web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Search Bawa Era Letusan Rock Dalam Konsert Atas Bumbung Campbell

Gabungan muzik rock & roll Search, peminat rock dan lokasi bakal mengimbau nostalgia kegemilangan muzik rock dalam Konsert 'Search Rocking On Roof Top' pada 11 Jun nanti.

Muzik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 May 2022 9:01AM

Gambar: Syeda Imran

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pada era 1980-an dan era letusan muzik rock, Kompleks Campbell yang terletak di Jalan Dang Wangi, Kuala Lumpur adalah antara ‘port' rockers yang tidak asing lagi selain daripada Kompleks Pertama dan Kompleks Wilayah. 

Keistimewaan yang dimiliki Kompleks Campbell inilah yang mendorong Search yang dibarisi Noordin Mohd Taib atau Din (gitar), Hamzah Mohd Taib - Kid (gitar), Yan (bass), Minn (dram) dan penyanyi baru mereka dari Indonesia, Denden Gonjalez untuk bergabung buat pertama kali dalam Konsert Search Rocking On Roof Top yang akan berlangsung di atas bumbung kompleks tersebut pada 11 Jun 2022, 9 malam. 

Yang pasti, gabungan muzik rock & roll Search, peminat rock dan lokasinya bakal mengimbau nostalgia kegemilangan muzik rock tanah air.

Noordin yang mengilhamkan konsert itu berkata, ia juga bakal menampilkan kelainan terutama dari segi bunyian, pencahayaan, rekaan pentas dan pemilihan lagu.

“Kami akan membawakan 14 hingga 17 lagu. Apa yang menarik, dalam konsert ini nanti kami akan persembahkan lagu yang jarang-jarang dan tidak pernah dimainkan Search dalam konsert-konsert sebelum ini. 

“Search ada banyak lagu dan peminat juga minta mainkan macam-macam lagu.

“Lagu-lagu yang biasa dimainkan dalam konsert dulu, peminat sudah hafal. Jadi, kali ini kami nak kelainan. Kita juga nak mainkan lagu-lagu yang ada potensi untuk menarik pasaran luar terutama Indonesia,” katanya. 

Menurut Din lagi, antara lagu-lagu yang bakal dibawakan mereka di dalam konsert ini nanti adalah daripada dari album kelima, Karisma yang diterbitkan pada 1990 dan album keenam Search iaitu Rampage (1992). 

“Album Rampage turut menampilkan Yan selaku pemain bass. Arah muzik album itu juga berbeza daripada album Search yang lain. Ramai peminat sukakan album itu,” katanya.

Jelas Din lagi, bukan saja pemilihan lagu, rekaan pentas konsert berkenaan juga berbeza. 

“Pentasnya tidak berbumbung dan tidak ada ‘backdrop’, sebaliknya penonton dihidangkan dengan panorama bangunan pencakar langit di Kuala Lumpur.

“Itulah ‘backdrop’ pentas kami. Pastinya ia memberi impak menarik terutama dari segi fotografi dan visual. 

“Selain itu, kehadiran Denden, Yan dan Minn juga bakal memberikan arah muzik dan ‘bunyian’ yang lebih segar daripada Search. 

“Kami juga bekerja bersama jurutera bunyi, pasukan produksi dan teknikal yang mantap demi memastikan Search tampil dengan ‘bunyian’ berkualiti,” katanya lagi. 

Bukan itu sahaja, konsert ini juga bakal menampilkan Ratu Rock, Ella sebagai penyanyi undangan. Ella juga akan berduet dengan Denden.

Denden pula memberitahu bahawa beraksi bersama Search adalah satu impian yang menjadi kenyataan kerana sejak kecil lagi dia meminati Search dan mendengar lagu-lagu band legenda itu. 

“Saya sudah bersedia dari sudut mental dan fizikal untuk menjayakan konsert ini. Awalnya, memang saya bergelut untuk menghafal lirik lagu-lagu Search kerana perbezaan bahasa. 

“Tapi, saya selepas mengambil masa untuk menghafal dan kemudian membuat latihan bersama anggota band Search yang lain, kami telah menemui keserasian. 

“Setakat ini, saya telah membuat persediaan sebanyak 60 peratus dan saya akan terus fokus untuk memastikan saya mampu menjayakan konsert ini dengan baik. 

“Saya juga berharap setelah menjayakan konsert ini nanti, peminat tegar Search akan dapat menerima kedudukan saya sebagai vokalis band muzik ini,” katanya yang enggan ambil pusing dengan permasalahan dan konflik dalaman Search bersama anggota lain yang telah menubuhkan sebuah lagi band muzik Search. 

Tiket-tiket Konsert Search Rocking On Roof Top ini berharga RM88, RM198 dan RM298. Namun, tiket berharga RM88 sudah habis dijual.

Tiket boleh dibeli di Search Rock Station, Kompleks Campbell manakala untuk pembelian dalam talian, layari laman web www.fenomenasearch.com. - Getaran, 14 Mei 2022

Gambar: Syeda Imran

Isu Pada

Pyu, Tok Dalang Cilik

14 May 2022

Berita Berkaitan

1

Muzik 11 bulan yang lalu

Tiket Konsert Violet Skies: Dato' Sri Siti Nurhaliza Live In Arena Of Stars Masih Boleh Dibeli

2

Muzik 1 tahun yang lalu

Michael Learns To Rock Buai Perasaan Lebih 5,000 Peminat

3

Muzik 1 tahun yang lalu

5 Kumpulan AKB48 Berjaya Himpun Lebih 2,000 Peminat Pada Konsert Pertama Di Malaysia

4

Muzik 1 tahun yang lalu

Ella Memukau, Kini Siap Sedia Terbang ke Singapura

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN