web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Lagu ‘Hasbnullah’ One Path Dapat Sentuhan Produser Muzik Amerika Syarikat

Gabungan empat anak muda ini juga berusaha mengangkat mesej dakwah, tauhid dan kemanusiaan di dalam rentak muzik nasyid yang lebih segar.

Muzik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Jun 2022 7:11PM

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pernah trending di YouTube Malaysia, kumpulan quartet pop One Path nampaknya mempunyai misi besar untuk memberikan nafas baru dalam industri nasyid yang sering dianggap ketandusan bakat baru berpotensi.

Bagi mencapai misi ini, One Path yang dianggotai Haseef, Ammar, Afiq dan Shafiq berusaha mengangkat mesej dakwah, kemanusiaan serta tauhid di dalam rentak muzik nasyid yang lebih segar dan mesra pendengar dalam kalangan generasi muda masa kini. 

Gabungan empat anak muda ini juga terus mengekalkan imej kasual yang ditampilkan berserta paduan vokal harmoni seperti mana waktu mereka menduduki tangga trending di YouTube Malaysia menerusi lagu cover berjudul ‘Yang Terbaik’ (‘Here's Your Perfect’ versi dakwah). 

Ammar yang mewakili anggota One Path yang lain berkata, biarpun mereka merupakan kumpulan nasyid baharu, One Path lebih selesa dengan identiti mereka sendiri dengan penampilan sebegitu. 

"Dari segi imej, kami lebih terbuka untuk berfesyen mengikut keperluan sesuatu karya dan yang penting, kami sendiri rasa selesa.

"Paling utama bagi kami, selagi ianya masih mematuhi panduan yang digariskan oleh syarak dan Allah SWT reda, kami amat terbuka untuk mencuba sesuatu yang baru,” katanya. 

Terkini mereka baru sahaja hadir dengan single pertama yang dihasilkan sendiri oleh One Path bersama selebriti dakwah terkenal, Ustaz Adnin Roslan bertajuk ‘Hasbunallah’ (zikir). 

Menariknya, One Path melalui label Tarbiah Sentap Records telah menjalinkan kerjasama bersama produser dari Amerika Syarikat, Mantra menerusi single ini. Mantra sebelum ini pernah terlibat dalam pembikinan album artis popular seperti Ne-Yo.

Menurut Haseef, pengalaman ini adalah yang pertama dan bermakna bagi One Path selaku kumpulan vokal yang baru ingin bertapak di dalam industri. 

“Walaupun kami masih baru, kepercayaan yang diberikan Tarbiah Sentap untuk kami terbitkan single ini bersama pihak dari Amerika Syarikat adalah satu penghargaan besar buat kami. 

Tambah penuntut diploma Tahfiz Al-Quran dan Qira'at itu, dia berharap akan ada lebih banyak lagi peluang untuk One Path bekerjasama dengan lebih ramai artis di luar sana pada masa hadapan. 

Bercakap mengenai perancangan masa depan kumpulan nasyid One Path, Ustaz Adnin Roslan yang juga pengasas Tarbiah Sentap Records berkata, pihaknya kini dalam proses menyiapkan beberapa lagi single baharu One Path yang bakal diumumkan kelak. 

“Kita dah berhubung dan memulakan perbincangan dengan pihak-pihak yang terlibat untuk menjayakan projek lagu One Path. 

“Alhamdulillah respons yang kami terima amat positif. Mohon doa daripada semua agar apa yang direncanakan dapat berjalan dengan baik. 

"Sampai masanya nanti kami akan umumkan satu persatu siapakah artis dan selebriti yang akan terlibat,” katanya. 

Single ‘Hasbunallah’ diterbitkan dalam tiga versi iaitu ‘Hasbunallah’, ‘Hasbunallah (Piano Version)’ dan ‘Hasbunallah (Acapella Version)’. 

Kesemua versi tersebut boleh didapati secara percuma di semua platform digital termasuk TikTok, YouTube, Spotify dan juga Joox. - Getaran, 3 Jun 2022

Gambar: Tarbiah Sentap Records

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 3 bulan yang lalu

Suspek Kes Pornografi Kanak-Kanak Diekstradisi Ke AS

2

Luar Negara 1 tahun yang lalu

Trump Berterima Kasih Kepada Rakyat Amerika "Dipilih Sebagai Presiden Ke-47"

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Malaysia Sokong Kuat Cadangan AS Tamat Konflik Di Gaza, Kata Anwar

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Anwar Ulangi Gesaan Minta AS Hentikan Keganasan Israel Di Gaza

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN