web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


MRS Beri Pembelaan Sewajarnya Kepada Penggiat Seni Sabah

Music Rights Sabah Berhad (MRS) yang menjadi badan pelesenan muzik yang diiktiraf kerajaan pada awal tahun ini, akan memberi pembelaan sewajarnya kepada hak penggiat seni tempatan di Sabah.

Muzik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Jun 2022 9:19AM

Gambar Hiasan Pexels

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Music Rights Sabah Berhad (MRS) yang menjadi badan pelesenan muzik yang diiktiraf kerajaan pada awal tahun ini, akan memberi pembelaan sewajarnya kepada hak penggiat seni tempatan di Sabah, kata Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.

Sehubungan itu, beliau berharap agar penggiat seni di Sabah akan terus berkarya baik dalam bidang muzik mahupun sebagai penyanyi.

“Penubuhan MRS pada Januari lepas, tepat pada masanya untuk memberi pembelaan sewajarnya kepada artis-artis tempatan Sabah. MRS secara rasmi menjadi badan pelesenan muzik yang diiktiraf kerajaan bagi menjaga kebajikan artis tempatan dalam industri muzik di negeri ini.

“Badan ini diiktiraf untuk menjalankan aktiviti kutipan royalti mewakili penyanyi, pemuzik, pembuat video muzik dan syarikat rakaman tempatan membabitkan etnik di negeri ini," katanya di sini malam ini.

Gambar Fail
Gambar Fail

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Program RIUH Bah! Bersama Hotlink di pekarangan Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), di Kota Kinabalu malam tadi yang turut dihadiri Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa.

Mengulas lanjut, Hajiji berkata dengan adanya badan MRS, ia akan menggalakkan penggiat seni tempatan terus berkarya dan memartabatkan industri muzik tempatan di negeri ini.

“Tiada istilah lambat dalam hal ini (mengiktiraf hak-hak anak seni di Sabah baik penyanyi ataupun pemuzik) kerana kita sentiasa bergerak ke hadapan dan mencari kaedah terbaik untuk melindungi mereka,” katanya.

Sementara itu, mengulas mengenai program berkenaan Hajiji berkata program selama tiga hari itu pasti akan menjadi medan untuk merancakkan lagi industri kreatif di Sabah, sekali gus memberikan manfaat kepada  komuniti setempat serta rakyat secara keseluruhannya. 

Sehubungan itu, beliau menyarankan agar persatuan daripada pelbagai etnik di Sabah terus  memperkasa seni budaya, adat resam dan bahasa masing-masing agar tidak hanyut dengan kepesatan arus globalisasi.

“Hal ini penting agar kepelbagaian budaya di negeri ini terus diperkukuh dan tidak dipinggirkan oleh kemodenan dan kemajuan teknologi. Kita tidak boleh biarkan mana-mana etnik itu pupus begitu sahaja tanpa mengetahui kewujudannya. 

“Saya percaya masih banyak lagi budaya dari segi tarian dan muzik pelbagai etnik di negeri ini yang masih belum diterokai untuk diketengahkan,” katanya. - Bernama

Isu Pada

Merungkai Magis Pulau Mauritius

04 Jun 2022

Berita Berkaitan

1

Muzik 1 hari yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

2

Muzik 2 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

3

Muzik 3 hari yang lalu

Hampir 2 Dekad, Peterpan Bakal Ubati Kerinduan Peminat Di Malaysia, Singapura Julai Ini

4

Muzik 4 hari yang lalu

Jason Mraz Kembali Ke Malaysia 31 Oktober Depan

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN