web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Persembahan Berkonsep Perkusi Jadi Santapan Di GOE

Persembahan festival GOE di Panggung Anniversari pada 28 dan 29 Mei ini akan dijayakan Raihan, Datuk Jamal Abdillah, Faizal Tahir, Ahmad Dhani dan Naim Daniel. 

Muzik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 May 2022 4:00PM

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Penganjuran Garden of Eid Festival (GOE) 2022 yang berlangsung selama tiga hari berturut-turut pada 27 Mei hingga 29 Mei bukan sahaja diwujudkan untuk melestarikan semangat kerohanian masyarakat Malaysia dalam suasana endemik, tetapi juga untuk meraikan kemeriahan Aidilfitri dan Aidiladha yang bakal menjelang tiba tidak lama lagi. 

Garden of Eid Festival, diilhamkan bersempena terjemahan aksara Garden yang membawa maksud taman yang digambarkan dalam Al-Quran sebagai Jannah atau syurga. Justeru, ia menampilkan pendekatan termasuk hiburan yang sesuai syariah sekaligus mengusung pendidikan bermanfaat buat semua lapisan masyarakat.

Bakal berlangsung di Taman Botani, Perdana dari jam 10 pagi sehingga 10 malam, festival ini menggabungkan elemen hiburan dan gaya hidup masyarakat masa kini tanpa membelakangkan agama dan kekal dengan nilai-nilai murni lewat pelbagai aktiviti untuk generasi muda.

Bagi elemen hiburan pula, persembahan festival GOE akan diadakan di Panggung Anniversari pada 28 Mei. Ia dijayakan barisan artis popular seperti Datuk Jamal Abdillah, Faizal Tahir dan Naim Daniel serta Altimet (selaku hos) serta diketuai kumpulan nasyid yang banyak mengharumkan nama negara lewat alunan muzik kerohanian, Raihan. 

Namun, persembahan pada malam penutup pada 29 Mei, buat julung kalinya akan menampilkan Ahmad Dhani diterbangkan khas dari negara jiran untuk muncul dalam sebuah persembahan ‘Malam Munajat Cinta’. 

Che Am daripada kumpulan Raihan berkata, pengunjung perlu datang ke GOE kerana persembahan outdoor yang menggunakan konsep perkusi jarang sekali diketengahkan kepada masyarakat. 

“Apa yang menarik, bukan Raihan sahaja yang akan tampil dengan konsep sebegini tetapi juga artis-artis ternama lain yang terlibat di dalam GOE. Persembahan sebegini sesuai dinikmati seisi keluarga,” katanya. 

Sementara itu, Faizal Tahir berkata, buat pertama kalinya, dia akan membuat persembahan secara acapella yang diiringi bersama kumpulan perkusi di dalam festival ini. 

“Banyak aktiviti menarik yang boleh dilakukan bersama untuk semua peringkat umur seperti sesi perkongsian, food truck, skate park dan persembahan-persembahan yang menarik dari artis dalam dan luar negara,” katanya. 

Turut mengisi jadual selama tiga hari bermula 10 pagi sehingga 10 malam festival berlangsung adalah sesi perkongsian motivasi & bual bicara santai tentang kemanusian & pendidikan islam secara umum. Di segmen ini menyaksikan kolaborasi bersama Qalby, islamik aplikasi oleh Mizz Nina & Ahlan Academy.

Malah, acara papan selaju dan pendekatan pendidikan kanak-kanak juga disuntik secara santai dengan kemunculan karakter animasi Islamik yang terkenal seantero dunia seperti Omar&Hana, Didi & Friends serta Ejen Ali.

Sebagai bonus, budaya sambutan perayaan dari beberapa negara Nusantara dan jiran termasuk Brunei, Indonesia dan Thailand siap menyapa pengunjung.

GOE berharap karnival ini dapat dijadikan acara tahunan bagi merancakkan ekonomi, menaikkan industri seni dan menjadi produk pelancongan (halal tourism) bagi Kuala Lumpur. 

Untuk itu, GOE sudi bekerjasama dengan Kementerian Wilayah Persekutuan bersama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk mendukung acara ini buat masa hadapan. 

Sekaligus bekerjasama dengan Kementerian Pelancongan Malaysia di masa akan datang untuk menyajikan program yang dianggap dapat menarik pelancong luar untuk mempelajari cara sambutan Aidilfitri dan juga budaya di Malaysia.
 

Gambar: GOE
 

Berita Berkaitan

1

Pendidikan 6 bulan yang lalu

SPM Tidak Dimansuh, Kekal Kelayakan Tamat Sekolah Terpenting - Fadhlina

2

Sukan 1 tahun yang lalu

Altimet Tawar Bantu Bayar Denda Selangor FC

3

Muzik 2 tahun yang lalu

Laungan Azan Iringi Konsert Alif Satar and The Locos

4

Selebriti 2 tahun yang lalu

Faizal Tahir Lelong Barangan Peribadi Demi Palestin

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN