Berita Terkini

2 hari yang lalu: Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam terhadap tuduhan sengaja melukakan perasaan orang Islam 5 hari yang lalu: KKM nasihatkan semua aktiviti di luar bilik darjah ditangguhkan sementara di semua lokasi yang merekodkan cuaca panas antara 35 hingga 37 darjah celsius 6 hari yang lalu: Pihak Ocean Infinity akan bentang kawasan pencarian baharu MH370 kepada MOT awal Mei - Loke 6 hari yang lalu: MAVCOM tambah 342 penerbangan domestik di seluruh negara untuk perjalanan antara 3 hingga 18 April - Loke 6 hari yang lalu: Tiket tambahan ETS dan perkhidmatan tren khas mula dijual hari ini bermula 5 petang - Loke

IKUTI KAMI


Ulasan Lagu Serantau Masa Kini

Pengarang Gaya Hidup & Hiburan Getaran, berkongsi ulasannya tentang lagu-lagu pop terbaharu yang dikeluarkan oleh penyanyi Malaysia dan negara-negara jiran terdekat setiap minggu. Mari kita singkap lima lagu pilihannya minggu ini.

Muzik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 May 2022 2:30PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Berkasih Dalam Larangan – Trisyia Azman 

Seorang lagi bintang baharu muncul untuk mewarnai industri muzik tempatan. Pernah menjuarai rancangan Idola Kecil pada tahun 2011, Trisyia Azman kini tampil dengan sebuah karya berjudul 'Berkasih Dalam Larangan'. Lagu yang dicipta oleh komposer tersohor Azmeer dengan lirik oleh Lukhman S. ini mengingatkan kita pada karya-karya terkenal Azmeer yang pernah beliau hasilkan 20 tahun dahulu untuk bintang-bintang besar seperti Siti Nurhaliza, Liza Hanim dan yang seangkatan dengannya. Menyelitkan sedikit elemen tradisional di dalam melodi lagu, ia dipadankan dengan lenggok nyanyian Trisyia yang sememangnya merdu dan nampaknya sangat sesuai untuk pencinta lagu-lagu pop balada Melayu. Besar kemungkinan lagu ini akan mendapat tempat di hati peminat genre tersebut seperti mana lagu 'Menahan Rindu' dendangan Wany Hasrita pernah menjadi fenomena satu Ketika dulu. 

Cinta Sampai Mati - Raffa Affar

Kali ini kami tampilkan sebuah karya Indonesia dalam ulasan minggu ini dengan sebuah lagu berjudul 'Cinta Sampai Mati' nyanyian Raffa Affar. Lagu ciptaan Ayu Rizki Rani ini mengingatkan kita kepada lagu-lagu pop Indonesia yang pernah didendangkan oleh kumpulan seperti D’Massiv, Repvblik, ST12 dan yang sewaktu dengannya. Lagunya yang berkonsep balada ini benar-benar kental dengan gaya muzik serta nyanyian penyanyi pop Indonesia yang mendayu-dayu. Sekali mendengar peminat pasti sudah boleh meneka bahawa lagu ini adalah lagu Indonesia kerana vokal dan cara nyanyian Raffa yang sememangnya membawa identiti karya-karya Indonesia lain sebelum ini. Tidak hairanlah jika lagu ini tular di laman sosial TikTok kerana Raffa mempunyai jutaan pengikut di wadah media tersebut. Malah kami yakin ramai peminat di Malaysia juga akan menyukai lagu ini. 

Traps  – Abigail  feat Lil J

Karya muzik di dalam Bahasa Inggeris semakin hari semakin banyak memeriahkan industri muzik tempatan dan Traps nyanyian Abigail ini merupakan salah satu karya yang boleh dibanggakan. Dicipta oleh Lil J, MFMF dan Abigail sendiri dengan lirik oleh Lil J bersama Abigail juga, Traps mempunyai rentak yang rancak selain gaya muzik yang kontemporari. Ia mengikut resam lagu-lagu antarabangsa masa kini yang kerap didengari di corong-corong radio dan laman media sosial. Diselang-selikan dengan bibit hip hop berkat nyanyian rap Lil J, lagu ini sebenarnya boleh menjadi popular jika diberikan peluang yang wajar lewat promosi selayaknya di radio dan media elektronik.

Cause Your My Schatzi – Jaz Hayat 

Penyanyi kelahiran Brunei Darussalam Jaz Hayat yang kini berpangkalan di Indonesia kembali dengan sebuah karya baharu berjudul 'Cause Your My Schatzi'. Biarpun judulnya dalam Bahasa Inggeris namun ia sebenarnya sebuah lagu yang menggunakan Bahasa Indonesia. Jaz memang mempunyai suara yang merdu dan vokalnya begitu sebati dengan susunan serta irama lagu ini. Dicipta dan ditulis oleh Andi Armand serta Ari Lesmana, lagu ini menampilkan muzik R & B kental yang sangat menghiburkan. Sesuai untuk bersantai dan menenangkan fikiran, nuansa lagunya yang moden memang sesuai dengan dunia muzik  generasi muda masa kini.  

Sudikah Kamu – Syed Azmir ft. THELIONCITYBOY

Sebuah lagi karya hebat ciptaan Ashidy Ridwan dari Singapura menjadi lagu pilihan Singapura saya minggu ini. Didendangkan oleh Syed Azmir bersama selingan rap Thelioncityboy, lagu ini merupakan sebuah karya R & B dengan suntikan hip hop yang halus. Berkat suara merdu Syed Azmir dan susunan muzik yang santai, gubahan lagunya tidak berlebihan dan ia cukup rencah untuk mencuri perhatian peminat muzik genre ini. Satu lagi karya Singapura yang wajar diberi perhatian dan promosi, Sudikah Kamu memutar lagu ini jika diberi peluang? Saya sememangnya sudi! - Getaran, 18 Mei 2022

Berita Berkaitan

1

TARA 5 bulan yang lalu

Atilia Cinta Sampai Mati

2

Muzik 1 tahun yang lalu

Ulasan Lagu Serantau Masa Kini

Sorotan

1

PNB Umum Pengagihan Pendapatan 5.25 Sen Bagi ASB 2 Dan 4.75 Sen Bagi ASM 

2

Mohd Na'im Jalani Pembedahan Kecil Buang Kelenjar Air Liur

3

Polis Tahan Lelaki Disyaki Abai Kanak-kanak  

4

Padang Bukan Faktor Penentu Kekalahan Malaysia Kepada Oman - Darren

5

Dasar Buku Negara Diteliti Semula - Fadhlina

6

Perdana Menteri Dijangka Hadir Majlis Iftar MADANI Anjuran JAKIM Esok

Disyorkan untuk anda

Selebriti 1 hari yang lalu

Lagu Raya Bukan Sekadar Sedap Didengar, Tapi Perlu Ada 'Jiwa'