Berita Terkini

18 jam yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 6 hari yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Ulasan Lagu Serantau Masa Kini

Pengarang Gaya Hidup & Hiburan Getaran, berkongsi ulasannya tentang lagu-lagu pop terbaharu yang dikeluarkan oleh penyanyi Malaysia dan negara-negara jiran terdekat setiap minggu. Mari kita singkap lima lagu pilihannya minggu ini.

Muzik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Jun 2022 12:45PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Apa Lagi – Guccimith & Zhe Kamil 

Nama mereka mungkin jarang kedengaran dalam kalangan penggemar muzik tempatan, namun bagi duo R&B, Guccimith dan Zhe Kamil, mereka telah pun menapak di persada industri muzik Malaysia beberapa tahun yang lalu. Dicipta sepenuhnya oleh Guccimith dan Zhe Kamil sendiri mereka tampil dengan lagu berentak R&B dalam nuansa trapsoul berjudul ‘Apa Lagi’. Karya yang berdurasi 2:54 minit ini dimulai dengan rentak trap yang menjadi asas kepada lagu ini. Ditambah pula dengan nyanyian berharmoni mereka berdua dan rangkap rap yang mengasyikkan, ia nyata memberi kelainannya yang tersendiri. Cubaan yang baik untuk duo meningkat naik ini.

Tersentak Di Dada – Shaa 

Lagu ini asalnya dinyanyikan oleh Karen Libau dalam Bahasa Iban dengan judul 'Tegepan Ba Dada', dan kini ia dinyanyikan semula oleh penyanyi yang mula mewarnai industri Shaa, dalam Bahasa Melayu dengan tajuk 'Tersentak Di Dada'. Dicipta oleh Matthius Mambang dengan lirik olahan Jesley Jabu bersama Matthius Mambang juga, lagu ini adalah sebuah balada pop Melayu yang mengingatkan saya kepada lagu-lagu balada pop Melayu tahun 90-an. Susunan muziknya benar-benar membawa saya kepada era lagu-lagu seperti 'Hajat' dendangan Haida, 'Di Takdir Kita Bersama' dendangan Mac Ruhayu dan seumpamanya. Sungguhpun Shaa mempunyai suara yang baik namun sayang, pada saya dia sebenarnya mampu membawa lagu balada moden dengan melodi yang lebih gah dan kontemporari. Semoga buah tangannya selepas ini lebih baik dari karya ini.

Akur - Razzuan Rosli

 

Karya ciptaan Shah, Tam Cobain, Sin Syim, dengan lirik berkat sentuhan bekas pemenang Anugerah Juara Lagu Sulu Sarawak ini berjudul 'Akur'. Ia merupakan sebuah balada pop rock dan suara penyanyinya Razzuan Rosli mengingatkan saya kepada gaya nyanyian Amir Masdi, Tomok dan beberapa penyanyi dengan warna suara yang sama. Walau bagaimanapun, lagu ini pada saya agak susah untuk menyerlah kerana saya gagal menemui klimaks dalam lagu ini untuk membezakannya dengan balada pop rock sedia ada yang kerap kita dengar di radio. Saya rasa Razzuan boleh mencuba sesuatu yang lebih rancak atau berduet dengan penyanyi yang lebih terkenal jika dia ingin mengetengahkan julat vokalnya yang sebenarnya ada potensi. 

Definisi Bahagia– Ahmadul Amin 

Saya sukakan karya dari seberang tambak ini. Penyanyi Singapura bernama Ahmadul Amin ini bijak bermain melodi dan kata-kata lewat karyanya yang berjudul 'Definisi Bahagia'. Susunan muziknya senang, bagus dan kemas. Dengan lirik nukilannya sendiri, lagunya ada sedikit nuansa lagu-lagu dendangan kumpulan kugiran Indie. Berkat irama yang santai, perlahan dan tidak perlu memaksa, ia juga mengingatkan saya kepada lagu 'Angin Kencang' Noh Hujan gara-gara rasa tenang yang lahir sebaik mendengar ia dimainkan. Bait kata-kata yang mudah digunakan juga menjadikan lagu ini lebih mudah difahami dan dirasai pendengar. Malah suara Ahmadul juga pada saya sesuai untuk lagu genre seperti ini. Contoh yang sangat baik untuk lagu yang diterbitkan dengan betul tanpa perlu adunan berlebihan. Syabas buat Ahmadul Amin.

Rusak – Aznniel Yunus  

Sebuah lagi karya yang bagus dipersembahkan dari negara jiran kita Brunei Darussalam. Lagu berjudul 'Rusak' dendangan Aznniel Yunus ini adalah sebuah lagu rock yang agak moden dan progresif. Lagunya ada sedikit sentuhan metal namun pada saya masih boleh dihargai oleh peminat muzik umum. Dicipta dan ditulis oleh Aznniel Yunus sendiri bersama Juan Madial, lagu ini bijak menggabungkan unsur pop rock dengan metal yang tidak keterlaluan. Malah melodinya pada saya begitu versatile dan jika dinyanyikan dalam Bahasa Inggeris saya yakin lagunya tetap akan diminati oleh peminat antarabangsa. Dengan gubahan yang menarik, lirik yang jitu serta vokal penyanyinya yang konsisten, 'Rusak' adalah sebuah lagi lagu yang wajar masuk dalam senarai main anda. - Getaran, 1 Jun 2022

Berita Berkaitan

1

Muzik 3 minggu yang lalu

Ria Ramadan, Kolaborasi Unik Kumpulan Venus dan UNIC 

2

Muzik 7 bulan yang lalu

Kecoh! Video Helo Kuala Lumpur Di Youtube Jadi Kontroversi Di Indonesia?

3

Muzik 10 bulan yang lalu

Lagu Terakhir Beatles Disiapkan Dengan Bantuan AI

4

Filem & TV 10 bulan yang lalu

Ulasan Filem : ‘The Little Mermaid’ Tetap Menghiburkan Biarpun Watak Utama Berlainan Daripada Versi Animasi

Sorotan

1

Kerajaan Setuju Salur Peruntukan Kepada Pembangkang - Fadillah

2

Belanjawan Pertahanan Beri Impak Penganjuran DSA, NATSEC Asia Untuk Kekal Relevan

3

Piala Asia B-23: Kesilapan Hukum Harimau Muda Berdepan Uzbekistan

4

Akta Kerja 1955 Benarkan Pekerja Mohon Aturan Kerja Anjal - Menteri

5

Tiada Keperluan Pemindahan Pulang Rakyat Malaysia, Keadaan Stabil Di Timur Tengah

6

Mangsa Banjir Di 3 Negeri Meningkat Sedikit Kepada 748 Orang Malam Tadi - NADMA

7

Kerajaan Tetap Kurangkan Subsidi Minyak Tahun Ini – Rafizi

Disyorkan untuk anda

Selebriti 18 jam yang lalu

Daud Kim Menipu?

oleh Fida Ruzki

Muzik 7 jam yang lalu

Alamak Raya Lagi! Terus Mendunia, Tular Sana-Sini 

De Fam jawab kritikan dan jelaskan lirik lagu ini ditulis berdasarkan pengalaman sendiri.

oleh Rahayu MN

Filem & TV 4 jam yang lalu

'Sheriff' Karya Paling Jujur, Janjikan Kelainan Sisi Polis