web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


‘The Foundations of Decay’: Hadiah Istimewa My Chemical Romance

Setelah lebih sedekad menyepi, akhirnya kumpulan ini membawa berita gembira buat para peminat mereka.

Muzik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 May 2022 2:30PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Setelah sekian lama menyepi, kumpulan My Chemical Romance akhirnya kembali mewarnai dunia muzik dengan taruhan terbaharu mereka, ‘The Foundations of Decay’. Nampaknya ramai yang sudah tertunggu-tunggu ketibaan saat ini. Jadi, inilah hadiah istimewa khas buat para peminat setia My Chemical Romance. 

Menariknya, lagu berdurasi enam minit ini memberi perasaan nostalgia dan membawa kembali para pendengar ke zaman kegemilangan kumpulan ini pada suatu ketika dahulu. Kombinasi vokal Gerard Way yang ekspresif dan bertenaga serta riff gitar yang berat ini berhasil menciptakan nuansa yang epik. 

My Chemical Romance atau biasa dikenali sebagai MCR merupakan kumpulan rock dari Newark, New Jersey, Amerika Syarikat. Kumpulan ini terdiri dari Gerard Way (vokalis), Ray Toro (gitaris), Frank Iero (gitaris ritme), dan Mikey Way (bassist). 

Berbekalkan penampilan emo yang unik, MCR meraih kejayaan dalam industri muzik lewat album debut mereka 'I Brought You My Bullets', 'You Brought Me Your Love' pada tahun 2002. Malah menjadi salah satu band emo punk yang terkenal pada era 2000-an. 

Namun, MCR mengambil keputusan untuk bubar setelah mengeluarkan empat album ikonik mereka iaitu 'I Brought You My Bullets', 'You Brought Me Your Love' (2002), Three Cheers for Sweet Revenge (2004), The Black Parade (2006), dan Danger Days: The True Lives of the Fabulous Killjoys (2010) bagi mengikut haluan masing-masing pada tahun 2013. 

Sejak itu, Gerard Way telah melancarkan album solonya berjudul 'Hesitant Alien' dan menghasilkan sebuah series buku komik, ‘The Umbrella Academy’ yang diadaptasi menjadi drama bersiri di Netflix. 

Selain melancarkan lagu baharu ini, MCR juga akan memulakan konsert jelajah mereka di Amerika Utara dan Eropa dari 16 Mei hingga 17 Oktober 2022. Konsert ‘reunion’ ini sepatutnya berlangsung pada tahun 2020 namun terpaksa ditundakan ekoran peningkatan kes Covid-19.

Apa yang menarik lagi, MCR juga turut membuat persembahan di beberapa festival muzik musim panas seperti Festival 'When We Were Young' dan 'Riot Fest'.

Single terbaharu MCR, ‘The Foundations of Decay’ kini boleh didengar di semua pelantar muzik seperti Spotify dan Apple Music. - Getaran, 18 Mei 2022

Gambar: Warner Music

Berita Berkaitan

1

Muzik 1 tahun yang lalu

20 Kumpulan Rock Bergabung Dalam Satu Album, ‘Rock Never Dies’

2

TARA 3 tahun yang lalu

Bingkisan Hati Dayang Nurfaizah Dalam Belagu II

3

Selebriti 3 tahun yang lalu

Bukan Gimik Untuk Lariskan Album - Sissy Imann Nafi Sengaja Cetuskan Drama ‘Kecewa’

4

Muzik 3 tahun yang lalu

Taylor Swift Buat Hal, Sapu 10 Carta Teratas Billboard Hot 100!

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN