkarya. Namun lagu nukilan Johan Farid Khairuddin (JFK) ini menyenangkan dan menghiburkan. Mendapat sentuhan lirik oleh Zai KJ, Katya, dan salah seorang penyanyi lagu ini sendiri iaitu Adam Izzy, 'Hidup' membawa pesanan tentang hidup yang terpaksa diteruskan setelah pelbagai rintangan yang dihadapi oleh seluruh dunia gara-gara wabak COVID-19. Gabungan suara Adam dan Naddi begitu serasi malah Naddi juga mempunyai suara yang merdu lantas membantu menghidupkan lagu ini. Iramanya yang rancak dan menghiburkan bersesuaian dengan tema lagunya yang menyeru semua pihak untuk terus melangkah dan berfikiran positif demi kelangsungan hidup. Lagu yang hadir tepat pada waktunya ini wajar diberi pujian. Syabas JFK dan yang terbabit.

Casablanca -  Nuha Bahrin dan Naufal Azrin

Satu nafas baharu yang menyegarkan ada dalam karya berjudul 'Casablanca' ini. Didendangkan oleh Nuha Bahrin dan Naufal Azrin, karya ini menghidupkan semula irama padang pasir dengan gabungan unsur pop yang satu ketika dahulu pernah menjadi trend di Malaysia. Dicipta oleh Daqmie dan Wan Saleh dengan lirik oleh Daqmie serta Abdulkarim Al Ali dari Syria, lagu ini benar-benar membuka ruang untuk lagu bergenre pop timur tengah memeriahkan semula industri muzik tempatan. Jika lagu berirama sedemikian lebih kerap dikaitkan dengan lagu nasyid atau kerohanian, 'Casablanca' bagaimana pun memecah trend tersebut. Ia sebuah lagu pop yang rancak dan pada saya ada harapan untuk menjadi popular dan disiul peminat muzik jika diberi putaran yang wajar oleh stesen radio dan TV popular. Ada kelainan dan hook di korus memang karya yang berkualiti. Saya harap mereka akan tampil dengan lebih banyak lagu seperti ini.

Senyum Walau Kecewa– Yanto Sani dan Eliza Cuarez

  

Sebuah lagi karya Singapura berkualiti datang dalam bentuk lagu yang berjudul Senyum Walau Kecewa. Dicipta dan ditulis oleh Yanto Sani dan dinyanyikan dengan baik oleh Eliza Cuarez, lagu moden rock ini mempunyai unsur pop dan mengingatkan saya pada karya-karya rock antarabangsa yang progresif oleh artis yang pernah gah satu masa dulu seperti Paramore, Avril Lavigne, Miley Cirus dan banyak lagi. Lagunya membuat anda ingin bergoyang dan saya yakin jika ia diterjemahkan ke bahasa asing ia tetap menghiburkan dan pasti diminati ramai. Semoga kami akan mendengar lebih banyak karya hebat dari dunia muzik Melayu Singapura selepas ini.

Akur – Zul F

Satu lagi lagu yang berkualiti dipersembahkan dari negara jiran kita Brunei Darussalam. Lagu berjudul 'Akur' dendangan Zul F ini adalah sebuah lagu pop  R&B yang mempunyai susunan muzik yang baik. Diserikan lagi dengan suara Zul yang merdu, lagu ini juga mempunyai korus yang mudah diingati dan saya yakin pasti akan disukai oleh rakan-rakan serantau jika didengari. Jelas sebuah balada moden yang digubah dengan penuh citarasa serta ketelitian. Tidak membosankan dan ada harapan, saya harap 'Akur' dan karya-karya Zul F yang lain akan dapat dikongsi bersama pendengar muzik Melayu yang lain. - Getaran, 8 Jun 2022

Berita Berkaitan

1

Muzik 1 tahun yang lalu

20 Kumpulan Rock Bergabung Dalam Satu Album, ‘Rock Never Dies’

2

Muzik 2 tahun yang lalu

Ria Ramadan, Kolaborasi Unik Kumpulan Venus dan UNIC 

3

Muzik 2 tahun yang lalu

Kecoh! Video Helo Kuala Lumpur Di Youtube Jadi Kontroversi Di Indonesia?

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Selepas Ular, 6,850 Kura-Kura Hidup Dirampas Dari Bagasi Penumpang AirAsia Ke India

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN